Pages

Saturday, April 27, 2024

Hantar Abang Imi

Hari ni giliran Abang Rahimi pula balik ke sarang. Seminggu ni kelas online. Start esok dah kena masuk kelas. Puaslah Bami duduk rumah.. 
ehhh... tak sangat pun. Bila cuti lepak dan tidur rumah nenek sebab ada Abang Izzat.
Weekdays keluar malam dengan Abang Izzat kunun nak spent timelah dengan cousin.

Ibu bekalkan Bami nasi putih dan ayam masak palekko. Dalam masakan ayam ibu campurkan carrot. 

Ini pinggan ibu, jadi adalah telur masin. Anak² tak makan telur masin.

Sementara gate buka, kita selfie dulu.
Ibu je hantar sebab ayah ada training di ofis.

Abang Imi breakfast dengan burger yang dibeli di kedai Terminal Klang Sentral. Kat rumah tadi tak sempat nak makan lagipun Bami taknak makan berat. Takut perut meragam dalam bas pula. Nanti sampai rumah sewa bolehlah makan 

Kali ni naik bas Darul Iman sebab slot 11.30 am hanya ada Darul Iman.
Bas lain yang ke Unisza adalah Sani Express dan Musafir.

Babai Bami...
Take care sayang.

Kosong dah bilik Bami tiada penghuni.

Ibu ayah kembali berdua...
🤧🤧🤧


 

Rezeki Daging Dendeng

Ini officemate ibu, Habib bagi seorang sebekas Daging Dendeng. Biasa dengar tentang daging ni tapi rasanya macam tak pernah makan. Bila Daging Dendeng KA menjadi fenomena, teringain jugalah nak beli. Ada je daging dendeng keluaran syarikat lain dijual di petrol pump tapi tak terasa pula nak beli.

Makan dengan nasi.. wallaweiiii

Sedap.

Taugeh mentah ibu letak dalam mangkuk dan siram dengan sup kambing panas. Jadilah buat² ada sayur.

Rezeki hari terakhir puasa ganti + sunat, dapat makan daging.. kira dah boleh raya lah ni🤣🤣
 

Bihun Sup Kambing


Ibu jaranglah nak masak daging kambing. entah berapa tahun sekali beli. Beberapa minggu lepas nampak daging + tulang kambing frozen di Econsave. Satu plastik dalam 1kg takde lah mahal sangat. Bolehlah nak buat ghaso².

Balik rumah terus masuk freezer sebab takde idea nak masak apa. Hari Rabu lepas petang hujan lebat jadi teringinlah makan something yang panas² untuk berbuka puasa hari ke 8.

Tingggg... terus teringat sup kambing macam kat resto mamak. Singgah kedai nak beli perencah sup tapi yang ada peket besar. Mau berapa tahun nak habis.

Balik rumah prep bahan2 yang ada. Tumiskan 4 sekawan dalam Noxxa, masukkan 2 helai daun pandan.

Masukkan  bawang merah+bawang putih +halia+ lada putih yang telah kisar. Masukkan daging+tulang, kacau bagi nampak kecut sikit. Tambahkan air secukupnya dan guna HP 35 minit.

Bila cukup masa keluarkan wap dan tambah garam dan secukup rasa. Biarkan mendidih dan daging empuk sebelum offkan Noxxa.

Condiments untuk bihun sup
1. Fishball dan fishcake dipotong² dan goreng
2. Daun sup
3. Taugeh
4. Bawang goreng
5. Sambal kicap
6. Bihun celur

Inilah kejadian bihun sup kambing. Sudah cup pedas sebab ada pada putih kisar. Terlebih letak cili pulak😅

Puaslah makan daging kambing sebab makan berdua je.  
Abang Imi makan kat luar dengan Abang Izzat.

Itupun banyak lagi dan makan pada hari esoknya.



 

Wednesday, April 24, 2024

Hidangan Nasi Lemuni di Syawal ke 12

Ahad lepas kami menyantuni jemputan kawan ayah di Precint 11, Putrajaya. Sekali jalanlah lepas Kajang terus ke Putrajaya.

