Pages

Monday, April 27, 2015

Terima Kasih RM



Lalalalala....

Sukanya bila Redmummy blogkan tentang OBW2015 di sini.

Macam nak senyum sepanjang hari hehehehe...

Thursday, April 23, 2015

KLIBF 2015


Jangan lupa yer..
Kalau ada kesempatan kita pergi sana.
Jangan lupa simpan resit untuk tax deduction.

Wednesday, April 22, 2015

Special Bookmark


Waktu ibu baca novel tu, entah macamana takde bookmark. Selalu kan ada.
Jadi ibu potong lah kertas tebal bekas kotak toys.
Waktu tu wafi tengah main sticker.
Jadi, ibu mintak Wafi stick kan sticker tu atas kertas tebal bookmark.
Kreatif nyer Wafi ni, dia letak selang2 kaler.
Jadi cantik lah..
Asyik tanya cantik tak ibu?

Mestilah cantik... anak ibu yang chomel buatkan untuk ibu kan....

Tuesday, April 21, 2015

Canon Pixma E460

Owhh.. dah beberapa minggu beli baru teringat.
Beli few days before GST.
Harga RM299 di salah satu kedai IT equipment dalam Giant, Klang Sentral.

Untuk print, scan & copy.
Extra feature yang paling best.. cloud link.
Untuk inkjet print guna wifi. Download Pixma Maxify Canon dan boleh direct print dari handphone atau pc/laptop (wireless).
Memang berbaloi.. tambah jer RM50 dah dapat feature ni instead yang normal.

Ada dua katrij jer.. harga RM37 (hitam putih) dan RM57 (colour).
Itu sebelum era GST la.. sekarang tak check lagi.

Senang ada printer ni kat rumah. Tak perlu lah anak2 nak fotostat. Jenuh nak cari kedai fotostat malam2.

Friday, April 17, 2015

Meraikan hari lahir ayah rawiwa

28.03.2015, Sabtu
Ada rakan tanya, masak special apa untuk sang kekasih hihi...
Yang senang2 jer.... makan luar.
Kebetulan hari yang kami akan outing.
Maka, Chitta Mall menjadi pilihan.
Tak ramai dan tak sibuk. Juga tempat makan yang banyak.

Mula2 kita tengok movie dulu.
Sementara ayah beli tiket, kita ambik gambar dulu.
Kawi masih mengharapkan smartphone... terutama iphone... adoiiii.. kakwi.. ibu pun pakai hp cap ayam seranti jer.
eee... mata.
My truly monsters.
Kita tengok Cinderella. Show waktu tu guna bilik yang special seat.

Beli 3 dewasa, 1 kanak2 jer.
Lebur duit ayah dekat RM80 hahaha... kitorang on jer.
Killing time.. jalan2 kat dalam mall.
Dalam tu nursing room. Sangat selesa 100%.
Sebab Wafi pun dah tak bf... kita tengok je lah.
Ini dalam parenting room.
Takde orang pun.. konker lah kejap.

Dah anak dara.. tengok si adik main jer.
Experimen kat changing room.
Besar, bersih dan moden.
Pintu masuk ke bilik2 pawagam MBO.

Kalau bilik dah ready, numbering tu akan menyala.
Hahaha... 1st time tengok. Colourful sangat.

Bilik memang besar.. hanya ada 3 family jer dalam tu.
So, kami bertukar2 tempat walau dah selesa dengan seat vip.
Jombali...
Indonesian authentic.
Tempat ni ramai orang.. makanan pun sedap dan portion memang besar.
Birthday treats.
Nasi cheese.. memang signature.
Juga pisang cheese.
Semua sedap! Boleh repeat dan very recommended.
Lepas makan, solat dan berkaraoke.
Bami nyer rekues. Ok lah.. sebab bami pun baru baik dari demam.

Habis2 berkaroks.. kita balik dan sambung pulak ke Space U8.
Saje jenjalan kot ada sesuatu yang menarik.. sama jer.
Takpe..  shopping dulu kat Mr DIY.
Kat luar hujan punyalah lebat.. setelah beberapa hari panas.
Alhamdulillah.


