Pages

Friday, August 26, 2011

Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin

Berhati-hati ketika memandu...
Bergembira bersama keluaga...


Daripada kami sekeluarga

Wednesday, August 24, 2011

Bola

Abang Imi berhajatkan bola.
Kalau puasa penuh, mintak ibu belikan. Aikkkkk macam budak2 kecik lah abang imi nih.
Start dari mula puasa dok sibuk pasal bola.
Tiap2 hari tanya sampai ibu dah naik geram…sampai ibu cakap kalau tanya lagi ibu takmo belikan..
Dah tu sempat lagi remind kat wall FB ibu.
Alahaii… anak….
Semalam tanya lagi since hari tu ibu cakap kalau ibu dapat bonus ibu belikan. (sib baik dapat, kalau tak meleleh lerr abang imi).
Bola plak nak yang mahal, yang jual kat Al-Ikhsan tu.. takpun yang kat Adidas. Yg kat tesko, gergasi, pasar malam semua taknak..tak best..
Kalau tak mahal nanti cepat kempis plak.. macam tu pun boleh ker!
Since ibu dah dapat duit dan dah sediakan untuk abang imi, ayah cakap lepas raya plak baru nak pegi..
Hurmmmm… abang imi tak puas hati sebab nanti lepas raya dah nak peksa plak.. susah nak main sebab katanyer mesti ibu soh baca buku.

huwaaaaa... entry bersambung...
errrmmmm... akhirnya.. dapat gak bola yang jadi idaman abang imi.
Bola pasukan England, Umbro. apa2 lah... bang mi.
Ibu siap belikan pump lagi.. hahh.. pasni jangan cakap bola tak best asyik kempis yer!
Beli kat Al-Ikhsan, Alamanda.
Harga RM55 dapat RM49 (errr.... bola tendang kat kaki jerr... apesal la nak yang mahal2. peliksss)
Belek2 lagi.... tido dengan bola... mimpi bola ...

Tuesday, August 23, 2011

Menyimpan makanan laut dalam peti sejuk

Pelbagai cara ibu-ibu menyimpan makanan sejuk beku dalam peti sejuk.
Macam ikan, sotong, udang, ayam dsb.
Ada yang susun2 cantik dalam 'tupperware'.
Ada yang main campak2 jerr dalam 'tipuware' ekeke..
Ibu plak kalau beli ikan kat pasar @ supermarket biasanya kira siap2 bukan pakai ambik n timbang.
Contohnyerr ikan kembung 8 ekor.
Jadi bila balik, lepas siang dan bersihkan, ibu akan simpan dalam plastik putih asing2. Setiap satu plastik ada 4 ekor. Jadinyer adalah 2 plastik.
Kalau ayam pun sama, masukkan satu plastic untuk sekali masak. Kalau 1 ekor ayam tu boleh lerr masak 3-4 kali, mean ada 4 plastik.
Senang, supaya bila nak masak, keluarkan mana yang kita nak masak jerr.
Tidaklerr tiap kali nak masak kena defrost (rendam/microwave) semua sbb yang last mesti dah lembik sket akibat terendam beberapa kali.
Kalau agak2 nak masak lebih, defrost ler 1-2 bahagian.               

Ibu simpan dalam plastik sebab bila masuk dalam bekas2 ambik ruang yang banyak pulak w/pun 2 door. errrr… peti sejuk kita kecik lah ayah.. J

Pertama kali berbuka di luar

Setiap hari kami berbuka di rumah.
Setiap cuti pula berbuka di rumah atok.
Sabtu lepas, kami ke Sekolah Alam Shah, Putrajaya untuk berbuka di sana.
Ayah cakap ASAS (Alumni Sekolah Alam Shah) yg anjurkan.
1st time pun ayah ajak family berbuka di sana.
 Di hadapan lencana sekolah terbesar.

Wafi tengah meninjau kawasan.

ohhhhh.. nak outing cuma thumbprint jerr... canggih2...

Abang Imi dan Kakak Widad teruja dengan skrin pc.. sempat lerr diorang godek2.. Sib baik takde FB ngan game.

