Pages

Wednesday, December 31, 2014

Orientasi Tingkatan 1

Bermulalah perjuangan kakak Widad dalam mengejar ilmu di sekolah menengah.
Rasa macam cepat jer masa berlalu. Terasa2 melahirkan Kawi di malam ramadhan.
Tup2 dan masuk secondary school.

Pelajar2 di dewan terbuka mendengar taklimat.

Selepas masuk kelas dan mendengar penerangan dari guru kelas, ambil pula buku2 SPBT.

Ayah dulu kan sekolah lelaki semua... ada rasa lain tak masuk sekolah ni hihihi...
Semoga Kawi diterangi hatinya untuk menuntut ilmu.
Jika ada rezeki ke sekolah rayuan, insyaallah akan bertukar.
Tapi sekolah di sini pun tiada masalah.
Tunggu sahaja kan....

Sunday, December 28, 2014

Atuk patah tangan

Baru kejap tadi ibu post citer yg kits baru balik dari lawat atuk.
Sesampai di rumah balik dari beli barang dapur dan berkemas2, dikejutkan berita atuk pula.

Allahuakbar.. atuk ....jatuh pulak dari kerusi malas. Entah macamana boleh terjatuh masa nak bangun tu.
Kerusi tu ekceli ibu beli untuk kegunaan cik patin sepanjang jaga atuk. Atuk plak mana leh baring jer atas katil tu. Mesti nak tukar2 posisi.

Ni sedang tunggu x ray. Masa ni cik cha baru sampai. Boleh lah cik cha tengok2. Sian cik patin sorang2 menghadapi saat 
yang tak diduga ni.

Atuk dok mengerang kesakitan.
Ya Allah.. Kau ampuni lah dosa bapaku. Jauhkannya dari kesakitan. Peemudahkanlah urusannya Ya Allah.


#Update : atuk discharge 30/12/2014

Aktiviti RAWIWA & the cousins.


Aktiviti anak2 and the cousin. Sesekali jumpa banyak ler aktiviti mereka selain tonton tv, layan movie di laptop, bermotor ke surau.

Ni ayah bawak tengok movie Penguin di SCM.

 Bersihkan kawasan rumah.

 Sembelih ayam kampung. Haaa... yang ni abg muhammad yg sembelih. Yang lain tukang pegang dan cabut bulu.

 Pancing ikan depan parit rumah cik nora.


Wad 8A Katil 45

Tengahari ni kami melawat atuk sebab petang ayah nak join ceramah di masjid At Taqwa.
 Waktu lawatan HTAR 12.30 - 2pm. Kemudian 4.30 - 7.30 pm.

Senyuman atuk. Alhamdulillah atuk semakin sihat. Harap2 atuk boleh discharge esok.

 Ishhh.... semua dok sibik nak landing atas katil.


Family cik Ami dari Kajang. Tapi Amira tak boleh masuk. Baby2 memang x dibenarkan masuk. Tunggu luar je lah.

Complete dah chickenpox mereka.



2 minggu lepas ummi telefon ibu di ofis mengatakan wafi demam. Since ibu ada training dan tak dapat ambik wafi maka ibu minta ummi hantar wafi ke klinik sahaja.
Malam tu baru perasan ada bintik2 berair menandakan wafi kena chickenpox.

Since kakak n abang ada di rumah seminggu juga wafi tak ke skul.
Alhamdulillaj demam sehari je yanh lain tu sapukan cream je. Lotion calamine tu sapu beberapa kali je sbb wafi cakap pedih... grrrr....
Cream n calamine tu beli di farmasi since masa g klinik tu doktor tak detect chickenpox.

Selang seminggu abang rahimi plak kena. Demam masa hari balik jaga atuk. The next day baru keluar bintik air chickenpox tu.
Haishhhh.... sekebal2 bami dapat juga jangkitan.
Kawi dah kena bulan june haritu.

25.12.2014


Selamat Hari Lahir nenek....
Ya... nenek meraikan ulangtahun kelahiran yang ke 65 di hospital kerana menjaga atuk.

Semoga Allah melimpahkan kesejahteraan dan kesihatan buat nenek.

Belum ada sambutan keluarga sebab atuk masih hospitalised.
Insyaallah kita buat makan2 bila atuk discharge nanti.

Admitted lagi.... :'(



Antara sebab jarang berblog kebelakangan ni.
Atuk admitted lagi pada 22.12.2014. Demam juga.
Ambulan bawak direct dari Dialysis centre.
Malamnya masuk ke Dependency Room di wad 8.
Oh ya... atuk discharged 10.12.14 yg admitted hari tu sbb kebocoran fistula.
Harap kali ni atuk sihat dan boleh keluar awal.

Hari kedua Bami jaga atuk. Terima kasih Bami.

