Pages

Saturday, October 10, 2026

Cerita seminggu🤓

Pagi ni flight ibu ayah ke Kuala Terengganu jam 11.20 pagi. Perjalanan 1 jam 5 minit. Minta Cik Cha hantar ke Subang Airport. Konvo Bami esok, sidang ke 2, sebelah petang. Bami hari Khamis drive sendiri ke KT. Nak kena ambil jubah dan uruskan beberapa perkara.

Friday, October 9, 2026

Jogja 2026 - Sarapan Pagi Di Hotel

Hari ketiga dimulakan dengan sarapan pagi di hotel. Bolehlah bangun lewat sikit sebab perjalanan ke wisata seterusnya adalah jam 8 pagi.

Tanda Mata Dari UUM Sempena Mai Balik UUM 2.0

Cerita Program Kenduri Mai Balik UUM
📅 4 September 2026 (Jumaat)
📍 Universiti Utara Malaysia, Sintok

Thursday, October 8, 2026

Learn & Relearn


Hari ni ibu ada training di Armada Hotel, PJ.

Wednesday, October 7, 2026

Jogja 2026 - HeHa Sky View I Pethel Bakar I Batik Rumah Suryowijayan I Win Perfume

HeHa Sky View


Dari Pantai Timang kami dibawa semula ke Kota Yogyakarta. Sebelum itu singgah dulu di HeHa Sky View yang terletak di atas bukit bagi melihat pemandangan Kota Jogja dari ketinggian.

Monday, October 5, 2026

Jogja 2026 - Pengalaman Menaiki Jambatan Gantung dan Gondola Di Pantai Timang


Hampir 2 jam perjalanan, akhirnya sampailah kami ke Pantai Timang, antara destinasi dan aktiviti yang memang dinantikan sejak awal perjalanan. Tapi nak sampai ke tempat secantik ini, cabarannya bukan biasa-biasa! 😂

Sunday, October 4, 2026

Kawan² Unisza Bermalam Di Rumah I Konsert Wali Band

Minggu lepas Abang Imi ada beritahu ada 2 orang unimate akan bermalam di rumah.
Hari Khamis mereka sampai.

Bermalam satu malam sebab Hari Jumaat akan ke JB. 

Hakimi bertolak dari Ipoh jam 5 pm. Sebelum ni intern di sana dan lepas intern teruskan buat partime barista kat F&B. Balik dari JB akan terus ke kampungnya di Chenor, Pahang. Hakimi tinggalkan kereta kat rumah sebab mereka akan car pool naik dengan Abang Imi.

Saturday, October 3, 2026

Jogja 2026 - Sarapan Di Hutan Pinus

Bekalan sarapan pagi yang disediakan pihak hotel.

Friday, October 2, 2026

Nampak Sama Tapi Bukan

  • Duku
  • Duku Langsat
  • Langsat
  • Dokong
Semua pun suka.
Kalau ada jual, bukan serentak pun.
Mana yang ada kita beli.

Semalam balik dari lunch nampak lori ada jual Duku Emas.. 4 kilo, RM20.
Bos lah beli letak kat pantry.
Sedap gak.. manis.
Tak tau lah kenapa tetiba muncul nama Duku Emas.

Cuma tak best bila nak buka kulit ada getah.. melekat dan kuku hitam 🤓

Kat rumah buah ni takde peminat, kalau beli pun ibu sorang makan. Bila teringin beli sikit je takpun kalau beli banyak hantar rumah nenek. Nenek suka adik beradik buah ni.

Jogja 2026 - Hari Kedua : Mengejar Matahari Pagi 🌄


Seawal jam 3.00 pagi, masing-masing sudah bangun untuk bersiap. Mata masih terasa berat, badan pun belum betul-betul “online”, tapi semangat nak meneruskan perjalanan mengatasi rasa mengantuk. 😆

Wednesday, September 30, 2026

Jogja 2026 - Angkrinan Kang Joss


Tugu Yogyakarta (juga dikenali sebagai Tugu Pal Putih) sebuah monumen ikonik berwarna putih dan emas setinggi 15 meter.

Jogja 2026 - Menginap 3 Malam Di Citradream Hotel


Dari pantai kami terus ke hotel, sampai dalam jam 5.30 petang.
Teruslah check-in.

