Pages

Sunday, December 7, 2025

Setetes Embun Cinta Niyala

Pagi ni kat rumah santai² layan Netflix je.

Ibu pilih filem Setetes Embun Cinta Niyala adaptasi novel karya Bapak Habiburrahman El Shirazy. Novel diterbitkan pada tahun 2005.

Saturday, December 6, 2025

Habis Dah Cuti Mid-sem Dan Kelas Online

Hantar Kak Widad ke Terminal Bas Klang Sentral. Bas 8 pagi.

Thursday, December 4, 2025

Dinner Sempena Aqil SPM Di 99 Founder Cafe

Makan malam ni pada Sabtu, 22/11/2025
Ayah suggest bawa Aqil sempena nak ambil SPM pada next weeknya. Pagi tu Abang Imi dan Abang Izzat bawa Aqil study kat library Shah Alam. Dapatlah Abang Izzat bagi tuisyen Maths.

Butterfly lychee, ibu punya.

Terpaksa Korek Tabung

Kat rumah ibu sediakan beberapa tabung untuk letak duit syiling. Kadang geram je... duit syiling bersepah-sepah, atas lantai, atas meja. Kalau tak disergah ibu jugalah yang tukang kutip. Itu yang letak kat setiap bilik dan ruang family. Asal jumpa je terus masuk tabung. Ada juga syiling yang duduk sebelah tabung. Agaknya syiling tu boleh panjat sendiri 😬

Sebelah mesin basuh pun ada. Ni tabung paling besar dan berat. Yang penutup merah tu untuk letak duit kertas, kalau jumpa 😁

Monday, December 1, 2025

Cendawan Busut

Selasa lepas jumpa orang jual cendawan busut kat pasar malam.
Lama sangat tak makan sebab tak jumpa.
Beli sepinggan RM13 dah siap bersihkan. Ada juga yang masih belum bersih.

Strawberry Matcha Di Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang, Jabatan Informatik dan Perkomputeran (JIK) diadakan pada 18 November 2025. Ia bagi menghargai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan membolehkan mereka menerima Sijil Dekan bagi semester 1 & 2 Sesi 2024/2025