Pages

Wednesday, November 30, 2011

Amalan- Amalan Sunat

Saling ingat-mengingati...

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.
  12. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Tuesday, November 29, 2011

Bila ayah cuti...

... anak2 yang seronok.
Banyak ler aktiviti abang imi dan kakak widad.
Bekfes, jalan2 ke UITM Puncak Alam, library, rumah atok..
Yang penting tengahari ambik ibu kat ofis dan lunch sama.
Masa ni laa nak kopakkan duit ibu ngan ayah huhuhu..
Bila sampai ofis, pak guard plak suka melayan kakak widad sementara tunggu ibu..
Hurmmmm... kakak widad jadi anak angkat uncle tambi jer laaa hehe..

Ni masa lunch kat JM Bariani, Tesco, Setia Alam. 



Thursday, November 24, 2011

Family commitment - bukan hanya sekadar alasan

Since last year bila HD invite berbuka puasa dengan customer @ attend dinner vendor club, ibu akan menolak dengan alasan yang sama.
"Family commitment"
Wafi masih takmo sangat dengan orang lain.

Takpelahh pelan2..
Luckily dinner company ibu masih boleh join sebab buat hari cuti dan ayah plak available.
Biasanya event2 tu semua buat waktu working day.
Ibu kena pick-up Wafi kat school sebab ayah pun hampir tiap hari balik lewat dalam pukul 8-8.30 mlm.
School tu plak rasanya 7 lebih dah takde student.
Takkan nak biar Wafi sorang2 ngan ummi.. uhhhhh... ibu tak sanggup.
Sian sangat.
Bila dah selalu sangat HD pujuk, cakap jer tunggu next year @ baby besar sket.
Ada sekali tu HD cam tak happy sebab ibu tolak, tapi ibu cakapla ada baby dan dulu pun ibu ada join event2 yg company buat.
Entahlahh.. HD tu kadang2 buat tak paham plak.

Wednesday, November 23, 2011

Takleh access blog kawan2

Tak tau nape dah dekat 2 minggu takleh bukak blog2 lain kat ofis.
Gamaknyer dah kena block kot huhuhu..
Yang pelik blog sendiri ok plak.
Kena tunggu balik rumah atok, tu pun kejap jerr sbb nak balik rumah plak.
Ke sebab sendiri godek2.. tapi rasanyer tak sebab ibu ni jenis phobia kat button2 instruction sebab takut tersalah tekan, hilang semua.
Adehhhh.....

Tuesday, November 22, 2011

Harimau vs Garuda, sah harimau lagi kuat!

Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana kemenangan ke atas Indonesia 4-3.
Emas ke 59 buat kita!
Semangat juang yang tak berbelah bagi walaupun dapat kecaman dari penyokong merah putih.
Semangat kesukanan antara kedua2 belah pihak sangat baik cumanyerr penyokong di pihak satu lagi tu agak menakutkan.
Ayah & abang imi tensen jer nengok bola bila dah tambah masa.
Waktu penalti tu ibu masuk bilik, tido.. tak sanggup rasa nak tengok kekalahan pasukan harimau.
Mana tau... menang..
Alhamdulillah.

Saturday, November 19, 2011

Keputusan periksa secara online, SAPS

Dulu, masa zaman2 ibu sekolah rendah, peksa 2 kali jer.
Tengah tahun dan akhir tahun.
Tiap kali keputusan, wahhhh... cikgu akan sebut sapa dapat no. 1, 2 dsb.
Pastu bawak balik report card tunjuk kat mak abah.
Atok sign jerr sebab selalunyer keputusan elok jerr hehehe..
Ujian bulanan rasanyer takde.

Sekarang, ujian 2 kali setahun, exam 2 kali.
Untuk mid year punya keputusan, still kena datang ke sekolah sebab ada perbincangan guru-ibu bapa.
Bukanlah waktu ni jer baru nak bincang, sebab hari2 lain pun boleh kan.. cikgu.
Yang penting ada contact antara ibu bapa dan guru.
Kalau nak tunggu setengah hari perjumpaan tu memang tak cukup sebab ada ibu bapa yang bersesi temubual tu ambik masa 10-15 minit.
Lama tu, memandangkan ada 40 ibu/bapa.
Selalunyer ibu datang dekat2 nak last sebab kurang dah ibu bapa cuma yang kesian kat anak2 sebab kawan2 lain dah balik, resah gelisah menunggu.