Jogja 2026 - Gumuk Pasir, Pantai Parangtritis & Pantai Padang Mekas

Wisata seterusnya adalah ke Gumuk Pasir atau sand dunes.

Tuesday, September 29, 2026

Jogja 2026 - Masjid Agung Kulonprogo & Peminat Cilik Aisar Khaled

Lepas makan kami minta Mas Donz bawa ke mana-mana masjid untuk solat. Di bawa ke Masjid Agung Kulonprogo, tidak jauh dari Rumah Makan Bu Hartin.

Monday, September 28, 2026

Majlis Makan Malam Rumah Laksamana


Majlis makan malam rumah Laksamana (Biru) diadakan pada hari Jumaat 25/9/2026 bertemakan World Culture.

Jogja 2026 - Makan Tengahari Di Pondok Makan Bu Hartin

Masuk² kereta Mas Donz tanya nak makan dulu tak? Mulanya kami kata tak perlu sebab belum begitu lapar tapi bila Mas Donz beritahu kalau nak ke tempat lawatan pertama iaitu Pasir Gumuk dan pantai, sekarang masih panas jadi elok lah makan dulu. 

Sunday, September 27, 2026

Berkumpul Dan Makan² Rumah Nenek

Plan nak buat gathering kat rumah nenek patut buat masa cuti sekolah tapi ramai yang unavailable. Ada yang balik kampung.. ada yang kerja. Dah beberapa kali tanya dalam grup masih tiada kata putus.

Semalam pagi Cik Elis tanya jadi ke tidak buat malam. Jadinya.... kita jadi kan je lah.

Cik Ujang, Cik Fatin dan ummi je yang tak dapat balik. Nak tunggu semua memang susah, jadi mana je yang ada. 8/11 boleh balik.

Kita buat potluck je seperti biasa. Terus share dalam grup nak bawa apa. 

Saturday, September 26, 2026

Jogja 2026 - Perjalanan Ke Yokyakarta


Alhamdulillah trip ke Jogja dah selesai selama 4 hari 3 malam dari 16 - 19 September 2026.

Friday, September 25, 2026

Study Skills Bootcamp


*Study Skills Bootcamp*
🛫🛫🛫
Date: 4 September 2026
Time: 8.30 am – 12.30 pm 
Venue: Bilik Seminar Bangi, No 5, 3-03, Jln Medan Pusat Bandar 8A, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi.
Pax: Open to Form 1-5
Fee: Your commitment, No payment accepted.
Food: Meals and Drinks provided
Trainer: Puan Sha
Content:
• Ice breaking & Reset Mindset
• General Study Skills
• Techniques for Each Subject
• Focus, Schedule & Time Management
• Exam Techniques
• Closing & Commitment (Action Plan)
• Post Session Progress Monitoring

Kelas ni initiative dari parents dari SMS Pasir Putih (SCIPP)

Cerita Jumaat 4/9/2026 sehari sebelum Wafi balik asrama.

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Khamis, 3/9/2026

Ibu sepatutnya ambil 1/2 day untuk bawa Wafi ke BSN, ganti kad bank yang dikatakan "hilang" tu. Namun leave ibu tak approve, bos hanya benarkan ibu ambil Time Off sahaja. Cadangnya lepas setel urusan bank nak bawa Wafi pergi SCM, makan² kemudian beli barang asrama.

Bila dah gitu, ibu ambil Wafi kat rumah, bawa ke BSN lepas tu belikan makanan. Ibu minta Abang Imi ambil Wafi jadi ibu terus masuk ofis semula.

Balik kerja ganti balik plan yang tertangguh. Kita pergi makan berempat di Hock Kee Kopitiam lepas solat Maghrib.

Tuesday, September 22, 2026

Hari Pertama Kawi Intern

Giliran Kak Widad pula untuk memulakan intern hari Isnin 21/9/2026 untuk selama 6 bulan.
Masa diploma intern dia Work From Home dan rasanya 1-2 kali je pergi office atau seminar. Ni bila kena masuk office dia excited sikit.

Sunday, September 20, 2026

Rinduuuuu

Alhamdulillah semalam jam 8.35 pm flight touch down di KLIA.

Hari ni nak berehat je di rumah. 

Malam tadi Wafi share gambar jadi waiter untuk dinner rumah Bendahara. Student rumah lain volunteer jadi waiter. Ada sekali Pipah, Ika, Wafa dan seorang lagi tak familiar pula.