Uniknya mereka menghidangkan Nasi Lemuni. Inilah kali pertama ibu tengok nasi lemuni. Ingatkan nasi ulam tapi kalau nasi ulam pelbagai dedaun dihiris halus. Menurut tuan rumah ia ada campuran daun lemuni berwarna purple dan dikisar untuk ditanak bersama beras.
Masa mula-mula ambil nasi ni ibu rasa dulu tanpa lauk lain. Rasa takleh lah describe sebab pertama kali makan tapi adalah rasa ulam yang tersendiri.

Makan nasi lemuni macam makan nasi lemak bila dihidangkan bersama lauk lain. Banyak jenis lauk tuan rumah sediakan seperti telur rebus, ikan masin, ayam goreng, sambal udang, sambal ikan bilis dan timun.

Untuk merasi keunikan nasi lemuni ibu hanya mengambil sambal udang, sambal ikan bilis dan hirisan timun. Kalau ambil banyak sangat lauk tenggelam pulak rasa nasi ni nanti.

Macam lah lagi tuan rumah hidangkan seperti mi kari, ketupat palas beserta rendang dan serunding daging. Dapatlah rasa semua bila ambil serba sedikit.

Tuesday, April 23, 2024

Beraya Di Rumah Bella

Sambunglah sikit cerita tentang raya haritu...

Ini di rumah Cik Amie. Dah lama tak datang Kajang, ada sahaja halangan walaupun plan beberapa kali. Kali ni sebab masing-masing pun free bolehlah sampai.

Tengok ni si Bella, dah malam belum nak tidur lagi. Tak ciwek dah sekarang ni. Nak juga dia main-main dengan makngahnya. Segarang2 makngah, bab ambil hati anak buah memang boleh jadi sayang😂. Tapi bila makngahnya buat "perangai", semua lari mencicit. Yang pegang HP pun boleh rela hulur 😆

Haaaa.. tengok tu.. nak ambil gambar saje je dia tembak makngah.
Geram betul dengan budak tecik ni.

Saturday, April 20, 2024

Beraya Di Rumah Paksu Shafiq

Dari rumah Atuk Leh kami gerak ke Bandar Seri Putra. Keluar dari tol Setia Alam kenderaan dah perlahan sampailah ke NKVE. Moving tapi perlahanny lahai.. kedua² arah. Semua keluar beraya kot. Jam 6 lebih baru sampai.

Perut pun dah lapar, dihidangkan pula makanan utara. 

Sedapnya lahai bihun sup utara ni. Dapat juga makan. Masa balik Kedah tempohari takde gerai bihun sup yang buka.

Ada juga nasi daging air asam.. wajib makan juga. Dapat pula makan ketupat palas homemade bersama rendang daging. 

Alhamdulillah.. puas makan makanan raya hari ini.

Maksu Fatin ni memang pandai masak, sedap hasil air tangannya. Kemahiran memasak dari mak beliau yang memasak untuk katering dan kenduri-kendara.

Majlis Aqiqah dan Jamuan Raya

Hari ni lepas Zohor ibu ayah dan nenek ke rumah Atuk Leh. Ada jamuan raya dan mereka buat sekali aqiqah anak sepupu ibu, Qilah. Sengaja keluar lewat sebab nak settle kan house chores dulu. Balik hantar Kak Widad, iron uniform kerja dan baju² ayah. Ayah tolong sapu rumah. Ingatkan nak sambung kerja² ofis tapi terjebak pulak dengan Queen Of Tears😅

Aqil dan Abang Izzat gagah juga datang sini. Abang Imi masih tiduran. Penat lah tu balik dari Genting Highland. Sampai Genting jam 12 mlm. Katanya ramai orang healing kat atas tu. Mungkin trend kot sekarang. Bami kata nakkan suasana dan sejuk².

Turun dari Genting jam 4.30 am. Lajak pula ke Masjid Sendayan solat subuh kat sana. Kemain jauh diorang punya lajak. Breakfast pula roti canai Kakak Cantik @ Kakak Rose. Rasa sampai rumah jam 9 lebih tadi.