Buka dulu ngan kurma n air kosong.

Bersama keluarga Abang Najib & Kak Lina yang we found out duduk kat Meru.

Lepas buka (ehhhh sepatutnyer terawih berjemaah kan), kami ke Alamanda, Putrajaya.
Second time gi sinun.
Best gak...







Monday, August 22, 2011

Ayam Buttermilk

Wahhh.... cubaan pertama yang tidak menghampakan.
Ni lauk untuk berbuka.
Pantang nampak resepi yg 'macam' sedap, simple & 'rasa2' boleh buat...
Gigih mencuba ..
Resepi
Ayam potong kecik2 sket (perap dengan Halia + bawang putih + serbuk kari + tepung gandum + garam)
Butter
Susu Cair (anggaran 1 cawan)
Daun Kari
Bawang Besar (cincang)
Bawang putih (cincang)
Cili Padi (hiris)
Tepung jagung (pilihan)
Minyak Masak

Cara-cara:
1. Goreng perapan ayam & asingkan.
2. Letak sikit minyak. Tumis butter sampai cair & naik wangi.
3. Masukkan bawang besar & putih yang dicincang dan hirisan cili padi.
3. Dah wangi masukkan daun kari dan kacau sampai naik bau.
4. Masukkan susu cair, kacau pelan2 sampai kuah nampak cantik.
5. Kacau-kacau + garam, kalau nak likat tambah sket bancuhan tepung jagung.
6. Masukkan ayam yang telah digoreng.
7. Kacau rata & boleh hidangkan.

Untuk berbuka sesuai tapi kalau untuk bersahur susah sket masuk tekak kot sebab creamy.

Friday, August 19, 2011

Sumbangan untuk pusat sumber sekolah

PIBG sekolah Abang Imi & Kak Widad nak dapatkan dana untuk menambahbaikan pusat sumber sekolah.
Setiap anak yg paling tua kena bawak balik form Bacathon PIBG 2011 untuk wat kutipan.

Kat situ tulis diserahkan pada ibu bapa.
Maknanyer ibu bapalah yang kena kutip. RM50 satu murid.
Sapa banyak kutip dapat hadiah.
Hadoiiii…. Mula2 tu ibu suruh abang imi pegi kutip sendiri. Pegi lah kat rumah2 jiran.
Dapat 1 rumah jerr.. pehtu senyap.
Buat tak tau jerrr.. ishhh… nampak gayanyer ibu yg kena cari sponsorship.
Bawak pegi ofis cakap kat colleague dermalah barang seringgit dua.
Ramai yang  sponsor RM5.
Ibu kutip department sendiri jer.. Dapatlah RM47.
Fuhhh.. lagi sket jerr.
Balance tu abang imi mintak acik2 kat rumah atok.
Cukuplah RM50.
Ini juga bagi keyakinan pada abang imi untuk berkomunikasi dengan lebih baik camner nak request sesuatu dengan lebih polite & terangkan apa kegunaan duit yang disumbangkan tu.
Bukan sekadar “cik ami, mintak derma seringgit!”.

Ayah cakap next time kalo ada lagi, baru bawak ofis ayah… wahhhhh…. Lagi lebat ler kalo camtu hihihihi….


Tuesday, August 16, 2011

Anak2 bertudung - ver. 1




Mudah-mudahan menjadi anak2 yang solehah.. Amin....

