Pages

Saturday, December 31, 2016

Hari Orientasi Tahun 1/2017 SK Bukit Kapar

Fuhhh... berdebar2 selama beberapa hari menunggu saat ini.
Apatak nyer bila countdown.. banyak sangat alasan Wafi untuk tidak ke sekolah.
 
 
Macamana kalau dapat cikgu garang?
Kita mana pandai matematik.. darab kita tak belajar lagi!
Nanti kita nangis
Sapa nak kawan dengan kita kat sekolah?
 
 
Adoiii... stress ibu camni tau!
Malam tadi minta tido awal.
 
 
Pagi ni bangunkan ada mood kurang baik.. ehhh.. macam biasa.
Tapi dah pesan... nanti jumpa Adam, Zara & Syafiq sebab mereka akan daftar pra-sekolah.
Oklah.. cepat sikit siapnya pagi ni.
Jam 7.20 dah ready. Baju, kain, tudung... semua pakai sendiri.
Cepatnya kamu membesar nak oiii... :'(
 

 
 
Ready to go.
Sesi pendaftaran 7.45 - 8.15 am.
7.40am kita baru gerak. Awal lagi.
Tak sampai 5 min dah sampai pun.
 


Bulan 10 haritu ada Ujian Diagnostik.
Saringan kemasukan kelas.
Alhamdulillah.. dapat kelas 1 Azam.
Sekelas pula dengan BFF, Nurnayli Najwa.
Rakan sejak baby lagi di Taska Pintar Sayang.. kemudian Tadika Pintar Sayang.
Sama2 juga mendapat Anugerah Kecemerlangan Pelajar.
Harap anak2 ini dan anak2 syurga yang lain terus cemerlang dunia dan akhirat.

Guru kelas 1 Azam.. yang ke-2 dari kiri, Puan Rozana Busro.
Teringat Cikgu Rahmah masa ibu darjah 1 Kuning 1980 dulu.
Masa murid2 di kelas untuk sesi, ibubapa ada sesi taklimat pula. Masa ni adalah cikgu lain yang bantu dalam kelas.
Lepas majlis perkenalan, bayar pula yuran sekolah di Dewan Merak ni.
Kemudian ambil buku teks dan aktiviti di Unit SPBT.. Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS).. (hebat nama).
Dan diberitahu unit SPBT SKBK telah menjuarai anugerah SPBT selama 3 tahun berturut2 bagi daerah Klang.ehh.. ke kebangsaan.. adoiii lupa plak.

Dah selesai urusan, ambil Wafi di kelas. Nampak tak air tin tu... hamboii... siap belanja kawan lagi.
Esok sekolah nak belanja kawan lagi.. amboii... kopak lah ibu macam ni.
Cakap padanya.. hari ni je.. esok sekolah dah tak boleh minum air manis. Minum air kosong macam yang ibu bekalkan tiap2 hari.


Waahhhhh.. red dragon.
Ni antara aktiviti masa di kelas orientasi. Sambungkan titik2 dari huruf jawi.


Berdebar pula menunggu hari Selasa.
Semoga semua dipermudahkan olehNya.

Wednesday, December 28, 2016

Pusat Kesenian Islam

Ini kita terus shoot ke Pusat Kesenian Islam pula.
Sebenarnya dekat je tapi sebab dah tersalah arah, ada la lewat sket.
Dekat je dengan Masjid Negara yang kita pernah sampai sebelum ni by walking distance dari hotel penginapan.
 
Masuk sini kena bayar entrance fee.
 
Antara yang dipamerkan.


 Macam drama plak.

Khat.

Tulisan tangan.

Replika masjid di Dhubai.
Cantik sangat.

 
Menakjubkan... tulisan tangan walau telah berabad.










Tuesday, December 27, 2016

Tugu Peringatan Negara, Malaysia

Memang dah lama berhajat untuk ke Tugu Negara.
Bila balik ke rumah atuk dan tengok gambar2 lama... ada gambar ibu, ummi dan cik ujang di depan tugu, gambar hitam putih.
Semangat meluap2 tapi memikirkan yang ayah tak tau jalan... maka terpendamlah angan2 huhu..
Tapi semenjak ada waze dan ayah makin berani masuk jalan KL maka, usaha menjejaki tugu diteruskan. ewahhhh

 
Ada tourist dari Vietnam berkenan kat Kawi... katanya Kawi so beautiful.. tu yang diajak bergambar.. mula2 sorang2... lepas tu bereamai2 plak.

