Makaroni yang belum dibakar.. sebab oven rosak.. huhu..
Takpe kita bakar di rumah nenek.
Memang nyummssss.
Mac & Cheese
Bahan2
1. 1 bungkus makaroni
2. 2 biji bawang besar dipotong dadu
3. 4 ulas bawang putih dicincang halus
4. 1 botol kecil/tin sos pasta/spageti
5. 2 sudu mentega
6. 1 bungkus daging cincang (Ramly)
7. 1 tin cendawan butang (hiris)
8. garam, gula dan serbuk secukup rasa @ kiub ayam secukupnya
9. 2 SB lada hitam
Cara2
1. Didihkan air dan masukkan garam 1 sudu kecil. Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat, tos dan lalukan air.
2. Panaskan mentega. Saute bawang besar dan putih hingga naik bau.Tambah lada hitam.
3. Masukkan daging cincang dan masak hingga air kering.
4. Masukkan sos pasta, kacau dan masukkan cendawan butang. Kacau rata.
5. Masukkan makaroni dan kacau rata.
6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk secukup rasa .
Sos Putih
Bahan2
1. 6 cawan susu segar @ susu cair
2. 3 SB mentega
3. 3 keping cheesedale
4. 6 SB tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
5. 1-2 SK serbuk lada putih
6. Garam secukupnya
7. Parutan keju
8. Serbuk oregano
Cara2
1. Masukkan bahan 1-3 ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau (guna whisk)
2. Masukkan serbuk lada putih dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga pekat. Tutup api.
Cara membakar
1. Panaskan oven 180-200C @ ikut oven masing2
2.. Sediakan loyang atau casserole tahan panas. Sapukan mentega
3. Masukkan makaroni dan ratakan.
4. Tuang sos putih atas makaroni.
5. Taburkan parutan cheese @ kalau tiada, taburkan cheesedale yang dipotong kecil memenuhi permukaan sos putih.
6. Taburkan serbuk oregano.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga taburan cheese cair @ keperangan.
Bila dah masak.. tunggu sekejap dan boleh disendukkan dalam pinggan.
Makan panas2.. syedappppp....
Pages
Saturday, March 28, 2015
Friday, March 27, 2015
Duit belanja sekolah
Bagaimana ibu bapa beri anak belanja sekolah anak setiap hari?
Dulu masa ibu sekolah rendah, sebelum ke sekolah ambik duit 20 sen atas meja.
Atuk sebelum pergi kerja, akan letak 20 sen untuk setiap anak yang sekolah.
Ehhh... cukup tu zaman ibu sekolah rendah.
Sekolah agama... atuk bagi tengahari kot... ke tak belanja sebab bawak bekal.
Adoiii... dah tak ingat hihi...
Ada ibu bapa yang bagi lum sum untuk seminggu, 2 minggu atau sebulan.
Yang ini mendidik anak2 untuk membahagikan duit belanja secara berhemah.
Ada juga ibubapa yang beri secara daily basis.
Bami dan Kawi pula ibu masukkan seorang RM3 terus ke dalam dompet masing2 setiap pagi sebelum mereka ke sekolah.
Jika ada koko @ extra class pagi @ petang ibu akan tambah.. seorang RM5-RM8
Pernah juga bagi RM5 sebab takde duit kecil, dengan harapan RM2 akan dibawa ke hari esok dan ibu top-up RM1, tapi masalahnya RM2 tu masuk ke dalam tabung.
Alahaiii... no no.. malas ibu nak top-up2 macam tu.. tak cukup karang duit kecil sampai hujung bulan.
Selalu ibu pesan kat anak2, kalau tak cukup bagitau tapi alhamdulillah.. takde rungutan siap Bami main kutu RM2 setiap hari.. alahai... belanja RM1 jer.. apalah yang dibelinya.
Dah Bami kata ok... ibu takde hal lah hihi....
Macam Kawi pun bawa bekal ke sekolah, duit yang tak guna memang buat menabung je lah.
Labels:
Anak2
Thursday, March 26, 2015
Mencari dan mencari
Uisshhh... susah juga yer nak mencari printer ni.
Sebelum ni guna printer orang bagi hihi.. ambik je lah kan.. Bila dah rosak dan nak beli baru satu cabaran lah pulak.
Dok dengar sales assistant nyer explanation, lagi konfius.
Setakat ni dah 3 kedai pegi jenguk.
Bila dan pening tak jadi lah beli.. sampai bami dan kawi pun malas nak bertanya lagi kat ibu.
Menarik ni... diskaun hebat.
Macam nak ambik tapi bila pikir 5 katrij kena guna.. tu yang tawar hati.
Brother ni macam best.. tapi SA kat satu kedai cakap kalau ada problem kena hantar HQ kat PJ.
Alahaiiii...
Tapi dah nampak beberapa option within the budget.
Tunggulah anak2... sikit masa lagi ibu finalise.
Labels:
Buku/Novel
Wednesday, March 25, 2015
Sticker Book
Pernah tak anda ke kedai buku dan anak dah berkenan pada buku tu tapi keadaan buku tidak sempurna?
Ibu selalu beri kebebasan untuk anak2 memilih.
Tapi bila buka buku, tup2 sticker2 yang sudah di tanggal dan ditampal.
Ibu minta Wafi mencari yang lain tapi buku itu sahaja yang tinggal dan takde pula buku lain yang dia berkenan.
Ambil lah juga walau dihati ada sedikit kecewa.
Ye lahh.. kita beli dengan harga penuh tapi buku tak sempurna.
Wahai ibu bapa/penjaga anak2... kalau anak dah berkenan belikan lah buku tu... jangan biarkan anak2 buat sesuka hati.. kalau buku bacaan.. takde lah masalah untuk dibaca di situ. Tak luak pun..
Gigih mencari dan menampal.
Biarkan dia meneroka..
Bila tak habis... sambung tampal di sekolah bersama kawan2 lain.
Labels:
ECE
Tuesday, March 24, 2015
CAPD : Lawatan pada waktu malam
Ni masa lawatan malam ke hospital.
Ye lah.. malam je dapat melawat sebab siang kan ibu dan ayah bekerja.
Kalau malam, sorang2 lah dapat masuk. Cuma kanak2 memang tak boleh masuk wad.
Ini ada sekali, ibu pujuk guard di Wad GE nak bawak masuk Wafi sekejap jer.
Itu pun sebab atuk duduk di katil berdekatan pintu masuk.
Guard sporting malam tu... kalau doktor nampak haru ni hihihi...
Wafi apa lagi... seronok lah sangat dapat jumpa atuk.
Maklumlah sepanjang kami pergi hospital berapa kali sahaja dapat duduk katil atuk.. itu pun kalau buat lawatan di siang hari.
Tak begitu lama juga di hospital, sebab Wafi ni akan mengamuk nak balik (bila dah penat gaduh dengan kakak).
Nenek plak jam 11.00 malam kena ready nak buat rawatan atuk.
Sekejap pun jadi lah asal dapat jumpa orang yang kita sayang kan....