Tuesday, April 14, 2015

Redmummy@ rawiwa's blog

Percayalah... percayalah.. please...

Pejam celik.. pejam celik..
betul.... selebriti blogger dalam blog ibu.

Masa OBW haritu, ayah cakap yang Redmummy akan bawak parents (Mak Ajah & Pak Aji) datang, since comittee ada jemput.
Masa tu, ok.. lah.. kalau diorang datang boleh lah ibu ngendeng2.
Sekali, tengah makan, ayah bawak Redmummy gi duduk sebelah ibu.. salam perkenalan dulu.
Wahhh... bangga2.. sembang2.. tapi malu nak mintak bergambar masa duduk sebelah tu (nyesal plak).
Masa tu mak ajah & pak aji, duduk kat meja VIP. Redmummy & husband jer semeja dengan kami.
Masa ni diorang nak balik dah.. ambik jugak gambar kenangan.
Memang redmummy lah.. gincu dari jauh dah nampak.
Redmummy ni dalam blog nampak very petite... tapi napa bediri sebelah ibu macam sama tinggi.
Ni mesti pakai tumit tinggi.. takpun.. ibu petite jugak huhuhu...
Yang best... Redmummy cakap kenapa ibu kurus???
waaaaa... macam di awang-awangan bila diva yang kecik molek cakap macamtu.. hahaha.. boleh!

Mak ajah ni muka jernih jer..
Redmummy ada photoshoot selepas dinner.. memang anggun dan sesuai lah sebagai diva blogger.
Ayah pun ambik kesempatan bergambar dengan husband redmummy.
Nampak serius rupanya sangat friendly.
owhhh... ayah yang tak lampai hikhik...
Sembang lagi....
Pak aji pun mengimbau kenangan sebagai penjaga dewan makan di SAS dulu.
Seronok dengar.
Kalau ikut, ada lagi yang nak disembangkan tapi ye lah... ada urusan lain gak.. tu pun dah kol 11.00 malam.

Semoga dapat jumpa Redmummy and family di lain masa.
Pak Aji dan Mak Aji pun akan pergi umrah beberapa hari lagi.
Semoga dipermudahkan urusan.

Oh ya.. Pak Aji ada bagi contact number jika ada urusan haji dan umrah.
Incase ibu terlupa.

ADDEEN TRAVEL & TOURS SDN BHD (Jalan Gombak, KL)
Haji Abu Bakar Samsudin 016-368 5895
Hajjah Patimah Binti Amin 013-309 9776/03-9173 7413

Sunday, April 12, 2015

Hari Karnival & Old Boys Weekend di SAS

Tahun ini batch ayah 86-90 untuk mengendalikan OBW 2015.
Since ayah salah seorang dari comittee, maka hari Jumaat lagi dah berkampung di Sekolah Alam Shah.
Ayah handle segmen Career Talk hari Jumaat, stay overnight di sekolah dan tengahari Sabtu ambik kami sekeluarga ke sekolah pula.

Kupon hari karnival ada gambar pengetua sekolah yang sekarang.
Sampai2, terjumpa dengan auntie Lilot. Anak auntie ni Form 1 tahun ni. Auntie Lilot ni unimate ibu dulu.
Jumpa pulak auntie Azie, anak dah Form 4. Auntie Azie ni unimate gak dan ex-smti Ipoh. Tiap2 minggu auntie and uncle Rashid ambik anak mereka, Addy Stoner untuk latihan golf. Sweet kan auntie ni. Dulu kami gelarkan Fauziah Latif (Gee) masa kat teknik hehehe...
Kakak Widad di depan lambang SAS. Masa ni Wafi dah merajuk sebab tak dapat main lompat2.


Jam 4 lebih kami check in di Hotel Everly, Putrajaya. Hotel ni sebelah jer dengan Alamanda.
Ayah sedang membuat urusan di kaunter. Harga semalaman RM200, tidak termasuk breakfast.
Hotel ni yang paling dekat dengan SAS.
Bilik kami.
Sangat selesa dan anak2 sukaaaa sangat.
Wifi pun laju.. ibu suka arr boleh upload gambar banyak2 hehehe...
Malam tu kami ada dinner di sekolah. Tu yang overnight jer sebab tak perlu rushing nak balik malam tu juga.
Buat kenangan. Crop sket gambar.

