Pages

Friday, August 22, 2025

Singgah The Mines, Seri Kembangan

Hari ni ibu ayah ambil cuti sebab nak tengok Wafi main. Game Kedah vs Johor yang diadakan pada sebelah petang jam 2 pm.

Keluar rumah 9 pagi, breakfast dulu di Alam Budiman.
Sampai di Selangor Turf Club (STC), Seri Kembangan.

Thursday, August 21, 2025

Wafi Dan Team Kriket Kedah Sampai Di Bayuemas Oval Stadium

Selasa 19/8/2025 Wafi dan team bertolak dari Kedah jam 9 pagi menaiki bas Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) diiringi oleh seorang guru, Cikgu Aida.

Mereka akan bertanding dalam Kejohanan Kriket MCA Women's U19 Inter-state T20 Championship anjuran Malaysian Cricket Association (MCA).

Monday, August 18, 2025

Senja Nan Merah

Langit senja dalam perjalanan balik ke rumah semalam. Masa ni menghampiri exit Rawang Utara.
Jam 7.39 pm

 

Member pun share langit yang sama🥰

Sunday, August 17, 2025

Bawa Wafi Outing

Sampai sekolah Wafi jam 11 30.
Ada lagi 40 minit sebelum Wafi keluar.

Senyum je dah nampak ibu. 
eeii.... rindu betullah ibu kat budak tecik masyam musyukkk ni😁😁

Perjalanan Ke Utara

Sabtu akan bawa Wafi outing, jadi Jumaat lepas Maghrib bertolak ke Tapah dulu, transit rumah ummi.

Sebelum jam 10 dah sampai Tapah, singgah Burger King isi perut dulu.

Dua orang mata kecil.

Dalat, Vietnam 2025- Tạm Biệt (bye-bye) Dalat

Sebelum jam 10 pagi Mr Heng sudah bersedia meletakkan van betul² depan hotel. Arghh.. taknak balik lagi.


Gelap gambar sebab cahaya di belakang.
Last picture bersama Mr Heng yang menjalankan tugas dengan baik sekali. Pasti masing-masing akan tersenyum teringatkan aksinya bila mengambil gambar.

Dalat, Vietnam 2025 - Jalan-jalan Sekitar Hotel | Ngo Coffee

Hari terakhir free and easy je sebab kami akan ke airport jam 10 pagi. Lepas Subuh bukan boleh tidur lagi... lepak-lepak atas katil. Lama betul nak tunggu jam 10 jadi Nofie suggest jalan-jalan ke pekan. Siapa yang nak ikut je sebab geng kakak besties nak duduk hotel je. 

Jadi ibu, Widad, Acik Salmah dan Kakak Nofie je akan keluar pada jam 8 pagi. Beg semua dah siap kemas. Nanti balik tinggal ambil sahaja dari bilik.

Manakala Fini dan Syazwana sudah keluar lebih awal untuk coffee hunting.

Ni kat depan hotel.
Awal lagi jadi tak ada orang pun kat sini.

Saturday, August 16, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Beli Kopi | Pasar Malam | Makan Malam di Restoren Hajah Hawa

Tour guide minta driver turunkan kami di kedai yang boleh kami beli souvenir.
Dibawa kami ke bangunan Vuon Vau Vac San Ba Mai Quynh ni.



Atas meja sudah tersedia buah-buahan kering. Boleh lah rasa dan kalau nak beli memang ada dijual dalam peket.
Juga diberi Artichoke tea.

Sedapnya bila disajikan kopi 3 in 1 ni.

Blurrr pulak gambar.
Staff tunjuk tanda Halal pada kotak ni.

Masing-masing sedang memikir nak beli apa kat sini.

Banyak jenis biji kopi kat sini. Ibu dok mikir yang beli biji kopi ni mesti ada mesin kopi kat rumah. Rupanya mereka pilih biji kopi dulu kemudian dikisar/grind di situ.
Laaaa.... ada grinding machine rupanya 🤣
Ater mana lah ibu tau... mana pernah beli biji-biji kopi premium gitu 😜

Staff kat situ beritahu beli 10 kotak percuma satu.
Haaa.... belilah sorang 2-3 kotak.

Sekotak VND150,000 (RM25.50)

Habis menyelam kedai ni, kami ke pasar malam semula sebab masih awal lagi.
Walau seharian berjalan dan bermain tapi bila travel ramai-ramai ni tak terasa penat 😁. Masing-masing banyak betul energy.
Tunggulah nanti bila balik hotel nanti... takpun bila balik Malaysia.
Adalah yang jetlag kunun haahhahha.. padahal penat main.

Ada yang mencari souvenir untuk dibawa pulang.

Style mereka memang semua duduk atas kerusi kecil-kecil camni kat pasar malam tu.

Ibu beli buah-buah kering dan kopi dalam pasar ni.

Kakak-kakak bekas cikgu ni bergambar dengan pelajar dari Belanda. Mereka ada international scout jamboree di sini.
Kak Zana beritahu dulu masa mengajar jadi guru penasihat scout lantas salah seorang pelajar ni bagi scout tie sebagai cenderahati.

Kat sini tak lama... dalam setengah jam macam tu sebab masing-masing dah tau nak menuju ke mana.
Belakang tu dah mula penuh orang.

Kemudian kami di bawa ke Restoren Hajah Hawa. Seperti biasa menu sudah dipesan dulu masa dalam perjalanan ke pasar malam.

Kaunter minuman.


Walaupun sudah order awal tapi still kena tunggu. Masa ni bolehlah kot nak update story... nak baca mesej dsb.

Masa kami sampai tiada ada pelanggan lain.
Kemas dan bersih restorennya.