Monday, August 15, 2011

Baju kurung

Tahun lepas hari raya puasa Wafi baru berumur 4 bulan.
Tahun ni 14 bulan dah yer..Alhamdulillah Ya Allah.
& tahun ni 1st time Wafi akan beraya berbaju kurung.
Tahun ni juga ibu mula menjahit semula selepas setahun berehat.
Setahun sekali pun jahit baju kurung hehehe…
Kalau tahun2 lepas setiap baju kurung ibu akan buat tulang belut/sadin/mata lalat kat leher baju kurung,
tapi tahun ni ibu nak short cut jerr…
Buat list (kalo ditranslate jadi senarai? Sepatutnyer lining) jer tang leher tu sebab macam dah malas …
Ala…. Kalo tempah baju pun, tailor dah tak buat tulang2/mata lalat pun..
Tu pun upah dia RM38 kat kampong..(patutla… tailor2 kat kampong nih leh gi holiday oversea tiap2 tahun)
Baju2 dah siap kat butik2 maupun kat pasar2 malam pun sama. Semua bubuh list jerr…
Lagi pun sekarang kebanyakan orang bertudung tutup leher… jadi tak nampak lerr keunikan tulang temulang  tu.
Lain lerr orang dulu2…. Berskaf jer.
Ehhh… banyaknyer excuse kalau takmo buat ekekeke…
Cumanyerr kurang la ‘kecomelan’ baju tu.

Tak sabar nak tengok Wafi berbaju kurung jalan terkedek2
(errr sambil main bunga api ngan Kak Widad & Abang Imi)

Saturday, August 13, 2011

Retired!

Today is the last day for Mrs Ang at our company.
She is our Treasury Manager and served the company for 42 years.
Ahaaa.... almost same age with the company.
I'm working with her for almost 15 years.
We have a great and bad time together.
  
In her room and she is the one who sitting infront of us (Finance and Accounts Dept and Admin Dept-as we have a same boss)
ahhh.... Rahmat is not around.. ayoooooo EL today. Rugi la!

Will miss your smile.
Wish your best of luck and stay healthy.

Friday, August 12, 2011

Jambangan buat ibu

Bunga.
Rata2 wanita mesti suka bunga.
Ibu pun suka.
1st time dapat bunga masa konvo.
Tu pun ummi dan sorang junior yg agak rapat bagi. errr masa tu apesal Incik Rizal tak kasi yer :-(
Fuhhhh…15 tahun lepas.
Pehtu takde laa sapa nak bagi maklum lerrr ayah ni kan hati dia takde bunga2 hehehe…
Sabtu 2 minggu lepas.. balik dari konvo kolej ayah bawak jambangan bunga..
Wahhhh…. Hati ibu berbunga2…
Semekar kuntuman rose yg menyala2 merahnyer..
Widad yang sambut bunga tu..bukan Bang Mi.
Tengok….. our girl pun suka bunga laaa ayah…
Ayah cakap bunga tu dari our unimate dulu,  Zelda Raha untuk diberi pada ibu.
Ouhhhhh touching2…(ehhhh sebenarnyer ibu dah tau awal2 sbb ayah takleh simpan rahsia)
Ayah kata anak Zel yang tolong pilihkan sebab ayah tak reti pilih bunga2 nih. (cover ler tu)
Tq Zel, it’s so lovely. Kita suka sangat…. J
Next year kita nak bunga warna biru + kuning plak yer hehehe…



Wednesday, August 10, 2011

Kismis

Sunat berbuka dulu dengan kurma tapi anak2 di rumah tak berapa nak makan kurma ni.
Jadi sebagai alternatif, ibu bagi anak2 ibu ni kismis.
Wah!!! Semua suka termasuk ayah!
Antara khasiat kismis
(ni ibu google jer)
a) Menajam minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.

b) Antioksida. Kajian mendapati fenol yang terdapat dalam kismis adalah antara sumber yang membolehkan ia dikategorikan sebagai antioksida. Antioksida melindungi tubuh daripada radikal bebas selain menjaga kesihatan kulit.

c) Gigi sihat. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik. Asid ini sangat efektif dalam membunuh bakteria.
http://homefamilysite.com/blog/khasiat-buah-kismis/

d) Kajian juga mendapati kismis yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.

e) Khasiat daripada kismis juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan.

f) Kismis mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.


Sekarang ni kismis dah jadi snek untuk anak2 ibu juga sebagai vitamin.
Baby pun suka sangat.
Tiap hari bekalkan ke school.
Kismis ni lebih baik dari junk food (jajan2 cam cikedis, kentang goreng, jeruk, gula2 dsb.) yang banyak kandungan garam, gula, monosodium glutamate, pewarna, pengawet dsb.