Dinner rumah Laksamana akan diadakan pada 25/9/2026 bertemakan World Culture.

Masa ibu kat Jogja adalah 2 kali Wafi call, ada sekali tu jam 8 mlm dia call tapi ibu dah tidur, penat sungguh😅

Nanti dah senang ibu balas komen dan ziarah rumah kawan² ya🥰

Nak sambung tidur ni🤗
 

Wednesday, September 16, 2026

Selamat Hari Malaysia

🎉 Selamat Hari Malaysia 2026!

Semoga semangat perpaduan, keharmonian dan kecintaan kepada negara terus mekar dalam kalangan rakyat Malaysia. 🇲🇾❤️

Quick update.

Oleh kerana company ibu shut down sampai Jumaat bersambung weekend Sabtu dan Ahad.. maka ke Jogja lah ibu, nenek dan Bami bermusafir.

Tuesday, September 15, 2026

Pertandingan Mencipta Komik


Semalam petang Wafi call beritahu tugasan yang ibu printkan dapat no 1.

Ibu ingatkan kertas tu nak tampal kat surau atau kelas.

Kan kita dah cakap, kita masuk pertandingan.

Mungkin ibu tak perasan masa Wafi bagitau.

Rupanya ada Pertandingan Mencipta Komik berdasarkan Hadith 40.

Macam AI je.

Memanglah kena guna AI tapi prompt tu kita kena reka sendiri.

Lorrr... idak lah ibu tau. Ingatkan masa balik cuti haritu dok mengadap HP,  skrol medsos je 🤭
Kan tak pasal asyik kena bebel 😬😬

Wafi kata menang mungkin juga salah satunya sebab guna kertas berkualiti dan kaler gambar pun terang.
Ibu print kat kedai printing RM1 sekeping sebab ink kaler printer kat rumah dah nak habis.

Hadiahnya berbentuk voucher dan satu lagi tak ingat.
Voucher apa pun ibu tak sempat tanya.

Sunday, September 13, 2026

Unboxing Blind Box Pop Mart

Ini yang dipilih.

  • Pucky : Closed For Today 
  • Twinkle Twinkle : Farm Tales Series 

Cekodok Roti

Sarapan pagi ni, yang senang-senang je.
Ada roti Gardenia sebungkus Cik Awie bagi tak termakan, expired dah semalam huhu. Roti masih elok lagi. Teringat ummi ada beritahu roti boleh buat cekodok. Jadi ibu siat-siat masukkan dalam blender, bubuh air secukupnya dan garam sikit je. Pastu blend.

Saturday, September 12, 2026

Ngopi Jap Di Gigi Coffee

Lepas beli blind box Wafi kat Pop Mart, Wafi ajak ambil gambar kat luar sekejap. Ibu dan Wafi je pergi ayah tunggu kat Apple Store. Lepas tu baru cari makan. Dah tak ada apa nak buat kami decide balik je. Takde lah nak mengukur mall sebab semalamnya kan dah berjalan seharian ke Beryls dan MAHA.

Keluar dari TRX sebelah kiri ada Gigi Coffee yang menuju ke stesen MRT. Ajomlah ngopi kejap.

Layankan si budak tecik ni.

Makan Malam Dengan Abang Imi Di Restoren Sotong Besar

Gambar ni dok ada dalam draft... 14/8/26 Bami ajak ibu temankan ke OC Klang Parade nak cari baju jogging. Kalau takde OC mungkin kami tak pergi dah ke Klang Parade. Sebelum ni OC ada kat Setia City Mall namun pilihan kasut dan pakaian tidak sebanyak di Klang Parade. Tutup dah pun sekarang.

Friday, September 11, 2026

Nenek Healing Sampai Ke Siam

Ibu masukkan cerita nenek yang baru balik rombongan Cik Kiah ke Kelantan-Patthalung-Songkla-Hatyai-Kedah.

Kawan masjid nenek ajak join sekali ikut rombongan Masjid A Syakirin, Gombak Batu 6. Kiranya kakak kawan neneklah yang orang Gombak.