Family/Friends
Monday, March 23, 2015
CAPD : Sokongan kepada pesakit dan pembantu
Atuk semasa di Wad GE, khas untuk pesakit buah pinggang yang menggunakan rawatan CAPD.
Wad ni hanya untuk yang ada kes2 kecemasan seperti jangkitan kuman, menjalani rawatan sementara sebelum rawatan penuh di rumah dsb.
Ada pesakit yang melakukan sendiri rawatan CAPD ni.
Ada juga yang memerlukan pembantu atas faktor kesihatan seperti uzur, tangan/mata bermasalah, tidak memahami proses rawatan dsb.
Bagi atuk rawiwa, nenek perlu membantu atuk untuk lakukan rawatan since atuk mengalami patah lengan kiri.
Jadi, ketika atuk mengalami jangkitan kuman (warna cecair yang keluar tidak jernih) maka nenek juga perlu tinggal di Wad sepanjang rawatan atuk.
Sampai demam dan batuk di sana.. Ye lah... hospital memang untuk orang sakit.. yang sihat pun boleh jadi sakit.
Tidur yang tidak menentu dan tidak selesa.
Jika di rumah, banyak kerja yang nenek boleh buat seperti memasak, membasuh, membelai pokok2 bunga, bersosial dengan rakan2.. tapi di hospital tak dapat buat semua tu.
Makan, mandi, tidur dalam keadaan yang kurang selesa. Tambahan nenek pun ada masalah kencing manis.
Waktu yang terluang, adik beradik ibu bawak nenek ke kenduri saudara mara yang berdekatan. Tak de lah terperuk dalam wad. Asalkan boleh balik ke wad untuk membantu merawat atuk pada masa yang ditetapkan.
Anak2 nenek pun sentiasa ada melawat mereka di hospital. Jelas terpancar kegembiraan ketika anak2 mengunjungi mereka.
Adik beradik atuk pun rajin melawat, mendoakan kesejahteraan atuk dan nenek.
Alhamdulillah.

