Pages

Tuesday, August 22, 2017

Jagung manis

Memang heaven lah bila Cik Otin bagi jagung. Bawak jauh dari Tanjung Karang.
Dah share ramai2 pun masih dapat banyak.. dalam 15 tongkol gitu.
Isi pulak rapat2.. memang puas hati lah.
Jagung madu kot.. sebab manis.. hahaha.. jenis jagung pun tak familiar.

Semua sagat dan frozenkan sebab boleh masak bila2.
Jagung ni kalau letak gitu je akan tua dan kering.
Dapatlah dua plastic.


Corn in bowl haha...
Takde nak cup2 lah.. senang masuk dalam mangkuk kecik2 dan makan.
Kita masak jagung ni dalam periuk Noxxa.

Resepi jagung manis
1. Biji jagung
2. 2 SB Susu pekat
3. 2 SB Margerin
4. 1/2 sk Garam


Cara-cara
1.  HP selama 5 minit. Air separas jagung. Bila dah masak toskan.
2. Bubuh atas mangkuk dan masukkan susu pekat sudu besar, margerin dan garam. Kacau rata dan boleh makan panas.

Sukatan tu ikut suka kita banyak mana,

Wafi kata.. boleh jual ni.. sedap.



Tuesday, August 15, 2017

Sambutan Ulangtahun ke 7 di Capri By Fraser

Tahun ni hari lahir Wafi jatuh pada bulan puasa. Anak ini asyik lah menyebut bila nak sambut harijadi.. hadiah dah minta awal2. Jadi nya sepakat untuk bercuti pada 29.07.2017.. Tengahari Sabtu lepas ibu kerja kita ke sana.

Capri By Fraser ni terletak di Kerinchi.. sekarang dikenali sebagai Bangsar South.

Sampai2 je grup foto dulu.


Mandi atas bumbung.. belakang tu bangunan berbentuk rebung TM.
3 mak je yang join kali ini. Nenek pun taknak join sebab sibuk nak rewang.
Ada snooker.
Gym yang luas dan selesa..



Happy birthday sayang
Semoga sihat2 dan sentiasa membahagiakan semua.
Domino's delivery.
Walaupun dah makan nasi berlaukkan ayam goring, sayur campur goring dan sardine.. masih boleh masuk lagi.



Ahad pagi baru ibu join mandi di pool.
Yang partition tu adalah jakuzi.. ada 6 buah semuanya.. mandi atas awan gitu... jangan tengok bawah.. gayat.
Ni kat lobi.. cosy gitu haha...
Berempat je.. ayah ambik kereta di basement.
Overall sangat puas hati bercuti2 di sini.
*****
Sangat berbaloi2 memiliki periuk tekanan Noxxa ini.. ehhh.. bukan nak promo.. juga bukan nak jual.. brand2 lain pun ada.. Bawa ini dan boleh masak macam2... bihun goreng 3 min je.. masak lauk pauk nasi semua dalam ini. Beli periuk ni dengan harga RM719, harga ahli Amway.




Sunday, August 6, 2017

Outing di Trefoil, Setia Alam


Cuti2 ni beberapa bulan lepas.. malam tu ada tahlil rumah nenek.. habis tahlil kita dating Trefoil ni.
Check in dah tengahari dan petang tu balik rumah ... hahaha.. outing paling dekat.
Takleh lah cancel sebab dapat tahu plan tahlil tu pun dah lewat maka kita teruskan juga.

Anak2 buah yang diangkut malam tu.. tetiba ramai anak. Nasib baik semua behave.. tak behave nanti makngah marah huhuhu..



Strict kat sini.. swimming suit only.


Korang dok diam2 kat situ.. Senang makngah nak monitor.



Atas tu kolam untuk dewasa.. cool je kolam ni sebab terletak di antara 2 bangunan.


Pagi tu mak2 diorang sampai... bertambah lah anak buah dalam ni... Tak ramai pun dalam tu.. kita2 je..


Kolam bersih dan terjaga.. fasiliti lain tak sempat tengok.
Bilik studio je.
Ayah book thru booking.com
Yang ni semalam RM90
Tak sempat masak bagai.. sebab masa terhad.. beli je dan makan.

Boleh repeat since dekat dengan rumah dan selesa.


Friday, August 4, 2017

Sambutan harijadi ayah di Hotel Majestic, KL

Kejadian pada 25.03.2017, sambut 3 hari awal. Short vacay juga.

Sementara tunggu register.
Ramai tourist.. ehhh.. local pun ramai gak.

Bro & sis.

Tempat menunggu yang cool.

Bilik air besar.. ada tv juga dalam ni.. channel boleh pilih means takde link dengan yang kat luar.. bagi Wafi berendam sambil layan cartoon channel.


Decoration semua Wafi yang pilih.. ala2 event planner gitu.. cam biasa kakak yang tolong pasang.. kalau Nampak yang kat belakang tu... itu adalah keluarga baru kami hahaha... macam2 lah budak2 ni tambah. Masa diorang buat ni ibu tidur sebab sakit kepala.. bangun2 dah siap. Kek dan food makanan lain ayah beli kat luar.. ambik grabcar dan sampai Lulu.

Ni sebelum balik.. pakcik ni kira legend lah di sini.


Tea set yang sangatttt lah cantiknya.



Wowwww... suweet lah sangat walau kena paksa.


My life.... my soul... sayangggggg kamu!


Keluarga besar kami.

