Ini cerita Family Day Shohari Clan yang diadakan pada 30/5/2025 sehingga 1/6/2025 yang diadakan di Bernam Nature Hut.
Baru sempat update.
Sabtu 30/5/2025 kita mulakan perjalanan Family Day seawal jam 7.45 am. Keluar awal untuk mengelakkan jammed yang dijangka sempena cuti 3 hari, weekend bersambung Hari Keputeraan Agong.
Perjalanan mengambil masa sejam ke Tanjung Malim.
Seperti biasa bila jalan jauh ni, kami gemar singgah ke sesuatu tempat sebelum sampai ke destinasi. Kali ni singgah pekan Tanjung Malim untuk bersarapan dahulu. Search dulu kedai makan yang dapat rating tinggi.
Exit je PLUS ke Tanjung Malim menuju pekan disajikan mural ni.Sekarang banyak lorong² yang dihiasi lukisan mural, menampakkan suasana lebih ceria. Sekaligus menarik orang ramai untuk datang.
Ayah yang cari tempat ini bila ia di rating agak tinggi. Kedai buka jam 9 am.
Mujur kami sampai awal, kalau tak ramailah geng motor besar dok situ.
Pagi² Wafi teringin makan ayam goreng.
Ibu dan ayah pesan Mee Kicap.
Tak boleh habis sebab bau herba yang agak kuat.
Makngah rasa pelik... adam... adam..
Tapi licin pinggan dia.
Kak Widad tidak turut serta kerana sibuk dengan assignment manakala Abang Imi ada di kampus.
Bila ada lorong dengan lukisan mural yang cantik, suasana kawasan tu terus jadi lebih hidup dan menarik. Orang suka singgah ambil gambar kenangan
ReplyDeleteLorong yang dulu nampak suram boleh jadi tarikan pelancong ✨