Hari tu sibuk ttg ramai murid sekolah dah obesiti.
Takmo lerr nanti BMI anak2 ibu tak menunjukkan bacaan yg sepatutnyer…
Tempohari ada dengar2 kalo BMI anak2 tak bagus, ibu2 kena gi sekolah (ala2 soal siasat)..
eeeee…. Tak koser ibu!

Tuesday, August 9, 2011

Seri muka resepi Che Ann

Bila baca entry CA pasal seri muka hati membuak2 nak buat.
Bukan apa… tak tahan nengok kaler dia yang hijau tu.. nampak menggiurkan.
Bahan2 pun nampak senang nak cari.
Sebelum puasa hari tu gigih lerr kol 10 mlm buat sbb waktu tu baby dah tidur.
Nyah ko… nak sangat buat kol 1 pagi baru beres.
Kena 2 kali kukus sbb kukusan kecik jerr…
Follo jerr apa yg ada kat resepi tu insya allah jadi..
tinggal 2 ketul jerrr bagi kawan2 rasa...
bila lembik tu yg potong tak berapa nak elok..
tapi rasa best... wangi gitu (ala2 puji diri sendiri)
Bila belajar sendiri tanpa chekghu adalah yg tak kena..
Tang bahagian atas tu sedikit lembik, rasa2nyerr… air 400ml utk blend pandan ambik sikit/separuh jerr..
Memang lerr ambik separuh tapi yg lebihnyerrr pegi tuang kat bancuhan tepung.
Ni pun setelah 2-3 kali baca balik resepi tu… kunun2 muhasabah balik lerrr..
Lagi satu kat rumah takde la plak penyukat2 bagai… aleh2 guna lerr botol susu Wafi hahaha… tu je bekas yg ada tunjuk isipadu!
Takpe2 len kali cuba lain tapi kena wat separuh @ suku jerr kalo nak makan sendiri.
Hari tu tamak, 1st time cuba, guna resepi penuh.
Sib baik ada kawan2, keluarga & jiran terdekat utk disedekahkan.
Diorang kata sedap… ececece…. Kembang sket..
Tq CA! Mesti byk ambik order kan..

Nota untuk CA : ada tak resepi pulut kepal yang ada serunding tu? Anak bujang dah berapa kali soh buat..huhuhu….

Monday, August 8, 2011

Bila ibu kena bertegas!

Imi : Ibu, boleh tak Imi tak nak sekolah petang ni?
Ibu : Nape?
Imi : Panasla…. Imi pening la…
Ibu : Imi tahan la sket… hari ni kan hujan… jadi takde la panas sangat.
Imi : Habis tu bila Imi boleh cuti?
Ibu : Sekolah mana boleh cuti2…nanti cuti sabtu ahad, Imi cuti la..
Imi : Ibu janji tau kalau Imi sekolah ngan puasa penuh ibu bagi apa2..
 Aikkkk… main janji2 plak…
Ni masa Bang Mi darjah 3, Family Day IIC 2009
kat Tiara Beach Resort, PD
Tu lahhh antara ayat2 memujuk Rahimi bila tak nak sekolah.
Darjah 5 dah Bang Mi oiiii….
Kalau ibu cakap OK, maksudnyerr ada la lagi sesi2 memujuk akan datang.
Jadi untuk mengelak dari sebarang pujukan di masa akan datang, baik cakap NO fullstop.
Budak2 ni main psiko plak yekkk…
Ada jerr akal diorang.
Lagi satu, kalau sorang cakap OK, yang sorang lagi mesti nak turut serta.
Ohhhh… lebih baik ibu bertegas!

Sunday, August 7, 2011

Mana satu pilihan ibu2?

sharing is caring!


Friday, August 5, 2011

Mula menyebut

Petang semalam bila ambik Wafi dari school, ummi Linda cakap Wafi mulutnyer pot pet pot pet marahkan kawan dia.
Kawan baby buat apa yerr sampai Wafi marah2.