Cantik sangat deco kat hotel ni.
Ada 2 side... ni yang original building... ala2 colonial gitu.





eh.. eh.. rugi plak tak bergambar kat luar huhu..

 Malam tu kan Earth Hour.. mereka bersedia dengan lilin bagai..
Wangi sangat orkid2 kat sini.


Middle of the lobby.

Lilin2 dah tersusun kat belakang tu. Sayang nya kami tak dapat saksikan lilin2 yang dinyalakan sebab kita nak jalan2 keluar..

Yang tu orkid2 yang ditanam dan dijaga dengan baik.. tengok dari luar je.. kalau ada event boleh booking.. ala2 tea time English style gitu.
Masa ni staff sedang kemaskan bilik ni.. maybe ada event malam sebelum tu.


Masyaallah... cantik sangat.

Ada rezeki boleh datang sini balik... insyaallah



Wednesday, August 2, 2017

Popiah Pisang

Malam ni Kawi cuba resepi dari rancangan Mangkuk Tingkat bersama Ili.
Gigih kol 11 nak buat juga.



Popiah Pisang

Bahan-bahan
1. Pisang berangan
2. Kulit popiah
3. Gula perang
4. Coklat chip

Cara-cara
1. Potong pisang bulat2.. Campurkan gula perang dan gaul.
2. Letakkan atas kulit popiah dan taburkan sesudu kecil coklat chip.
3. Lipatkan dan goreng sehingga keperangan.

Simple tapi sedap... manis2 gitu.
Esok paginya pun buat lagi tapi ibu lah yang buat padahal sebelah malam tu Kawi cakap nak bangun cepat buat.. hurrmmmmm

Sebelum tu ada sedikit kesedihan di hati Kawi sebab puncanya taknak ke tuisyen sebab banyak homework.. ok lah.
Tapi bila dia nak ikut ibu hantar ayah ke Klang Sentral ibu tak kasi lah sebab kata ada homework.
Dah dia pun bersedih teresak2.
Sebelum maghrib tu ibu dah keluar... Balik singgah beli pisang sebab teringat Kawi dan Wafi nak try resepi tu.

Bila ibu sampai rumah, Bami cakap Kawi gi tuisyen.
Ok lah.. dalam dia marah dan bersedih tu pergi juga. Ibu ambik lah kat tempat tuisyen... dari jauh nampak Kawi keluar dan dia perasan kereta ibu... tangan Kawi buat Yess sambil senyum.. sejuk hati ibu sebab Kawi dah tak marah. Masuk kereta cakap nak singgah kedai.. ok lah turutkan juga sebab nak beli jiwa kan hahaha...

Kawi masih baby ibu tau.
Walau jiwa senang memberontak (anak kedua kannn hehe) tapi hati ada taman.




Tuesday, August 1, 2017

Semalam di Impiana Hotel, Ipoh

Ayah dah siap2 tempeh bilik di hotel ni melalui booking.com
Jadi habis ber reunion tu kita stay overnight di sini jelah.
Nice surrounding.. cuma kalau nak beli food kena keluar sebab kawasan ni ala2 elit gitu.. tak jauh dari Istana Negeri.
Impiana ni dulu Casuarina Hotel dan  mereka dah berpindah ke Meru.

Wafi cakap kakak macam singa bila pakai tudung ni hahaha..



Ni nak balik dah.. tunggu kereta ayah.


Masih nak beraya.



Aktiviti wajib si kecil.



Cam biasa.. tak leh nak rotate. ggrrrr



Ni di Bulatan Amanjaya.. depan tu Casuarina Meru.. tak jauh dengan MAPS.


Banyak aktiviti kekeluargaan boleh buat di sini.. Sebab mata pun dah ngantuk dan badan pun dah penat jadi kita tengok je lah.



Sunday, July 30, 2017

Sambung beraya

Kebetulan unimate yang diduduk di Perak available, marilah kita sambung beraya.




Cik Mazura yang tinggal di Ipoh.. tinggal Iqy je yang ada, kakak2 dah duduk asrama.
Very cheeky boy.
Yang ni kita pergi dalam jam 9.30 pm gitu.
Dihidangkan pula dengan mi Mastan Ghani sebab kebetulan mereka ke Teluk Intan sebelum tu.

Esok pagi kita checkout dalam jam 11 am selepas Wafi naik dari pool. Pagi tu ayah je temankan sebab yang lain masih dalam gebar.. penat beraya dan berjalan semalamnya.

Anak2 nak breakfast dulu.. brunch lah sebenarnya. Ingat nak cari kedai mamak jer tapi sebab most of the kedai kat seberang jalan.. kami teruskan juga perjalanan. Jauh juga mencari kedai makan.. sebab dah hamper jam 12 kami makan nasi je.. settle.

Bagitau acik Fauzan, kami dah makan berat.. tapi dah kena sound kena lunch juga hehehe...
Kami pasrah.

Sampai Tanjung Malim dalam jam 1.45 pm..
Huwaaaa.. nak nangis bila diberitahu ada nasi kerabu homemade.
Mana leh tahan.. perut yang penuh tetiba je jadi kosong hehe..
Sedap sanggattttt... originally kelantanese taste..



Rumah Cik Fauzan di Tanjung Malim.. tinggal bertiga je anak2 di rumah.. 3 girls di asrama.

Alhamdulillah.. selesai sudah program jejak ziarah raya 2017.
Umur panjang bertemu dilain masa.
Semoga diberi kesejahteraan dan kesihatan yang baik2.