Pages

Sunday, February 22, 2015

Sudah berhenti breastfeeding

Walaupun tak bf Wafi secara esklusif, alhamdulillah dapat bf selama mana yang dak kecik ni mahu.
Kalau diikut dia taknak stop lagi tapi takkan lah sampai melonjong pun nak bf huhuhu...
Sebenarnya senang bf ni sebab tak perlu bangun bancuh susu di malam hari.
Juga bila kita letih, dapatlah lelapkan mata sementara anak ni bf.

Ada bermacam petua dibaca dan diberi oleh orang lain untuk stop bf anak.
Ada yang letak asam, benda pahit dll kat puting susu.
Ada yang jumpa 'orang pandai' untuk dibaca2.

Mulanya buntu gak nak buat macamana. Dulu masa Bami & Kawi, stop terus sebab campur dengan susu formula awal2. Kesian kan... kesal pun ada.
Untuk Wafi memang berazam untuk bagi je.

Rasa kelakar plak sebab tahun ni kira Wafi 5 tahun. Takkan nak bf lagi.. malu lah nanti budak bambam tu.
Few days before menjelang 2015, memang dah cakap pada Wafi, masuk tahun baru je tak boleh tetek.
Nanti ibu cakap kat cikgu.. cakap kat kawan2 yang Wafi masih tetek.
Wafi cakap jangan lah cakap... nanti kita malu.
Ok.. kalau macam tu, 01.01.2015 dah tak boleh tetek tau!

Seperti yang dititipkan... pada malam 31.12.2014 Wafi dah taknak bf.. dan otomatiknya the next day dan sampai sekarang pun takde lah dia mintak bf.
Kadang2 tu saje jer pelawa... dia dengan gelak2 cakap nak.
Pegang2 tu adalah.. tapi takde lah sampai mintak pun..
Hehehe... geli mak!

Maka, buat pertama kalinya dalam perjalanan balik kampung takde lah budak kecik bergayut sepanjang perjalanan...
Hoyayyyyyy!!!!

Monday, February 16, 2015

Sindrom 5 minit




Wafi... bangun..
Kejap.. ..
Wafi.. bangun.. nak pegi sekolah ni.
Japp.... 5 minit..5 minit...

Haishhh... tu lah susahnya nak kejut si kecik ni pepagi..
Mata macam ada gam.

Sindrom 5 minit memang berjangkit dari abangnya.

Kalau si abang.. lepas 5 minit transit lagi atas sofa depan tv sementara nak masuk bilik air.

Kalau si kakak.. bila dikejut untuk ke sekolah.. memang takde masalah.. terus je bangun.
Kadang2 jam 5.30 pun dah berjaga.. tak perlu berkejut.

Tapi kan... bila hari cuti.. masing2 SAYANGGGGGG SANGAT nak tinggalkan katil ggrrrr...
Memang gitu ler... lepas solat subuh, masing2 memang otomatik tidur lagi.
Nak mengejut kena beberapa kali.
Ibu memang rimas dan pantang kalau anak2 bangun lewat.. SEMAKKKK!!!!

Saturday, February 14, 2015

Puding Sagu


Tak pernah seumur hidup buat dessert sagu ni, sebab masa kecik pun macam tak pernah nampak nenek buat.
Bila ada kawan post gambar dessert ni macam nak cuba je. Makan memang biasa makan.. tapi tak pernah terpikir pun nak buat.

Bahan2
Secawan sagu putih (kalau yang ada kaler samada pink atau hijau tu, bila dah masak ada bau something)
1 liter air
2 helai daun pandan
Pewarna makanan

Cara2
Rendam sagu 30 minit
Toskan dan masukkan dalam  1 liter air + daun pandan yang sudah menggelegak.
Masak sehingga sagu jernih.
Bila masak, biarkan seketika.
Toskan dan lalukan dibawah air paip.
Masukkan beberapa titik pewarna sambil kacau2 dengan garpu.
Masukkan ke dalam acuan kegemaran atau dalam bekas yang sesuai.