Sunday, March 22, 2015
Karok lah kau!
Ini sesi jalan2 release penat kerja. Hari ahad 01.03.2015
Takkan nak dok rumah je sebab diorang dan enjoy sakan di wedding day acik Syira.
Ke Klang Parade jer pun.. sambil cuci2 mata.
Plan yang spontan jer pun... gi karaoke. Bami yang suggest. Ayah ok... ibu on jer. Dah korang yang nak nyanyi.
Solo.. perghhh.. power lah Bami nyanyi.
Ayah memang suara sedap lah..
Puji2 ni mesti nanti ada orang belanja hikhikhik...
Trio Rawiwa.. sporting mereka tiga beradik.
Happy jer mereka.
Lagu apa pun boleh..
Kat sini lah kami mereka berkarok.. RM20/sejam.
Bilik pun selesa. Walau berlima... boleh masuk 2-3 orang lagi.
Oh ya... rancangan Karok lah kau di astro 104 pada setiap hari Khamis memang kami tunggu!
Labels:
Family/Friends
Saturday, March 21, 2015
Majlis Persandingan Syira & Hidhir
Huwaaaa... majlis pada 28.02.2015. Elok2 jer hari yang sama dengan year end stock take.
Memang awal2 dah cakap tak dapat pergi.
Tapi malam sebelum majlis dapatlah pergi ke dewan Zam Zam tu sebab ada rehearsal.
Wafi duduk di kerusi untuk akad nikah. Nampak kan... simple dan praktikal sebab tak perlu duduk kat bantal hahaha..
Dulu masa ayah akad pun duduk kat kerusi di bilik mesyuarat masjid. Sekarang jer pengantin duduk di ruangan solat.
3 orang cousin ibu, Syazwan, Syahir dan Syakir yang jaga bilik audio. Juga rakan yang sama menuntuk di Japan join sekali.
Red karpet.
Ni di hari kejadian.. huwaaaa...siblings yang sama2 memeriahkan majlis. Jeles2.
adoii... gambar upside down.
Yang ni selepas akad. Pemberian mas kahwin.
Semoga perkahwinan ini mendapat berkat dan sentiasa dalam rahmat Allah.
Nenek dan beloved adik, atuk Turiman dan nenek Laily, ibu ayah acik Syira.
Photo family lagi..
Aikkk... emcee dok ke hulu ke hilir. Entah apa yang disibukkan pun tak tau.
Wafi datang dengan ayah tapi hantar ke rumah Cik Elis sebab awal lagi.
Yang ni selepas majlis, singgah di masjid sebab rumah mereka tengan renovate apa ntah.
Seronok arr dengan Alma dan Aiman. Dapat plak makan aiskrim.. nyamann..
Labels:
Family/Friends
Makan nasi arab di Restoran Zam Zam, Shah Alam
Ayah ada rehearsal untuk menjadi emcee pada majlis persandingan auntie Syira dan uncle Hidhir selepas solat isyak.
Sebab sampai pun awal dan belum makan lagi, atuk Turiman ajak makan di Restoran Zam Zam, Shah Alam.
Makan nasi arab tu..
Sedap.. memang sedap. Sebabnya compared to beberapa restoran nasi arab yang ibu pernah kunjungi, nasi arab kat sini memang terasa kearabannya.. hahaha.. boleh ke macam tu.
Ada set kambing dan set ayam.
Just nice walaupun takde yang pedas.
Jus mangga pun wallaweiiii... segar gitu!