Cik Cha yang ada kat rumah Atuk Leh. Cik Biela dah balik dulu.

Ibu tak adalah lapar sangat jadi ambik rojak buah, sate 2 cucuk dan 2 keping kek pisang.

Tiba² ada Cik Elis. Baru sampai tu tadi.

Version belum ready.

Minta Aqil ambilkan gambar.. snap fews, ambik sekeping je🤣

Dapat goodie bag berisi berkat makanan, set pisau dan handwash.

Next... ke Bandar Seri Putra.

 

Hantar Widad Pula

Pagi ni tiket Kak Widad jam 8 am untuk ke Jerteh. Sampai Terminal Bas Sani kami diberitahu bas lambat sikit sebab ada masalah tayar bocor. Semetara menunggu bas sampai ibu ayah breakfast dulu kat gerai stesen bas. Kawi taknak sebab sudah sarapan di rumah.

Jam 8.35 am baru bas datang, rupanya bas tu repair kat belakang terminal je. 

Dari Klang Kawi berdua je dengan seorang lagi budak lelaki. Seminggu awal ibu beli tiket dapatlah single seat. Ibu suggest Kawi balik Jumaat malam tapi Kawi nak balik pagi Sabtu. Turut kan je lah.

Kawi request nak bawak something yang boleh tahan 2-3 hari. Jadi pagi ni ibu buatkan sambal kentang+tempe+bilis.

Panggangkan ayam dalam airfryer dan masak nasi putih.

Sandwich telur untuk sarapan dan bawa bekal atas bas.

Semoga Allah permudahkan perjalanan jihad menuntut ilmu Kakak Widad.

Tinggal Abang Imi di rumah. Katanya lecturer buat kelas online lagi. 
 

Wednesday, April 17, 2024

Banjir Di Meru

Petang semalam hujan sangat lebat dan ada beberapa kawasan di Meru sudah dinaiki air. Malam sambung hujan lagi kemudian berhenti. Pagi tadi jam 6.30 am turn lagi hujan dengan lebat. Masa ibu nak keluar tu hujan semakin reda tapi still renyai-renyai.
Rumah kami tidak terjejas dengan banjir tapi jalan keluar dari Bukit Kapar ke Pekan Meru terkena banjir. 

Macam biasa bila hari hujan, automatik jalan akan jem. Tambahan bila ada kawasan Meru yang naik air bergandalah jem nya. Ibu keluar office jam 7.10 am.
Sampai Batu 7 start sesak. Jarak rumah ke tempat kerja 6 km je tapi bila tengok waze makin bertambah masa untuk sampai ke ofis.

Lagi 1.7 km pun merah lagi. Orang-orang taman mula letak kenderaan di bahu jalan sebab taman-taman lagi cepat naik air.
Kat jalan besar, ada 3 tempat air naik. Terpaksalah harung juga, bawa kereta perlahan-lahan sambil doa banyak-banyak huhu..

Jam 9 am baru sampai ofis.
Hampir separuh staf di Finance Department terpaksa ambil EL sebab rumah mereka dimasuki air.

Ni nak balik kena harung air lagi sebab kebanyakan tempat banjir termenung.
Dari tingkap ofis nampak jalan yang pagi tadi lalu air masih tinggi.

Semoga kawan-kawan dan penduduk yang terjejas dengan banjir ni bertabah.
Rumah Cik Nora pun sudah naik air sikit. 

 

Tuesday, April 16, 2024

Bagai Pungguk Rindukan Bulan

4 malam tunggu panggilan omey ni.

Ibu rindulah kat awak.

Haritu masa hantar, Wafi dah pesan akan kurang call sebab dah mula sibuk dengan sukan/permainan dan persediaan Ujian Diagnostik 1 (UD1).

Biasa Wafi akan call antara jam 10.30 - 11.00 pm. Jadi ibu kena tunggu Wafi sebelum tidur. Delay sampai 11.30 pm.