Sekarang, result peksa takyah tunggu report card sebab kalau ditanya kat anak2 manjang jer dengan jawapan cikgu tak bagi lagi.
Sudah ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Sebelum ni, ibu kena fotostat keputusan peksa abang imi ngan kak widad untuk buat perbandingan.
Sekarang since dah ada SAPS ni, boleh buat semakan secara direct.
Cumanyerr result monthly test takde la lagi pulak.
Cetak terus dan masuk dalam fail.

Hebat rasanyer.. semua hujung jari.
Tapikan... sebab ibu ni membesar secara 'manual', kalau tak pegang report card anak macam tak best la..
Yerlahhh... kalau report card tu adalah ulasan guru, tapi SAPS ni hanya memaparkan markah, %, gred & kedudukan murid.
Dah nama pun analysis markah.
Cam takde 'jiwa' la hehehe..
Cetakan pun cikgu guna yang sama cuma pastekan kat dalam report card yang sedia ada.
Wahhh.... memudahkan gak keje cikgu.
Apapun satu pencapaian dalam sistem pendidikan negara juga.
Cumanyer kalo ibu bapa yang tak berapa celik IT atau takde komputer lambat la plak terima maklumat.
Setiap perkara ada pros and cons.

Friday, November 18, 2011

Dodoilaaa dodoi...

Ni gambar2 Wafi masa demam minggu lepas..
Tido malam nak berbuai.
Ibu kena stay dulu sampai Wafi tido.
Takleh tinggal, nanti menjerit budak kecik ni.
Tau jerr kalo ada pergerakan.
Bau ibu kan...
Bila masuk dlm buai, kena senyap.. takmo nyanyi2.. zikir pun dalam hati je.. kalo sesaja ibu nak lontar suara pun, Wafi nangis huhu..
Nasib baik laa buai letrik, kalo idak mau lengan ibu ngan ayah jadi cam The Rock hehe...
Tapi walaupun berbuai, ibu ngan ayah tak lena tido sebab takut Wafi terbatuk dan muntah2..
Tu lagi susah sebab sure muntah sembur kat muka Wafi.
Bahaya takut Wafi takleh bernafas plak since muntah akan masuk ke hidung, telinga, mata dsb.




Semoga sihat2 yer sayang....

Tahniah Muhammad Imran!!!

Imran, dua dari kanan
Wahhhh... tahniah yerr Imran.
5A, gemok2 dalam tangan.
Hasil usaha yang tak berbelah bagi selama ni.
Sampai kurus ummi kerjakan..
Semoga menjadi inspirasi buat abang imi dan kakak widad.

Thursday, November 17, 2011

Orang tua2 cakap

Bila baby demam…

Demam nak besar…
Demam nak jalan…
Demam nak tumbuh gigi…
Demam nak merangkak…
..dan bermacam2 lagi laa andaian..

Bila Wafi baik dari demam yang on and off tu minggu lepas, baru ibu perasan yang dia tumbuh gigi geraham atas kiri dan kanan.
Agaknyer laa kot Wafi demam tu..

Sebab orang dewasa kalo nak tumbuh gigi geraham yg kat belakang sekali pun boleh bawak demam.
Ibu dulu masa keciknyer abang imi, terpaksa wat minor operation kat gusi sebab gigi paling belakang tumbuh.
Gusi tu tebal jadi susah gigi nak kuar.
Sebelum tu sakitnyerr… Allah je yang tahu.
Bila jumpa dentist, katanyer kat belakang sangat & gigi tu pun tak berapa guna utk mengunyah makanan, jadi jalan terbaek operate and buang.. adehhhh kalo tak silap atas bawah.. ke kiri kanan..
Masa tu seminggu nak raya..
Sebulan gak nak hilang kebas.. mulut pun mcm tak leh nak bukak luas2..


Alhamdulillah... Wafi minggu ni dah ceria balik.
Gelak2.. senyum2.. wat gaya tonggeng2 (adehhhh... nak tengok antoo ker!!)
Malam pun nak ngempeng ajerrr...
Minggu lepas masa demam asyik tunjuk buai jerr sbb nak berbuai..susu pun kurang.
Sampai bengkak breast ibu, adehhh.