Makan2
Friday, March 20, 2015
Drama/Filem diadaptasi dari novel
Drama bersiri di tv sekarang banyak diambil dari novel2 tempatan.
Yang terbaru di Astro 104, Isteri Separuh Masa lakonan Emma Maembong dan Aiman Hakim.
Juga di TV3, Isteri Sebelah Rumah.
Sebelum ni banyak lagi drama seperti Mertua Vs Menantu, Adam & Hawa dan banyak lagi judul yang ibu pun tak ingat dan tak dapat tonton pun dek kekangan masa.
Yang dijadikan filem pun ada seperti Ayat-ayat Cinta (novel Indonesia) dan yang terbaru di tayangan pawagam dan Astro, Suamiku Encik Perfect 10 lakonan Lisa Surihani dan Aaron Aziz.
Kalau sesiapa yang tak baca novel dan terus tonton mungkin seronok tengok tapi yang baca novel tahap kepuasan tu tak berapa puas la.
Hehehe... sebab kalau masukkan semua adegan dalam siri tu mau 5 hari 5 malam tak habis kan.
Kadang2 novel tu dah baca 2-3 tahun lepas.. tetiba ada judul tu di tv.
Macam pernah tengok jer...
Maka belek lah balik novel tu kahkahkah...

Thursday, March 19, 2015
CAPD : Mencari rak
Antara peralatan yang diperlukan untuk rawatan CAPD di rumah.
Rak atau meja untuk meletak cecair dan beberapa keperluan.
Samada besi/aluminium atau plastik.
Kayu tidak boleh sebab memerangkap habuk.
Dok gugel2 memang banyak... tapi kat tanah seberang juga nuuunnn jauh di negara omputih.
Hadoii... kenapa tak nampak kat sini.
Ke gugel pencarian tak betoi huhuhuhu...
Rak seperti di dalam gambar Cik Baya yang snap. Itu kat PPUM.
Mesti ada local supplier kan...

Wednesday, March 18, 2015
Bacalah Anakku
Nak mengabiskan buku 5 pun alahaii....
Alhamdulillah.. dalam dok berperang larikan diri bila time membaca, hampir separuh buku 6 dah boleh.
Sebab dulu masa kecik ibu pun tak guna kaedah fonetik, susah gak bagi ibu.
Tapi tak pe wafi, kita sama2 belajar.
Labels:
ECE
Tuesday, March 17, 2015
CAPD : Rawatan awal
Ini lah mesin rawatan APD yang atuk gunakan masa awal2 buat rawatan CAPD.
Kalau nak belik sama harga dengan sebijik Viva huhuhu....
Keluar dan masuk air selama 40 jam. Dalam 3 hari kena duduk wad dan non-stop guna alat ni.
Atuk cuci hari Jumaat hingga Ahad. Ulang selama 2 minggu.
Memang tak boleh bergerak. Potty pun kena atas katil.
Masa ni cik wada yang tunggu atuk.
Nenek belum lagi training.
Cecair yang keluar kena berwarna jernih macam dalam gambar.
Kalau ada kaler maksudnya ada jangkitan.
Oh ya... kalau pesakit dapat bantuan mesin ni di rumah, maka ia dilakukan pada waktu malam semasa pesakit tidur.
Kelebihan guna mesin APD ni cuci sekali jer tapi dalam tempoh yang panjang.
Takde lah renyah sangat berbanding CAPD yang memerlukan 4 kali rawatan.