Esok tengok camne 🤧

 

Sunday, April 14, 2024

Sayur Bening Di Syawal Ke 5

Raya pertama je dapat makan makanan raya. Itupun rasa tak puas sebab pagi raya makan lontong, sambal kacang, sayur campur dan ayam goreng berempah. ehhh.. ada lagi, ketupat palas dan rendang ayam. Malam pulak makan nasi minyak lauk ayam masak merah. Juga laksa Cik Nora buat.

Raya ke 2, 3 dan 4 makan beli je.. 
kan duduk di rumah sahaja + perjalanan balik ke Kulim dan hantar Wafi balik asrama.

Hari ni nak makan comfort food pulak.

Masaklah sayur bening pak choy dan brokoli.

Nak habiskan sayur² hijau sebelum kuning. Beberapa hari sebelum raya banyak juga beli sayur kat NSK sebab murah. End up tak habis masak/makan.

Lauk pun masak simple sebab tak defrost awal². Ingat nak masak sardin, tak ada stok rupanya.

Inilah menu tengahari hari ni
  • Sayur bening pak choy + brokoli
  • Telur dadar
  • Sambal belacan
  • Telur masin
  • Ikan masin
  • Buah pelam
Kat luar tadi panas nya la haiii.. ini ada bunyi guruh sikit.
Hari ni nak relax² je kat rumah, esok nak kerja.

Aduhaiiii... tak terasa pula dah 9 hari cuti.
Esok dah kembali ke rutin asal.


 

Perjalanan Balik Melalui WCE

Ayah sudah merancang untuk menggunakan Lebuhraya Pantai Barat/West Coast Expressway (WCE) untuk balik ke Klang. Bila masuk PLUS Highway tak akan jumpa signboard exit ke WCE. Bila buka waze dan google map disarankan guna WCE. Confuse juga laluan yang perlu digunakan.

Dari Lebuhraya Utara Selatan kena exit 150 Bukit Merah. Kiranya ikut jalan dalam. Selepas beberapa kilometer, masuk semula ke Lebuhraya PLUS dalam 14 km. Exit pula Changkat Jering. Haaa.... dari situ barulah nampak papantanda WCE. Fuhhh..  barulah yakin. 

Beraya Di Rumah Tokwan

Raya keempat baru dapat jumpa Makngah sekembalinya dari Kelantan. 
Dapatlah bergambar beramai². Family Paksu Syafiq tak ada sebab berada di Sik. Tak sempat jumpa mereka.


Kak Widad tak join sebab belum bersiap lagi.

Family Makngah Shila.

Family kita dan Tokwan.

Abang dan adik sepupu.

2 beradik bersama tokwan.

Kami mulakan perjalanan pulang ke Klang jam 1.50 am pagi ni.

Semoga perjalanan lancar dan selamat sampai.

Hujan di pagi hari.
 

Saturday, April 13, 2024

Hantar Wafi Balik Asrama

Tadi keluar dari rumah Tokwan jam 12.30 pm. Keluar awal sebab nak cari barang Wafi dulu. Itupun jenuh juga nak set time sebab ada homework nak kena siapkan. Dah pesan dari awal cuti siapkan awal, Wafi kata sempat siap. Ada yang sudah siap sebelum cuti, ada yang last minit nak kena revise.  Ada yang cikgu belum suruh hantar, send dulu kat Telegram ibu. Wafi kata nak kena layan handphone dulu puas² sebab nanti tak boleh tengok dah bila masuk asrama.
Aduhhhh.. sabar je lah.
Budak² laaa ni.. HP tak boleh dipisahkan😬

Tapi ibu tak boleh berkeras sebab ada kerja² sekolah perlukan HP dan laptop. Macam tadi kena dubbing suara lepastu masuk dalam assignment canva. Entahlaa... ibu pun tak reti macamana budak² sekarang buat assignment. Nampak canggih sangat hasilnya bila dah siap.

