Pages

Thursday, July 20, 2017

Raya lagi


Biasa kita akan beraya bersama2 (baraan) dengan adik beradik ibu aka juga cousin Rawiwa.
Sapa yang ada sahaja.. sebab ada yang masih beraya di kampung suami/isteri masing2.


Ni depan rumah Atuk Jep.
Yang ni kita start lepas asar gitu.

Di rumah Atuk Atin & Nenek Nok di Kampung Melayu Subang.
Satu2 nya adik perempuan arwah atuk.


Di rumah keluarga Cik Hannis.
Jam 10 am dah sampai sini.. kami disediakan heavy breakfast.. nasi minyak, ayam masak merah, acar, mi kari dan pasta.. makaihhh,.. Alhamdulillah.... semua sedap2 belaka.

Rumah ke dua... Nenek dan atuk long di Sungai Way.
Yang ni abang sulung nenek.

Atuk long masih gigih melayan kami walaupun sedikit uzur.

Mak dara dan budak2 chomel.

Sebelum gerak ke Kampung Malaysia Tambahan, Sungai Besi.
Mana yang sempat bergambar


Wednesday, July 19, 2017

Aktiviti di transit


Ni antara aktiviti Wafi masa cuti sekolah 2 minggu di transit.
Masa ni bulan puasa.
Walaupun takda silibus macam sekolah tapi jadual tetap ada.
Masa mengaji, solat, tidur, main dan tengok tv/cd.
Jadi taklah rasa lama menunggu ibu pick-up.

Lepas main dam... nak belajar plak main chess.
Layankan aje.



Wednesday, July 5, 2017

Roti Puri

Syawal ke 11.
Masih menggantikan puasa dan bila ternampak video roti puri, teingin nak makan.
Bergegas balik dari ofis nak ke kedai beli tepung.. boleh plak terlupa ambil beg Wafi di transit.
Ambil lepas buka dan hantar kakak ke tuisyen.



Roti Puri

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh yis
3 sudu besar minyak masak
2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan air suam

Cara-cara:
- tepung gandum, yis, garam, gula, minyak masak gaulkan kesemua bahan tersebut.
- masukkan air panas..gaul rata..uli sampai adunan tidak lekat ditangan..kemudian bulat2kan..perap selama 15 minit..
- setelah adunan kembang..lenyekkan dengan penggelek..
- panaskan minyak..masukkan adunan sekeping2. siram2 kan minyak panas atas aduna tadi bagi puri mengembang.
- Bila dah agak kekuningan, boleh angkat.

Boleh dihidang bersama sambal sardin atau kari pekat.


Nak masukkan pic ni yang lebih terang tapi takleh rotate plak hihi..
sis redha :-)