Pages

Sunday, December 27, 2015

Birthday Bami

Ni sambutan birthday Abang Rahimi yang ke-15 pada 01.10.2015
Kita makan2 dulu kat rumah.
Beli kek yam je lah.. as requested by the sisters (macam ni pun boleh hahaha)


 Siapa lebih semangat?

Tengok... tengok... adik kecik lebih excited.
Tiap kali harijadi abang atau kakak mesti dia pun tanya boleh tak buat harijadi dia????

Abang potong kek untuk awak tau!
Dinner ni je.. kek, putu bambu dan ayam percik.


Yang ni kita sambut birthday abang di Chitta Mall.
Makan2 kat situ dan tengok movie.
Citer apa pun dah lupa.. hahaha... ibu dah tua!

Tuesday, December 22, 2015

Lexis Hibiscus, Port Dickson

Dari Muzium Lukut tu kami ingat nak singgah di 5D Art gallery.. sekali ramai orang queue. Begitu juga Rumah Terbalik. Panas pula kat luar, karang anak2 tak selesa nak menunggu, maka kami singgah di PD Waterfront je. Ingat nak lunch kat situ.. tapi tempat macam tak best jer.

Kami decide makan kat depan pantai sebelah resort yang kami pernah stay. Resort pepijat hehehe...
Macam biasa.. juadah masak siap2 dari rumah.
Sekali hujan.. rintik2.. makin lebat plak.. sambung makan dalam kereta plak.
Check in hotel kol 4.00 pm. Masih ada masa lagi.

Hujan renyai2 je..  wahhhh... tersergam indah. Sign board ke Lexis Hibiscus, PD.


Parking bertingkat disediakan. N
Besar dan mewah kan lobi dia.. hehe..
Alhamdulillah.. diorang upgrade bilik... yang lebihhhhh mewahhhhh...

Kanak2 dapat belon. Ada clown entertain diorang.
Syiokkan.. maklumlah resort baru. Nak tarik pengunjung.

Buggy disediakan ke bilik. Nak menapak agak jauh juga.

Wahhh... chalet atas air.. semua teruja.

Masuk2 cari private swimming pool dulu. Subhanallah...

2 katil superking yang sangattt best.
Bawah tu laut yer.. ngeri gak mula2 nak pijak cermin kaca. Takut pecah..
Bathroom dan toilet terpisah.


Rasa nak lompat2 atas katil.


Skrin tv yang super duper besau.. tapi bukanlah penuh kaca tu hehehe..

ehhh... ada lagi.. masukkan je lah gambar ni.

Toilettries yang banyakkkkk diorang sediakan.

Cookies as a compliments juga ada.


Private pool... mandi sampai kecut.


Jalan2 petang hari.


Public pool pun ada.. Tapi tak ramai pun mandi sini. Ni depan restoran.


Nak selfi gak dari atas buggy.

Malam tu ada show. Anak2 seronok jer.


Ni pagi ahad nyer... Budak kecik ni tak taulah apa yang dia nak.
Kita morning walk jer.

Sambil2 ambik gambar.

Nyaman walaupun masih berjerebu.


Kita main pasir di tepi pantai. Masih mood merajuk.


Kakak nyer kerja.


Akhirnya tercapai juga hasrat Kawi untuk berkunjung ke sini.

Ni dah ok lah.. kalo tak monyok jer..

Check out kol 12 lebih.. Balik tu singgah makan nasi ayam bakar.. Cik ami & cik baya yang suggest.
Simple tapi sedap.


Ni lah lakaran yang membuatkan ayah & ibu tak sampai hati untuk menolak ajakan Kawi.
Gambaran ni Kawi lukis bila kawan sekolahnya share gambar percutian diorang di Lexis Hibiscus.

Ini bukan cuti bajet tapi kami menggunakan bajet untuk cuti2 bajet agar dapat ke sini.
Haha.. 2-3 kali peruntukan cuti bajet baru boleh datang ke sini.
Sekali sekali je lah.. bukan sekala untuk anak2.

Thursday, December 17, 2015

Muzium Lukut, Negeri Sembilan

Cuti2 yang dah plan awal. Kununnya lepas Bami exam PT3 dan Kawi exam final bolehlah pegi.
Jerebu plak minggu2 sebelum tu, jadi sekolah asyik tangguh jer. Manjang lah budak2 ni cuti.
Exam pun tak habis lagi.
Sebab dah booking hotel, kita pun carry on je lah.
Bami dah habis exam masa tu, tinggal Kawi je.

Selfie berlima.. Reward untuk anak2 setelah habis exam.
Result belakang kira hehehe...

Sabtu 24.10.15 kita pergi. Short weekend je lah.
Destinasi pertama, Muzium Lukut.

Wafi teruja dengan bot panjang ni.
Sebelah kiri tu untuk pertandingan bot naga.


Ni di depan pintu masuk muzium.


Sejarah Lukut.



Kecik je muzium ni. 2 tingkat diperbuat dari kayu.

Atas tu boleh naik.. tapi kami ambil keputusan tak pergi sebab nampak Wafi dah cranky.
Suasana masih berjerebu.


Tangga turun. Parking memang ample. Ada 2 keluarga je masa ni.

Tertinggal plak... kena naik tangga kayu ni untuk ke tingkat atas.

Bujang dah anak ibu ayah ni. Dah lebih tinggi dari ayah.

Nak berdukung plak.
3 jewels of our heart.

Monday, December 14, 2015

Konsert 2015, Tadika Sarjana Pintar Sayang

Tahun ni konsert Tadika Sarjana Pintar Sayang diadakan pada Ahad 15.11.2015
Seperti tahun lalu, Wafi teruja untuk membuat persembahan.
Disebabkan cikgu kelas bertukar ganti, maka persembahan pun sama lah.
Alahai... minggu ni tarian ni... lagi 2 minggu berukar plak.
Nasib baik lah anak2 syurga ni senang pick-up.

Ni nyanyian beramai2.. 3yrs - 6yrs.


Bersama BFF, Kaseh Melysha Diana. Dari umur 2 bulan hingga sekarang.
Mulai tahun depan dah tak bersama sebab Kaseh sekeluarga berpindah ke Puncak Alam.
Putih melepak si kawan tu, sampai bedak pun tak nampak hihi...
Ni ibu tolong mekapkan.
Penyampaian hadiah bagi pelajar tahun 5.
Itu mama Nely.

Lepas tu baru persembahan drama 5 tahun bertajuk Goldilocks & the 3 Bears.
Wafi jadi mama bear dan Kaseh sebagai Goldilocks.
Habis drama, 5 anak2 ni menari plak lagu Gummy Bears.
Very chicky.
Sayang... tak dapat nak upload kat sini.
Happy sangat tengok anak2 ni menari. Comel sangat.

Nely, Wafi & Kasih selepas persembahan.


Bersama kakak senior.


Nak juga bergambar sorang2.