Oh yaa... ada yang paling best dinner malam tu...
Tunggu yer hihihi..

Sunday, April 5, 2015

Hairband

Antara kegemarannya... mengumpul cekak rambut @ hairband.
Dah macam Lara Alana dan Aaisyah plak hihi..
Tapi takdelah ibu nak ambik gambo setiap kali pakai hairband baru sebab macam rasa takkan lah nak ambik gambar selalu huhuhu...

 Baru perasan.... gaya peace tu tak boleh tinggal.



Peace lagi... ni nak g skul pada hari cuti sekolah hari tu.
Tu sebab tak pakai uniform.

Hairband tu biasa beli kat ANK @ Bismi @ Daiso @ mana jer yang tetiba Wafi berkenan.
Dia bukan tiba2... memang akan selalu berkenan lah.
Bawak gi sekolha, bila balik tanya mana... patah lah.. kawan pinjam lah..
Adoiii... ibu tak chop duit lah Wafi gggrrrrr...


Saturday, April 4, 2015

Cekodok Pisang


Pisang kalau makan macam tu jer.. alamatnya naik hitam lah.
Anak2 tak begitu menggemari pisang kecuali kalau digoreng atau dijemput2.
Selalu nenek bagi pisang awak atau abu. Juga pisang lemak manis.
Tunggu masak baru lah boleh digoreng. Tapi pisang lemak manis tak de lah orang buat pisang goreng hihi..
Bahan2
12 biji pisang lemak manis
1 cawan tepung
1-2 sudu gula (ikut manis), tak perlu tambah gula pun boleh
secubit garam
secubit baking soda
air ikut kepekatan

Cara2
Lenyek pisang dan tambahkan tepung, gula & garam
Gaul rata, kalau pekat sangat tambah air
Juga masukkan baking soda

Sebelum tu panaskan minyak.
Masukkan adunan guna sudu atau tangan pun boleh.
Goreng sehingga keperangan
Angkat, tos dan biarkan sejuk sedikit.
Boleh lah makan.. tambah2 pekena teh o.. wallahhhh


Juga sedikit baking soda

Friday, April 3, 2015

CAPD : Nombor yang perlu dihubungi


WAD CAPD, HTAR : 03-3375 7000 SAMBUNGAN 1311/1337

ZUELLIG GENERAL LINE : 03-5566 2288

ZUELLIG (ORDER BAXTER) : 03-5566 2002

Wednesday, April 1, 2015

Rombongan Cik Kiah ke Sg Petani, Kedah.

Trip ke Sg Petani pada 13 & 14 March 2015

Rombongan Cik Kiah naik bas.
Haha.. diorang cakap ibu yang paling excited.
Mana tak excited sebab a day before, leave baru approved.
Mana taknya.. seminggu sebelum tu baru keluar memo yang leave semua freeze sehingga Mei 2015 due to GST implementaion.

Untuk meraikan perkahwinan sepupu ibu, Muhammad Faiz bersama pasangannya.
Wafi excited dok tengok luar jer.
Second time bus trip for her. Sebelum ni ke Melaka.
Sempat lagi beli sticker book kat R&R Rawang.
Nenek Masi dan acik Suraya @ Ucuk.
Akan nikah pada hari Jumaat tu juga. Kami sampai ke homestay, makan2, rehat2..
Majlis nikah dalam jam 3.30 pm.

Dengar khutbah dulu.. relax yer... imam@jurunikah muka nampak serius, tapi ada humor.

Upacara membatalkan air sembahyang. Sebelum nikah dah serah maskawin. Hehe.. lain plak pattern kat sana.





Ni masa santapan pengantin di rumah pengantin perempuan.
Tak ada sanding2 pun.
Kawi kan pandai melayan kanak2.. memang jadi baby sitter lah dalam bas.
Semua orang suka Kawi.
Kami bertolak selepas majlis makan2.
Lepas tu shoot ke Tanjung Dawai.
Hehe.. dah biasa pegi kan,, jadi beli sikit2 je lah.

Wahhhh... jam 1.30 am baru sampai rumah.
Fengsannn....