Bahan manisan
1 cawan Gula melaka/merah
1/2 cawan gula putih
2 cawan air
2 helai daun pandan

Cara2
Rebuskan semua bahan2 sehingga mendidih dan pekat sedikit
Toskan dan biarkan sejuk

Bila nak makan, sendukkan sagu yang dah sejuk, masukkan susu cair dan gula merah tadi.
Ikut lah suka banyak mana nak letak.
Sagu tu kalau sejuk lagi sedap... nyaman jer dalam tekak.

Sunday, February 8, 2015

Jalan2 tengok2...

Ini outing kami sekeluarga,
Cadangnya ke Ikea tapi melencong dulu ke Curve.

The girls.
Imgat nak ambik berdua... dah si kecik ni dok menyelit.
The boys.
Bami dah sama tinggi dgn ayah.
Kawi tak kuat la angkat si adik.
Susah nak bergambar dengan Bami. Risau ibu masuk blog.
Dah masuk pun!
Sempena musim perayaan CNY, ala2 jeti kat sini.

Bawah tu ikan koi.

Lepas tu baru ke Ikea.. menengok2 je.. beli lah sket2.
Ayah dok riki2 Klippan.


Friday, February 6, 2015

Modenas MR1

Seminggu survey motorsikal.
Mencari2 yang affordable dan sesuai dengan gaya hidup kahkahkah...
2 kedai je survey harga.. yang lain tu thru internet.
Kedai yang satu tu beza sampai RM500... waahhhhh... banyak tu.

Si adik dah berkenan yang ni.
Abang dia ok je lah.. walhal dah aim CT.
Warna biru pun pilihan si abang.

Akhirnya ambik yang ni... Modenas MR1.
Motosikal rakyat katanya....
Harga tunai RM3,400.00
Tambah RM200.00 untuk Comprehensive insurance.
3 hari booking baru dapat since urusan JPJ kedai yang buat.

Dapatlah free 7 barang, 2 biji helmet, lock, kain pencuci, raincoat dan minyak performance engine.
Sekarang ni untuk ke masjid pada hari jumaat tak payah lah si abang cari kawan untuk bonceng.
Cuma sekarang ni panjang lah sket langkau nya.

Tapi yang sedih, petang tu ambik tak sampai 2 jam si adik telah jatuhkan motor sebab dia nak naik. Pijak pedal sebelah kanan.
Ayoyo... sib baik si kecik tak apa2.. Motor tu adalah calar sket kat ekzos.. ala... Bami.. rilex laaa.. tak nampak sangat pun.

Harap motor ni memberi banyak manfaat buat semua!

Tuesday, February 3, 2015

Kerepek Ngarku (Arrowhead)


Kentang Ngarku (Arrowhead) biasanya dijual bila ada perayaan Tahun Baru China.
Kalau tak silap import dari China.
Bulan2 lain tak tau lah nape takde. Ekslusif untuk raya cina gamaknya.
Jadi kalau nak merasa memang setahun sekali lah.. tak tau lah kot ada jual di tempat lain sepanjang tahun.
Biasanya ada dijual di hypermarket seperti Giant, Tesco, Aeon, Econsave dsb.
Harga tak menentu. Ikut tempat.
Macam yang ibu beli semalam di Aeon sekilo RM2.80
Ada member cakap ada hypermarket yang jual below 2 ringgit.
Ada member chinese cakap boleh di masak sup. Tapi tak pernah cuba plak.

Rasa kerepek ngarku ni lemak2 manis gitu.
Makan sekali pasti nak lagi.. dan lagi... huhuhu...

Cara nak buat pun sama macam kita buat kerepek pisang, ubi, kentang dsb.
Kupaskan kulit kentang ngarku.
Basuh dan toskan.
Panaskan minyak yang banyak dalam kuali.
Bila minyak dah betul2 panas, sagat direct ngarku ni ke dalam kuali.
Agak2 dah penuh, masukkan air garam secukup rasa ke dalam gorengan tadi.
Akan berdesing bunyi minyak tu.
Balik2 kan ngarku dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan toskan. Boleh juga guna kertas dapur.

Dah suam/sejuk barulah masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Ibu beli semalam dalam sekilo lebih, goreng sejam lebih.
Goreng pun tak abis penat, tinggal separuh balang anak2 & ayah mengunyah.

Huhu.. macam nak mintak nenek goreng jer..
Tapi sebab stok tak banyak tu yang goreng sendiri.
Selalu nenek lah yang jadi mangsa huhuhu...