Friday, December 12, 2014

Ku Pohon Pada Mu Ya Allah

Atuk admitted di HTAR pada 1.12.2014, demam akibat jangkitan pada fistula (saluran untuk rawatan dialisis)
Sampai sana jam 2.30 tapi jam 9.30 baru dapat katil dalam zon semi kritikal tu. Atuk duduk atas wheelchair jer, hurmmmm...
Esoknya baru warded di wad 4A. Malamnya jam 10 kena buat immediate sugery sebab fistula atuk mengalami kebocoran.
Atuk discharge pada 10.12.2014 dan perlu buat dressing pada luka surgery tu pagi ini.
Entah macamana atuk tergelincir dan menyebabkan gigi atuk patah.
Sekali lagi atuk dikejarkan ke HTAR, atas arahan Klinik Kesihatan Meru. kali ni Cik Otin bawak pulak. Bami n Izzat temankan.
Harap rawatan atuk di Zon Kuning dipermudahkan pada hari ini sebab petang ni jam 4.00 atuk ada appointment di Dialysis Center.

Ya Allah.... aku mohon padaMu.
Permudahkan urusan bapaku dan atuk kami.
Aamiin.


Saturday, December 6, 2014

Majlis Graduasi 2014, Tadika Pintar Sayang

Majlis ni pada 22.11.2014, sehari selepas tamat sesi persekolahan 2014.
Trick tahun ni dah plan awal semenjak habis mini konsert 2013. Masa tu kan Wafi tak nak naik atas pentas dan mengada2 nak kat ibu je.
Jadi tahun ni ayah hantar jam 8.00 ke dewan SRA Bukit Kapar Barat dan pulang semula untuk fetch ibu. Ibu cakap kat Wafi yang ibu work. Dari awal tahun dah cakap yang ibu work during the mini konsert tu.
Ibu menyusul hampir jam 9.00 pagi.
Tu pun duduk tengah2 dalam dewan takut Wafi spot ibu hehe...

Persembahan pertama Wafi dan kawan2. Berbaju kurung bagi girls dan berbaju melayu bagi boys.
Ada beberapa lagu yang dinyanyikan. Semangat betul anak2 syurga ni. Juga Asmaul Husna yang dibacakan juga oleh ibu bapa.

Ada persembahan medley 4 Tahun tapi ibu tak dapat download dalam ni.
Ibu macam tak percaya yang Wafi menari dan menyanyi dengan baik.
Bila di rumah tak de pulak nak praktis bila kami suruh dia tunjuk.
Berjalan atas pentas dengan yakin untuk menerima hadiah bagi 4 tahun.
Kat sini baru Wafi spot yang ibu ada. Senyum jer nampak ibu. Perghhhh... nasih baik dia tak turun dari pentas dan dapatkan ibu.
Bersama Zulaika, BFF. Kawan gelak, kawan gaduh, kawan main....
Ika ni anak cikgu di atas yang bagi hadiah untuk anak2 4 tahun.
Bila emcee umumkan acara persembahan kemuncak, ibu tak cam siapa yang berada atas pentas sehinggalah ayah beritahu yang Wafi ada di situ.
Makaihhhh... macam tak percaya pulak yang Wafi masuk tarian zapin.
Bangga betul sebab totally different from last year. Kali ni her confident level 100%. Step yang sangat baik. Suka ibu tengok. Nanti ibu tengok macamana nak download video tarian zapin tu kat sini.

Ni dah nak habis acara. Parents pun dah ramai yang keluar tengok anak2 syurga mereka. Tahu jelah.. anak2 ni bukan boleh duduk lama. Dok main kat luar pulak.
Masa ni ayah sampaikan hadiah untuk pelajar terbaik.

Tak sabar nak tunggu persembahan tahun depan. Wafi di umur 5 tahun.


Tuesday, December 2, 2014

Nasi Ayam Goreng

Bila masak nasi ni harum jer dapur.
Rasa macam nasi beriani.. nasi arab...
Tak tau lah macamana nak describe tapi sedap sangat.
Tambahan bau rempah yang digoreng guna minyak sapi.
Makan macam tu je pun dah sedap sebab try malam hari.. takdelah nak buat kari bagai hihi.. 



Nasi Ayam Goreng@ Southern Yellow Chicken Rice
Sumber; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan & Tummy@ 3hungrytummies
Oleh; Dapur Mamasya

Bahan-bahannya:
1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam
* 1 sudu besar serbuk kunyit
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya
ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari 1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis ,2 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang,
sedikit kiub ayam sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves
4 cawan beras basmathi-cuci toskan (boleh guna beras jasmin)
4 1/2 cwn air - tambah jika kurang
1/2 cwn susu cair - resepi asal guna santan
minyak utk menumis - mama guna minyak sapi + minyak masak

Cara-Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.
Masak nasi hingga masak.
* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

nota Dapurmamasya; Mama campur minyak sapi dg minyak semasa menumis.garam serta kiub ayam dimasukkan selepas air dan kacau, barulah disusun ayam.Bila nasi kering...perlahankan api dan letak aluminium foil atas periuk dan barulah ditutup dgn tudung periuk. Ni memastikan nasi masak sepenuhnya dgn wap. N
asi baru nak kering....kalau nasi agak mentah...boleh tambah sikit air panas.
nasi dah masak......
Siap terhidang Southern Yellow Chicken Rice ...mkn dg ulam dan sambal belacan.boleh juga mkn dg sambal hijau,atau sambal spt nasi ayam dan salad...terpulang kepada citarasa masing-masing.mama msk juga kurma daging mkn dgn nasi ini, tp kalau mkn tanpa kuahpun dah sedappp....