Ibu tak tau kicap ni patut makan dengan apa sebab staff tiba² letak atas meja.

Ibu seperti biasa cari sup² je... Vietnam Pho Bo (Sup kuayteow daging )
Ada dayn selasih/basil dalam tu. Ibu tak berapa suka sebab ada rasa yang pelik.

Widad makan sikit² je itu yang biasanya ibu tak orderkan untuk dia. 

Fries sejuk mungkin dah awal² goreng, popiah sayur sedap.
Ibu order satu set lagi popiah tu. Makan ramai²... pass² pinggan. 

Malam pesan air kosong je.

Makan kat sini rasa mahal pula, VND317,000 (RM54)
  • Pho Bo/Rice Noodle Soup With Beef (VND80,000)
  • Cha Gio Chay/Vegetable Fried Spring Roll x 2 (VND140,000)
  • Khoai Tay Chien/French Fries (VND75,000)
  • Mineral Water (VND22,000)
Sepanjang di Dalat untuk makan tengahari dan malam sahaja makan di restoren.  Pagi makan bekalan makanan seperti roti. Ada juga kakak bestie order sarapan di Restoren Hany. 

Travel kali ni berat turun sekilo hahahhahha...
Banyak jalan dan kurang makan.
Ehhh... turun sekilo tu membanggakan juga tau🤣🤣🤣
Bila balik tambahkan je lah kilo tu 😫😫

 

Dalat, Vietnam 2025 - Mongo Land

Lepas makan aktiviti seterusnya adalah "enjoy ride💃💃💃"  di Mongo Land.

Entrance fee VND120,000
Bolehlah nak main banyak kali ride kecuali Go-Kart.
Senang sikit bila Mr Heng uruskan pembelian tiket. Kami hanya serahkan duit pada TG siap-siap.
Pakej travel tak include entrance fee. Tapi kami telah diberitahu untuk menyediakan anggaran RM100 - RM150 untuk masuk ke semua lokasi.

Luas kawasan ni.

Friday, August 15, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Makan Tengahari Di Restaurant Ismael Halal Food

Masing-masing pun dah lapar jadi tour guide cadangkan makan tengahari dahulu. Makanan telah dipesan dahulu masa kami ke Flower Fresh Garden. Mr Heng sudah mendapatkan menu dan menyerahkan kepada kami. Mudah begitu jadi bila sampai tidak lah lama menunggu.

Dalat, Vietnam 2025 : Kebun Bunga Fresh Garden

Dari Crazy House kami ke kebun bunga pula. Banyak kebun bunga kat Dalat ni antaranya :-
  • Central Flower Garden
  • Trai Mat Hydrangea Garden
  • Lavender Garden at Tuyen Lam Lake
  • Van Thanh Flower Village
  • Immortal Flower Garden
  • Rose Garden in Dang Thai Than
Ada yang masuk secara percuma dan ada yang berbayar.


Sebelum sampai ke Fresh Garden akan lalu di sini.
Kiri kanan ada kedai menjual souvenir, pakaian, buah-buahan, sayuran dan sebagainya.

Dalat, Vietnam 2025 - Crazy House

Tiket masuk VND80,000

Bangunan ni terletak di kawasan perumahan je tapi bila masuk besar tempatnya.

Thursday, August 14, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Datanla Waterfall

Laluan dari Alpine Coaster menuju ke air terjun.

Air terjun Datanla terletak sekitar 5–10 km selatan pusat kota Dalat, tepatnya di laluan Prenn Pass (Jalan Raya Nasional 20). Ketinggian air terjun sekitar 20 meter.
Nama "Datanla" berasal dari bahasa K'Ho: dulu dikenal sebagai “Da Tam N’nha” atau "air di bawah daun".

Dalat, Vietnam 2025 - Pengalaman Menaiki Alphine Coaster

Hari kedua (Sabtu) jam 7 pagi masing-masing sudah berkumpul di lobi hotel untuk aktiviti.
Masing-masing bersarapan di bilik tapi ibu memilih makan roti di restoren sebab nak minum kopi panas.
15 minit sahaja dari hotel ke Datanla Waterfall.
Untuk ke air terjun Datanla kena menaiki Alpine Coaster.


Counter dibuka jam 7.30 am dan kami kumpulan pertama sampai. Sempat juga bergambar dahulu sebelum masuk.

Tiket masuk VND250,000 dan track Alpine Coaster ni sepanjang 2.4 km

Ini lah dia Alpine Coaster.

Masa kat hotel dah cakap nak naik berdua dengan Kak Widad, sampai sana Kawi nak naik sorang... adeshhhhh
Tak kick lah naik berdua kununnya hehe

Dalat, Vietnam 2025 - Dalat Night Market & Vinaphone Tower

Jam 7.30 pm baru gerak ke pasar malam, antara attraction di Dalat ni.
Terletak di tengah bandar dan menjadi tumpuan ramai pelancong luar serta penduduk setempat.

Kena menapak lah nak ke pasar malam ni sebab van kena park jauh sikit. Pasar malam ni kami pergi 2 kali iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu malam.

Sebelum masing-masing ikut haluan, ambil gambar siap-siap depan pasar malam Dalat ni.

Wednesday, August 13, 2025

Dalat, Vietnam 2025 - Makan Malam Di Hany Halal Food Restaurant

Restaurant Hany ni dalam kawasan hotel.

Lepas check-in tu dah order siap-siap sebab lepas Maghrib boleh terus makan.
Masuk waktu Maghrib jam 6.15 pm waktu Vietnam.

6.30 pm dinner dan jam 7 pm kami keluar ke pasar malam.