Sekarang ibu ok jer walaupun mlm Wafi nak bergayut sbb lehh peluk2..
Badan memang sakit tapi tak kisah sangat.. yang penting Wafi sihat.

Monday, November 14, 2011

Syukur Alhamdulillah...

Pergi ke kedai membeli mami
Mami dibeli di kedai Siti
12 tahun perjalanan kami
Semoga Allah sentiasa merahmati
adehhh.. apesal ibu pegang seliper
kak widad nih!!!!!

Panggilan Ilahi pada tarikh yang istimewa

Salam takziah buat Zaleha Nordin (A'A) di atas pemergian suami, sahabat & kekasih, Ibrahim B. Hj Mohamed Nasir pada 11.11.11

foto sumber FB
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mukmin2 dan dipelihara Allah s.w.t.
Al-Fatihah.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Ada apa pada tarikh yang cantik nih?

Wafi turns 17 months.
Alhamdulillah..

Kena jemur masa baby sbb jaundice.

Sepatutnyer kami bertolak ke Tapah mlm tadi, tido umah ummi dan pagi ni bercuti ke Cameron Highland.

Tapi... disebabkan Wafi tak sihat.. demam & batuk, cancel. (ayah : postphone kan)
Doktor advise untuk tak bawak Wafi ke tempat sejuk, takut kena jangkitan paru2.
Tokey Eight Mentigi Guesthouse kat CH pun cakap kat atas tengah musim hujan.
Abang imi pulak last minute baru cikgu cakap ada perlawanan sofbol kat Kajang.
Hari ni sampai esok.
Insya Allah inilah jalan yang terbaek..

Thursday, November 10, 2011

Apa dah jadi dengan Dora?

Cik Baya ni kalo menyakat anak buah memang no. 1.
Ada je akal dia...

Udah transform ke Dora muslimah.

Alamak...
Alma tengah menyusukan Dora. Bagus2.. susu ibu yang terbaekkkkk.

Muka tak suka Wafi sebab kena paksa bergambar.
Menjerit2 bila cik baya nak ambik gambar.
Kan dah tak comeyyyyy...

Alma Damia yang gedikssss.... ada jer gaya bila soh berposing.

2 orang sudah berebutkan Dora plak...
Adehhhh... punyalaaa melambak anak patung kat umah nenek, si Dora jugak yg direbutkan.
Tu belum lagi ada Adnin...

Wednesday, November 9, 2011

Sudahnyerr... menapau

Kantin pindah sebab production pindah ke kilang lama.
Yang tinggal staff main office.
Kami masih menunggu arahan untuk ke bangunan lama yang katanyer renovate bagai nak gah..
Bunyinyerr mcm tengok cartoon spongebob jer hehehe..
Jadi... bermula la aktiviti menapau.
Bawak dari rumah dulu sementara tengah rajin nih.
Kat area ofis banyak juga restoren, gerai2, foodcourt (Giant & Tesco), kopitiam, tapi malas nak keluar je.
Kawan2 yang rajin tu boleh laaa merendek cuci mata.
Tapi kalo dah tiap2 hari, sampai tak tau makan apa payah gak..

Tuesday, November 8, 2011

Korban.. terima kasih mak.

Alhamdulillah, hasrat mak untuk membuat korban tahun ni terlaksana.
7 bahagian (satu ekor lembu) untuk 7 orang anak.
Lagi 4 bahagian insya allah lain tahun yer adik2.
Lepas solat raya, upacara menyembelih kat surau jalan sebaya.
Tuan rumah dapat 1/3 bahagian.
Kami adik beradik kat rumah gotong royong melapah..
Nampak kecik.. tapi ... bila laaa nak abih motong nih hehehe...
Setengah hari gak sebab banyak nau acara sampingan..
Anak nak susu laa.. anak nak tido laaa.. anak nangis laa..da tetamu laa..
Bila emak, abah sampai dari surau (huwaaaaa.... diorang kenyang makan sop tulang lagi) baru kami siap..
Rumit gak lapah daging ni yerr..
Entah urat mana yang kami potong pun tak tau..
janji potong..

Ibu, daging lembu tu nak potong ke bu.... ye lembu????

Ayah kata nasib baek tak kena sumpah jadi Alphard!!!!!