Wafi ni mulut ringan.
Kalau nampak apa2 hurghhhh... hurrghhh...
Takpun bbuahhhh..., cacccaa....bedthiii2...(uihhhh payah plak nak tulis baby punya word)
Sekarang ni nak masuk 14 bulan, dah ada beberapa patah perkataan yang boleh difahami cam mmiii (ummi, jeles ibu sbb nama ummi yg Wafi sebut dulu), nak, yah (ayah), aaabab (abang)...tapi ibu ngan kakak belum lagi huhuhu...
Dulu abang ngan kakak sebut nama ibu pun lambat sebab 2 suku kata yang berbeza.. rasanyerr bu dulu...
Uhhh tak sabar nak tunggu Wafi panggil ibu.

Thursday, August 4, 2011

Nak!!

Semalam masa nak beli lauk untuk berbuka, tetiba ada budak kecik sebut "Nak" sambil tangan tunjuk kat kuih.
Alahai pandainyer anak ibu nih... dah pandai mintak2.
Cute sangat..
ni masa 5 bln, belum boleh makan
 lagi tapi suka makan jari
Dua kali dia sebut sambil tangan tunjuk kat kuih bila ibu ngan ayah buat2 tak tau.
Dapatlah budak kecik ni makan cucur udang yang takde udang...
Boleh abis 1 setengah biji...
ohhhh.... ibu sangat suka tengok anak ibu ni yang selera sangat makan.
Alhamdulillah....

Wednesday, August 3, 2011

Nenek yang tidak sihat

Semalam nenek rawiwa gi check-up kat KK Meru.
Pegi sendiri naik motor.
Check2 semua lah...
Tup2 bacaan tahap gula sampai 28 (errrrr..... tinggi lerrr tu sebab bila ibu google2 bacaan normal 5 jer)
Huhhhhhh langsung kena bawak gi HTAR naik ambulance.
Sib baik nenek dah tepon cik nora siap2..
Kalau tak mesti semua orang tertunggu2.
Nenek pegi sana sorang2 lerr.
Cik baya masih kat rumah tido sbb sebelum tu keje malam.
Ibu yang kat ofis dah longlai kaki bila tau nenek kena gi sepital (sbb dah bbrp kali kena hantar & lawat abah kat HTAR/HKL sebelum ni, membuatkan ibu sangat gerun bila teringat hospital)
Dalam kol 2 lebih dengan atok baru tengok nenek.
Nenek kena masuk ward semalaman.
Kena drip air... alhamdulillah semlm bila cik baya nak balik bacaan dah 10.
Tengahari ni dah boleh balik. Syukur Alhamdulillah.
Semalam adik2 mesti terasa ketiadaan nenek masa buka & sahur.
Sabar yerrr adik2 ku.

nenek n wafi (yg tak nak pandang
nenek pun sbb kena paksa)
nenek cakap wafi ni satu2 nyer cucu
yang tak nak kat nenek hehehe..
Tu laaa bila sakit nak datang bila2 masa jerr Tuhan nak uji.
Sebelum ni seingat2 ibu, nenek jarang sangat demam.
Baru2 ni jerr dalam sebulan dua tau yg nenek kena kencing manis, tu pun sbb dah berhari2 badan lesu.
Bila gi Klinik An-Nur baru di-diagnosed.
Semalam masa nak gi check-up pun nenek ok jerr dari rumah.. sihat.
Yer lahhh menda2 dalaman ni kita tak tau.

Ya Allah, Kau berilah kesihatan yang baik dan kesejahteraan kepada ibu bapaku dan seluruh keluarga ku juga kepada semua umat Islam di mana jua mereka berada.
Amin...