Ambil kesempatan tidur dalam kereta. Bila tengok Wafi tidur camni kesian lah pula.. mengenangkan bila dah masuk sekolah banyak aktiviti dan tidur pun hanya beberapa jam. 

Bila balik rumah qada' tidur macam sudah tiada hari esok🤪
Abang kakak pun tak berani kejutkan sebab kasihan.

Singgah dulu Hasani Bookstore di Sungai Petani.
Beli few stationeries.

Dapatlah beli buku rujukan Komsas edisi Utara.

Ibu dapati harga di Hasani Bookstore ni jauh lebih murah berbanding MPH.
Contoh Classwiz calculator sini RM88 tapi di MPH RM99
Caligraphy pen RM17 manakala di MPH RM25

Lepasni boleh beli kat sini je, tak pasti pula ada kad membership atau tidak. Lainkali boleh check.

Lepas beli barang di Hasani Bookstore kami makan di Restoren Taulat. Solat di situ juga sebelum singgah MrDiy untuk beli berus gigi dan plastic drawer. Tertinggal pula yang ada di rumah.

Masuk pagar sekolah jam 4 pm seperti yang Wafi kehendaki. Tak adalah terlalu awal atau lewat. Sempat Wafi kemas locker nanti.


Dah angkut barang naik asrama turun semula nak sejuk².
Kat luar hari ni 43⁰c.
Terasa bahang betul.

Wafi pesan malam ni tak call.
Lepasni pun akan jarang call sebab akan sibuk.
Its ok dear, no news is a good news😘

Turun semula sebab nak hantar botol air dan novel yang taknak guna.

Bye sayang, nanti kita jumpa lagi.

Ibu spesis mak² oldskul... pakai tudung sarung je sebab lupa bawak tudung bawal🤣🤣

 

Makan Tengahari Di Restoren Taulat

Kami di Sungai Petani hari ini untuk hantar Wafi balik asrama. Ayah cadangkan lunch di Restoren Taulat yang berdekatan dengan stesen KTM dan UTC Sungai Petani. Ada Mee Thajudeen katanya. Ibu pun tak pernah dengarlah pasal mi tu.

Ini yang kami order.
  • Pasembor
  • Maggie goreng
  • Mi sotong
  • Mi goreng
  • Mi rebus
Berempat tapi order sampai 5 dishes.


Kakak tak nak ikut sebab nak duduk dengan tokwan je.
Sedap makan kat sini. Kebetulan masa kami sampai tak ramai orang lagi.

Tepi jalan je Restoren Taulat ni.

Atas ni rumah owner.
Restoren, tandas, surau dan kawasan keliling restoren bersih. Terpegun kejap sebab belakang restoren pun bersih.
 

Friday, April 12, 2024

3 Syawal : Dinner Di Boat Noodle

Lepas Maghrib tadi baru keluar rumah untuk dinner setelah seharian terperap dalam rumah. Malam ni dinner di Boat Noodle, Kulim.
 
Kami berempat je sebab kakak dan tokwan taknak ikut.

Rasanya ini kali kedua ibu makan di Boat Noodle, pertama kali makan di Klang Parade.

Ayutthaya Rice Noodle ambil 2, beef dan chicken, RM2.55 semangkuk.
Rasanya lebih berempah

Lava Egg Krapow, RM18.09

Wafi muka² taknak ikut, camne abang dia pujuk tak tau ler, akhirnya setuju.

Orang lain puasa berat badan turun tapi Abang Imi naik berkilo². Hurmmmm

Ayah dan Abang Imi.

Thai Fried Chicken, RM17.18

Sangkayaa, RM8.64

Ayam Legend, RM17.18

Pathumtni Rice Noodle, beef dan chicken ambil 2 set setiap satu, RM2.55 semangkuk

Air order drinking water (RM6.36) dan Terer Taro (RM8.64) pilihan Wafi.

Ibu rasa makanan tak banyak tapi bila buat bayaran RM100.55 termasuk service charge.

Kalau betul² lapar tak boleh masuk kedai ni... makan ala² je bolehlah 🤭🤭