Pergi 4hb sampai 8hb.. tapi malam semalam baru sampai sebab kawan nenek ajak balik kampung dia kat KL tidur sana, siap beli buah kat Pasar Chow Kit. Kemain kampung kat KL tapi rumah sendiri kat kampung😅

Ibu share je lah gambar yang ada berdasarkan itinerary yang nenek bagi. Gambar pun random je tak ikut susunan.


Hamboiiii nenek... jalan sakan tak ingat rumah😆

Thursday, September 10, 2026

Cari Apa Di Pop Mart?

Kisahnya Ahad 30/8/2026 bawa Wafi berjalan. 
Dia tuntut hadiah sebab ada subjek yang meningkat masa exam dan UD2 baru-baru ni.. ehhh.. tapi yang menjunam takde pulak dia nak highlight 😬😬
Maka ke Pop Mart lah kami tiga beranak. Naik MRT dari Kwasa Sentral ke TRX.

Tuesday, September 8, 2026

MAHA 2026

MAHA 2026 sudah melabuhkan tirainya Ahad lepas, tapi baru sempat nak tulis.

MAHA 2026 berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 bertempat di MAEPS, Serdang. Ia menghimpunkan pameran tentang pertanian, agro makanan, inovasi dan teknologi.

Saturday, September 5, 2026

Habis Dah Cuti Wafi

Cuti hari ke-9 sempena Cuti Persekolahan Penggal 2. Pagi ni Wafi naik ETS jam 10.22 am.

Friday, September 4, 2026

Melawat Kilang Beryl's Chocolate, Seri Kembangan

Dari rumah Cik Ami kita menuju ke Kilang Beryl's yang terletak di Seri Kembangan.
Macam drive 20 minit je.

Alang-alang dah drive jauh dari Klang, better lah jalan-jalan kat area sana.

Bawa rombongan anak-anak.
Dulu anak-anak kalau rombongan sekolah mesti akan ke sini.
Jumpa gambar masa Kawi pergi masa sekolah Taski.

Wafi dah siap tukar baju dari rumah Cik Ami.
Ibu dan Kawi ada je bawa baju salin tapi malas pulak nak tukar-tukar.





Masa kami masuk ramai pengunjung. Mungkin sebab hari Sabtu dan kebetulan cuti sekolah. Cik Ana ada pergi hari Khamis bawa anak-anak Pra. Katanya tak ramai masa tu.

Kami terus naik ke tingkat atas, bahagian pameran.
Antara info-info menarik berkaitan penanaman dan produk koko.

Juga peralatan yang digunakan.

Bacalah perlahan-lahan sebab ruang pamerannya pun tak begitu besar.

Join sekali geng-geng ini. Ada staff Beryl's sedang memberi penerangan kepada mereka.

Patung bergerak ini menarik perhatian.

Masuk kedai yang menjual coklat pula.

Ibu beli yang ini, tak kisah defect shape sebab murah. 
Kalau beli yang kotak 12 pcs RM6.90, ada offer. Beli kat Urban Fresh RM7.90
Ni beli sepeket RM10 melambak-lambak isinya.

Favourite ibu, Tiramisu.
Nampak bentuknya yang tak sama.
Is okay... dalam perut bertemu jua 😁
Rasa menten.. sedap je.

Wafi dan Kawi pilih sendiri coklat yang mereka mahukan. Ada matcha, strawberry dan lain-lain. Tak ingat pulak.

 
Ni anak-anak sedang menikmati aiskrim Dark Chocolate. Beli 4 sahaja kongsi sama-sama.
Satu pc tu RM10. Ibu ada rasa, sedap juga sebab tak manis dan terasa coklatnya yang agak pahit.

Bila dah habis makan aiskrim baru kami keluar. Masa ni pun dah jam 5 lebih.

Grinding machine yang digunakan untuk memecahkan biji koko.. lama lah ni sekarang mesti dah canggih.

Ambil gambar kat luar pula.




Pokok koko yang sebenar.. ada lah tu buahnya atas pokok.

Jom lah balik Wafi.. ada tempat lain nak pergi ni.
Lepas lawat Kilang Beryl's kita nak ke MAEPS Serdang, nak join the crowd tengok MAHA 2026.

Sebelum tu singgah Masjid UPM, Serdang.
Ehh.. teringat Ezna dan Dania bila sebut pasal UPM.

Lega betul duduk bawah kipas ni.. terasa sejuk. Kat luar walau dah jam 5 lebih terasa bahang.