Tuesday, August 2, 2011

Poket sudah robek :(

Ni lah hasil dari 2 warehouse sales minggu lepas.
35 helai.... ada lahh 2-3 helai yg dah pakai tak masuk dlm gambar.
W/S Anakku - RM101
W/S Hytex - RM251
Walaupun poket dah rabak tapi still puas hati..
Yerlahhh...shopping baju anak2 ibu bukannyerr selalu kan.
Ni nak raya boleh lerrr anak2 berbaju cantik2 (ehhhh.... selama ni cantik jugakkan hehehe)
Untuk Rahimi - 4 helai T-shirt Anakku/Disney/Looney Tunes RM5-RM10 & 1 pair baju tidur Looney Tunes RM15
Untuk Widad - 2 helai jeans Anakku RM10/pc, 1 helai jeans Disney RM15, 3 helai T-shirt Anakku/Disney/Looney Tunes RM5-RM10 dan 3 pairs baju tidur Looney Tunes RM10-RM15 each dan 3 panties Disney RM2/pc
Untuk Wafi - 16 pairs Anakku/Tenderly/Disney/Issue RM10-RM15, sepasang stokin RM3 n kasut RM5
Ibu dapat gak selai t-shirt & suar.
Baju2 semua tip-top, 5 star.

Kat Hytex ada gak t-shirt yg diorg jual start dari RM2 (stock lama tapi masih elok2 walaupun ada kotor2 sket(boleh cuci) )) tapi sebab kena cari dia punya pair tu yang malas.
Yang RM5 pun ada gak tapi selai2.
Ibu terus rembat yg RM10/pair senang.
Next time kena cari yg RM2 untuk baju2 basahan sebab lagi worth.
Tapi tu lerrr... orang nyerr yaaa... ramai dong.
Lagi satu yg tak syiok dia punya kaunter... 1 jerr utk baby area (sampai ke luar jln raya beratur), 1 utk reject/old item & 2 for kids/adult.

Mungkin sbb dah namanyer pun w/h sales kan... sanggup beratur panjang wooooo... tapi kebykkannyer incik2 suami ler yg beratur dulu dgn mulut moncong jer kepanasan, yg ibuk2 sibuk menggodek2 baju.

Dalam  kol 11 am staff kat sana pun still top-up walaupun kat dlm rak tu masih banyak baju.
Next round kol 1 katanyerr.. tapi takkan nak berumah tangga kat situ kan...
Kalau 1 hari mau raban2 abis duit.. Cukup2 lerr tu .
Ada sorang tu citer dah tak yah gi Sogo (ada sales gak) sbb yg kat Hytex lagi murah & brand sama gak.
ooooo.... ibu tak penah gi Sogo punya sale lerrrr...

Memang recommended lahhh Hytex punya sale.
Tapi yg lepas bila diorg wat kat dewan byk plak komplen.
Kalau yg kat kilang dia memang superb.

Anakku punya w/sales kat Dewan Meru pun ok gak tapi Hytex lagi murah.
Cuma Anakku design dia lawa2 lerrr (sbb dah selalu gi yg Hytex ekeke... jadi dah tau lerr gambar2 dia mesti pooh, rabbit ..).
Kat dewan lagi nyaman sbb air cond tapi diorg takde rembat2 sangat mcm kat Hytex... tak berapa nak thrill mmuahhahahha...

Dah cukup... melalut2 plak... syiok oooo kalu citer pasal sale nih... :-)

Monday, August 1, 2011

Wafi & Pak Su

Wafi ni kan susah nak kat orang lain kecuali ibu, ayah, Abang Imi ngan Kak Widad.
Makcik2 yang jadi pilihan pun tak ramai... kalau diorang dukung, muka Wafi cam biasa takde perasaan.
Kekadang tu cemik2 muka dia bila kena dukung.
Dengan nenek pun lately jer nak.. tapi tak lama.
Cuma dah tak takutlahh bila nenek dekat..
Tapi awas... jangan lerr cecuba nak angkat budak tenit nih.. marah sungguh dia.
Tapi tengok gambar kat bawah nih..
Rilex jerr bila Pak Su dia pegang..Siap gelak2 terkekeh2 lagi..

Haaaaa... jelir2 lidah pulak...
Bila pak su dia duduk bolehnyerr nak pakaikan tudung... pak su dah ada kopiah kat kepala lahh...
Hisshhhhh... Wafi ni bila dah start suka bukan main lagi dia..
Layan jerr lerr...