Pages

Saturday, April 15, 2017

Wafle dan jagung cawan paling sedap

 

 
Setiap kali melawat atuk, waffle dan jagung ni lah yang anak2 rekues.
Ada di koperasi HTAR.
Wafle yang rangup, lembut dipadankan dengan coklat dan peanut.
Jagung yang lemak2 campuran susu manis.

Cubalah..

Rindu abah.


Friday, April 14, 2017

Langkawi 2016 - Day 2 (Part 5)

Port makan terbaik
 
 
Habis round di Makam Mahsuri dan cari minyak gamat dan seangkatan dengannya, kami cari makan lah pulak.
Memang sebelum tu makan ringan2 je sebab nak makan kat tepi pantai menghala ke Lapangan Terbang Langkawi ni.
Senang je... memang kat tepi jalan sebelah kiri dan kanan tu landasan kapal terbang.
 
Laksa, rojak, ayam goring dan char koay teow jadi pilihan.

Sirap yang segar.

Kenyang.. lepas tu jadi ular hehehe..

Memang best makan sini... angina yang sepoi2 dan kadang kala kuat boleh terbang bekas makanan.
Tempat pun bersih.

Lepas makan kita nak shopping2 lagi.

Ni malam yang sama... adoi.. memang tak balik hotel lagi.
Lepas shopping2.. perut lapar balik.

Gerai kecik tepi2 jalan je.
Sebab tengok pun ramai orang.

Baru bangun. Mood takde lagi.


Ni dah ok.. dapat makan chicken chop.

Favourite Bami.

Gerai hipster.

Dah lewat sangat ni.
Badan, kaki ... semua dah tak daya.
Nak balik tidur jer.

Nite.

Wednesday, April 12, 2017

Langkawi 2016 - Day 2 (Part 4)

Makam Mahsuri
 
Lepas keluar dari Cable Car tu kita cari plak Makam Mahsuri.
Guna waze je.. tapi banyak signboard sebenarnya.
Lalu kampung2.
 
Ada persembahan gamelan.. atau more to latihan tak pasti sebab pakaian mereka biasa2 je. Since the kids nak tengok, kita lepak sini sekejap.

Masuk plak perkampungan Kedah.. kampong ayah ni hehe..
Oh ya.. pic makam takdelah ambik.

Ni rumah Mahsuri.

Sebelah rumah tu ada jelapang... dulu2 tempat simpan padi.

Ni fungsi untuk apa tak pasti.

Ni macam mini muzium la gitu.

Ada gerai2 jual souvenir.
 

 
Dapur masak.. cool jer.

Ni belakang dapur.

Ada buai untuk majlis berendoi.

Tipikal rumah dulu2.

Serem pulak nengok pic ni sebab tiba2 muncul Kawi hehehe..

Sambil luruskan kaki.. penat tawaf area sini.

Lepas tu turun makan2 sket kat gerai tepi sawah.. minum air kelapa.
Damai.

Sunday, April 9, 2017

Langkawi 2016 - Day 2 (Part 3)

Shopping Time
 

Malam sebelum tu dah riki2 shopping mall kat Coco Valley sebab ni walking distance je dari hotel.
Tengok2 rege coklat, corelle dan corning ware dan banyak lagi lah sebenarnya hehe..
Beli coklat Daim dulu untuk makan2 sambil jalan2.
 
Selepas kami ke Makan Mahsuri jalan2 kunun nak shopping.
Kita pergi dulu Haji Ismail Group (HIG).
Besar betul kompleks ni.
Beberapa tahun dulu masih kedai... yang ni berganda saiz.
Sebab kami pun pergi bukan peak season, jadi lah boleh berlegar2 dengan tenang.
 
Selepas tu, kami ke Idaman Suri pulak.. wahhh.. yang ni pun bangunan dah besar.
Selesa gak dok dalam tu.
 

Tak tau ler murah ke tak... tapi memang menapau juga.

Tengok je.

Beli seketul dua untuk nenek.

Yang ni Kawi borong.
Duit dia kan... tak kisah ler.

Tengok je sebab belum ada keperluan nak beli.

Yang ni beli di Coco Valley.
Nak juga merasa walaupun kat rumah guna untuk masak lempeng je kihkih...

Ada gak borong set corelle.. buat tambah2 kat rumah tu.
Yang best dapat beli mangkuk2 bubur walaupun bunga/corak tak pernah jumpa.
Tu kira corelle dari few countries tapi macam dah discontinue.
Murah gak sebab beli 1 percuma 1.. dapatlah beli 1 dozen.

Memang rambang mata dok kat situ.. rasa semua nak beli.. (malang duit tak berkepuk huhu).


Lepas ni nak cari set ni plak.
Tunggu tengah kumpul duit.

Wednesday, April 5, 2017

Langkawi 2016 - Day 2 (Part 2)

Pic di pit stop.. since semua orang turun.. kita pun turun juga.
 
Happy Kawi.

Setting untuk selfi.

Kena masuk wang tapi tak ingat hehe.. baru boleh guna teropong.

Si adik masih menunggu turn.. rupa2 nya tak kesampaian sebab kena masuk duit juga.. since kita tak cukup duit biru tak dapatlah dia guna. Tu yang merajuk.

Windy.

Cantikkan..
So kita teruskan perjalanan sambung naik cable car.

 
Sampai atas dan untuk ke Sky Bridge ada 2 option samada berjalan kaki atau naik je Skycab... tambah je duit lagi huhu..
Since kita pun malas nak menapak maka skycab jadi pilihan.

Boleh plak diorang berlama2 kat sini.. gerun weii tengok bawah.

Kabus tebal dan windy.

Tengok monyet.

Sesi posing2.

Gaya yang jadi viral... tak boleh dah buat gini huhu..
 
ecehhhh kakakkkk

Si kecik tak bagi chance.

Mereka bertiga

Ada lagi...

Last2 ibu posing sendiri.. ok.. tanpa gangguan!
 
Lepas ni kita lepak2 kat restoran atas kayangan.
Sesaja nak rasa makanan kat situ.
Boleh plak budak2 ni order maggi cup.
Tapi serius sedap sebab masing2 pun perut dah lapar.. ok lah.. alas perut dulu.