Saturday, March 14, 2015
CNY holiday
Dah jadi rutin setiap tahun, apabila tiba cuti CNY maka berbondong2 kami pulang ke Kulim.
Seperti yang dijangka, hi-way akan jam.
Malam tu seperti biasa, sebelum meneruskan perjalanan kami tidur semalam di Tapah.
The cousin nak berjumpa.
Si sekecik ni pantang jumpa air. Nak berendam juga.
Kakak dan abang takde lah nak mandi sebab air pun tak banyak.
Berendam kaki je lah.
Wafi lah yang paling seronok. Tapi bila nampak ikan kecik2 dah mula risau. Takut ikan gigit.
Hoho... ikan tu pun takut nak dekat awak!
Masa mula2 mandi tu dia tak perati pun dalam air. Lama2 baru perasan ada ikan.
Ini pun antara aktiviti yang mereka suka. Cuci kereta guna mesin.
Pertama kali buat pengalaman buat Wafi.
Teruja sangat.
Aktiviti wajib gak... shopping di kedai bundle.
Minnie toy ni harga RM5 jer.
Ibu beli beberapa helai towel RM2-RM5.
Berbaloi sebab tebal.
Dan yang penting... mereka dah rindu budak bambam ni.
Asyik sebut jer bila nak jumpa Shafwan.
Labels:
Family/Friends
Thursday, March 5, 2015
CAPD : Kuman banyak dalam badan
Uishhh... susahnya nak bercakap dengan nenek kat hospital.
Manjang jer tak beangkat telefon tu.
Tak dengar kot.. yer lahhh... hp dok dalam drawer.
Kadang dapat cakap dengan atuk je masa buat rawatan.. nenek mana boleh pegang hp.
Seronok dapat cakap semalam hehe...
Nenek kata demam.. demam nak balik.
Dok risaukan pokok bunganya... cik patin ada siram tak??
Nenek kata atuk akan discharge 17.03.2015 sebab kena habiskan antibiotik tu.
Nurse kata banyak kuman dalam badan atuk.. huhu...
Cecair yang keluar tu dah jernih tapi sebab kuman tu ler lagi lambat baliknya.
Atuk kata kemungkinan rawatan dialisis yang terlalu lama dan jangkitan tu terjadi.
Ye lah.. 10 tahun cuci darah ada kemungkinan peralatan kurang bersih.
Mungkin juga kuman masuk melalui luka2.
Wallahua'lam.

Tuesday, March 3, 2015
CAPD : Kena tahan di wad lagi
23.02.15 atuk ada appointment di hospital untuk ujian darah.
Pagi tu Cik Cha hantar. Sekejapan je pun.
Kena ulang balik the next day...
Dah ambik darah, kena masuk wad pulak sebab cecair yang keluar lepas rawatan CAPD tu tak jernih.
Datang sehelai sepinggang jer pun.
Petang tu Cik Baya hantar barang keperluan atuk dan nenek.
Sepatutnya 02.03.15 atuk boleh discharge tapi tak boleh lagi sebab ada lagi seminggu untuk atuk habiskan antibiotik.
Nenek kena stay hospital juga sebab nenek yang buat rawatan untuk atuk.
Semoga dipermudahkan urusan atuk dan nenek.

Monday, March 2, 2015
Malas lah nak update blog macam ni :'(
Rasanya album picasa nih dah penuh.
Tu yang tak boleh upload gambar masuk dalam blog.
Nak buat account baru gmail plak tak boleh masuk.. ishhh...
Sekarang pun tengah malas nak berblog apatah lagi tanpa pic.
Sabarlah wahai hati...
Nanti2 kita godek2 blog ni.

Sunday, March 1, 2015
CAPD : Persediaan bilik rawatan di rumah
Seperti yang disarankan oleh doktor, bilik rawatan di rumah perlu disediakan awal sebelum atuk balik.
Jadi kami bergotong royong membersihkan bilik tengah di rumah atuk.
Sapu, buang sawang, vakum tukar langsir, mop dll.
Untuk beberapa kali atuk di rumah, atuk kepanasan sebab tidak boleh on kan kipas.
Sian atuk.. menggelupur kepanasan.
Dah lah beberapa minggu lepas cuaca sangatlah panas.
Tu yang ada rawatan tengahari sekejap je.
Masa atuk berada di wad tu, barulah kami beli aircond dan kontraktor tu engage by kedai elektrik.
Itupun lama menunggu sebab kontraktor bercuti CNY.
Kita mintak kontraktor melayu, tapi seminggu dua dok busy.. grrr..grrr...
Nasib baik ibu order hari jumaat, sabtu esoknya ada kontraktor boleh pasangkan.
Bukan main menyedap Cik Ami rasmikan dulu malam tu.
Oh ya... kami ambik penghawa dingin Mitsubishi Electric.
Harap2 ok lah sebab seperti yang diberitahu oleh sales assistance tu, brand ni cepat sejuk, senyap, ada air purifying, ada pembunuh kuman bla..bla.. bla..
Ibu ada baca review yang bagus tentang brand ni juga.
Ambil 1 HP je pun sebab atuk akan pakai dalam sejam lebih untuk rawatan.
Jadi takde lah ambik yang inverter.
Harga RM1,499.00 dan installantion fee RM140.00

Subscribe to:
Posts (Atom)