 The girls.

 

 Masa ni Wafi dah mula merajuk sebab cuaca mula panas.

 


 
Susah nak dapat shoot yang betul2 kami sahaja... ramai sangat tourist.
Local ada sekerat dua.

Di pintu masuk.
Free entrance je.

Monday, December 26, 2016

Padi Box, Sekinchan

Ni short vaca sehari sebelum Hari Raya Haji.
Semalaman je kita duduk di Padi Box ni... kan sekarang trend hotel penginapan daripada kabin.
Nak merasa juga macamana duduk dalam kabin tu.
 
Ni suasana petang berlatar belakangkan  sawah padi.
Macam biasa kita singgah ke Mango King cari buah pelam yang manis dan sangatttt lah lazatnya.

Since bilik yang memuatkan 2 katil queen agak terhad, maka café jadi pilihan untuk lunch.
Lunch kita dah bawak siap2 dari rumah.

Basic seperti minuman, kek dan mi segera boleh didapati di café ni.
Air panas disediakan untuk penghuni bilik.

Bilik kami berwarna merah.

 Ni bekfes the next morning.. roti dan tuna bawa siap2. Juga milo 3 in 1.

 

Sabar tunggu buah mempelam dikupas.

Pemandangan dari atas. kalau ada anak kecik boleh main di bawah tu..

Keluasan bilik diwarnakan mengikut warna yang berbeza.

Matahari hamper terbenam.

 
 Lampu2 yang menambah keceriaan.

Nuuuunnnn mata memandang.

uihhhh... sebiji rumah ditengah bendang.

Bilik selesa tapi sebab kabin kan rendah... jadi ibu terasa macam penyek je..
Hahaha... dah merasa duduk dalam kabin ok lah.

Pagi tu kita bersiar2 naik basikal yang kayuh 2 orang tu.. nanti cari pic di kamera.

Sebelum pulang.. kita cari makanan eksotik dulu.


Kek Harijadi Nana Yang Tragis

Cik Amie minta ibu orderkan kek untuk makan2 sempena harijadi Nana yang ke-5 yang akan diadakan di rumah atuk.

Masih memesan daripada Shida@mytalentcooking, home baker. Ini kali kedua selepas kek indulgence sempena birthday Bami.
 
 
Kek indulgence juga bertemakan watak Frozen.
Ini yang sampai di ofis tengahari tu. Sempat snap huhuhu...
Kek ni 7" RM45 tambah RM10 untuk edible print tu.

Ada juga creampuff.
Memang nyummy... dalam ada filling... atas pun ada gak.
Creampuff ni sebiji RM1 je. Sekotak ada 20 pcs.
 
Anak2 buah sedang menikmati juadah yang disediakan.

Nampak tak kek yang terpeleot shape dia hahaha...
Gamaknya masa dalam perjalanan tergoyang2.. maklumlah jalan dari Meru kan dok berlubang2.
Kesian Nana...

Tapi budak ni selamba je cakap... takpe lah kek saya jadi camtu.
Huhu.... tq Nana.. lenkali makngah belanja kek lain lah yer.
Kek tu rupanya agak sensitive.. apatah lagi tengahari rembang ibu bawak balik rumah dari ofis.
Sempat plak shopping kat pekan pulak tu.
Dah merajuk jadinya.

Saturday, December 24, 2016

Family gathering di Al-Rawsha Restaurant

Ni dinner selepas setengahari kita berpiknik di Taman Tasik Shah Alam.
Pakcik Zie belanja.
Semoga bertambah2 rezeki Pakcik Zie sekeluarga.
 
 
Juadah yang dipesan.

Sebahagian dari family yang dapat hadir.

Sabar menunggu hidangan.
Mango juice.
Memang nikmat.

Tu appetizer.. jangan ditanya nama. Memang tak tau sebab semua diorang yang order.
Kami tadah perut je.

Nasi arab ni favourite nenek.
Tapi serious... nasi dia memang lembut dan sedap..

Only brother dalam Shohari Clan.

Eeiiiiii... banyaknya mak buyung makan hahaha...

Grup photo seperti biasa.
Sehingga bertemu lagi.. insya allah.