Monday, December 1, 2014

Selamat Hari Lahir Kakak Widad


Alhamdulillah... hari ini ulangtahun kelahiran kakak Widad yang ke 12.
Terima kasih Allah kerana meminjamkan anak ini menjadi anak yang baik.
Semoga Kawi sentiasa dalam rahmat Allah dan menjadi anak yang menyenangkan ibu ayah.

Monday, November 24, 2014

Baju baru Cik Nazaria

Akhirnya seterlah 10 tahun, dapatlah cik Naza berbaju baru.
Dah rabak dah seat depan tu.
Bila leather gitu lah... ibu plak jenis tak rajin nak bubuh losyen.
Mengelupas habis.

 Uzur sangat kan... huhu...

Ni setelah dibelikan baju.
Semi leather jer lah... harga RM750 termasuk upah. Buat di kedai accesories Lin Long, Klang.
Sesaja tambahkan merah instead all grey.
Barulah nampak seri.
Tapi bila tukar bukan original Naza, kusyen dia tak lah sesedap yang lama.
Nak tukar ori Naza mau makan ribu.
Takpe lah... yang ini pun ok dan anak2 pun suka.

Thursday, November 20, 2014

Majlis Kecemerlangan 2014

Petang tadi merupakan Majlis Kecemerlangan SRA Bukit Kapar Timur.
Since ibu bercuti esok hari, maka ayah lah yang akan attend Kawi nyer majlis.

Tempat pertama Kelas 6 Naim.

Bersama plaque yang diperolehi.

Kenangan bersama BFF juga, Rabiatul, Intan & Azlin.
  
Alhamdulillah... Jayyid Jiddan dalam PSRA.


Hari Graduasi 2014 - Tahun 6

19.11.2014, sekolah kakak Widad mengadakan Hari Graduasi untuk pelajar Tahun 6 dan juga pra 6 tahun.
Alhamdulillah... 6 tahun Kawi belajar di sekolah dengan pelbagai pelajaran dan pengalaman yang dapat ditimba.
Cantik bergaya dengan jubah dan bunga.
Ibu tunggu Kawi untuk konvokesyen U nanti yer.. insyaallah. 
Aikkk... tangan takde.
Manis senyuman.
Bersama Rabiatul Adawiyah, BFF.
Terima kasih Cik Ana sebab ambilkan gambar.

Selangkah menuju ke sekolah menengah pulak.
Harap Kawi terus berjuang.

Tuesday, November 18, 2014

The Supicious Housekeeper


Ingat nak stop... tapi tak boleh huhuu..
Kali ni tengok pelan2 lah sebab hero pun tak kenal.. bukan hero lah sebab tua hihihi..
Setakat ni jalan cerita lain dari yang lain.

Plot[edit]

Park Bok-nyeo is a mysterious housekeeper who will do whatever is asked of her, even, so the rumor goes, if that means murder. Her latest stint involves caring for a recently widowed father, and his four troubled children, all of whom are grappling with the aftermath of their mother's sudden death. The stoic new arrival, who shows barely any trace of emotion, acts as a catalyst for the family members to understand each other better and reconcile their relationships.

Monday, November 17, 2014

Hi-tea yang tak lengkap tanpa si kecil

Masa Annual Dinner, ibu kan dapat voucher Sunday Hi-tea buffet untuk 4 person di The Zone, KL.
Sebab expiry akhir bulan Nov 14, maka gigihlah kami ke sana.
Wafi tak join sebab ikut Cik Ana ke Kuala Pilah.
Kali ni naik LRT di Taman Jaya.

Sampai awal, jadi sempat ke Ampang Park. Window Shopping.
Abang ngan kakak teringatkan Wafi. Beli lah patung Elsa ni.
Kemudian ke KLCC. Sebab within distance, kami berjalan kaki saje.
 

Lepak kat Kinokuniya. Duduk situ baca resepi.. lapo2.

Tapi, nak ke The Zone, berpeluh gak lerr.. Ayah ler kata, dekat. Takpe.. sampai2 memang dah lapar.
 
Antara juadah yang disediakan.

Bami ulang makan fish n white sauce.


Adik n Bami really enjoy the food.
Haha.. makan sampai tak larat.

Kalau tak free, nak ulang balik memang takde lah.
Makan ikut keperluan je.

Jam 3 kita bergerak balik sebab nak ke Giant plak beli barang.
Takut lewat, sebab nak tunggu cik puteri balik.

Malam2 sebelum tido cik puteri mengamuk sebab nak milo. Adoii... waktu ni lah nak milo, susu tak nak.
Masih mamai lah sebab balik dari Kuala Pilah.
Rindu lah kat awak!