Kak widad yang tak sesabau nak tolong.
Half way jerr.. penat katanyerr..

Tu nak potong tangan ke Kak Widad oi....

Cik Biela dapat bahagian kaki..
Alhamdulillah... best nyerr dapat makan daging fresh...
Siap dah shephard pie di hari raya ke-2.

Saturday, November 5, 2011

Ummi pun dah ada blog

Ummi yg terpaksa buat blog ni hehehe..
wahhh... canggih yer sekarang punya assignment.
Sila la merajin2 kan diri update blog agar dapat markah yg bagus dari lecturer.
Tu pun sibuk suruh promote kat adik2 mintak jadi follower.
Lagi ramai follower.. lagi banyak points.
Sebagai balasan sediakan tempat tinggal minggu depan, kena tunjuk ajar mekap2 blog ummi.
Adehhhh.... ibu pun budak baru belajar..
Takpe... sama2 kita jolok buah cempedak yg kat luar pagar rumah tu yerr....

Friday, November 4, 2011

Polka dot???

Dapat inspirasi nak wat apam polka dot bila teringatkan tangan wafi.
Mesti comeyyy bila pegang apam yang kiut tu..
Resepi dari blog masam manis.
Sebelum tu dah tanya pasal ovalette dari CA.
Hahaha usia dah nak menginjak 4 dekad baru tau pasal ovalette.
Adehhhh... ceteknyer ilmu..

Wah... wahhh... pagi2 bangun terus tuju ke meja makan.
Tunjuk2..
Ngap 2 biji sebelum ke sekolah.

Ni laa dia apam polka dot yang tak berapa nak dot sbb letak dot dia pake ujung chopstik jerr..
Ibu dah fenin sbb memalam baru buat.. nak cepat utk bekfes anak2 di pagi hari..
Jadila..... next time wat proper sket hokehhhh...
Itu 5 biji bekal wafi ke school.

Wednesday, November 2, 2011

Tengah layan novel

Memalam sebelum tido, sambil mengulet2 Wafi...

Baru baca sket..
Selalunyer ibu suka novel2 yang berlatarbelakangkan negara lain.
Tak kisah kat mana pun... yang ini kat Dublin.


Kisah cinta tulus seorang suami terhadap isterinya. Perkahwinan yg diasaskan oleh sebuah persahabatan dan pupukan kasih sayang sejak kecil hingga mengelopak menjelmakan cinta yg indah.
Sayang sekali perkahwinannya disabotaj oleh rakan sendiri yang jatuh cinta begitu parah sekali terhadap isterinya. Akhirnya duri dalam daging itu berjaya mempengaruhi isteri yang terpenjara di sebuah depoh tahanan wanita di saat percutian bulan madu mereka. Konon najis heroin yg ditemui dalam bagasi si isteri adalah angkara khianat si suami. . Hinggalah siisteri menguja iltizamnya demi membalas dendam pada suami yang hakikatnya dianiaya rakan karib sendiri bernama Robin . Keluar saja dari Dochas Center, Zaidura yg menukar nama pd 'Zeidra' atas usaha Robin menukar imej dan parasnya demi menjadikan pembalasan dendam itu suatu lestari.
Mampukah Adiwira[suami] membuktikan kejujurannya di ambang misi dendam itu hampir terlaksana untuk menjerutnya. Dan bagaimanakah dia akhirnya mampu mengecam wanita yg menyamar sebagai pekerjanya itu ialah isteri yg dirindui yg dikatakan Robin menghilangkan diri selama 5 tahun semata-mata curang kerana mengikut lelaki lain?


Layan dulu...

Tuesday, November 1, 2011

paaaa.....pa

Wafi dah pandai menyebut panggilan ayah sebagai 'yah'.
Tapi lately, wafi bila nampak ayah panggil paaaaaa...pa
Lepas tu gelak2..
Entah mana dia belajar.
Entah2 paaa tu lapar kot hehehe..
Tapi kitorang kalo tak nak bagi dia kacau, cepat2 so pegi kat ayah sambil sebut paaaa...pa, pa pa
Ayah plak takmo... geli katanyerr..
Dok sebut kat wafi "takkan abang imi ngan kakak widad panggil ayah, wafi panggil papa plak"
hahahhaha... pandai2 laa settle..
kitorang oraittt jerrrr ngeeeee.....