Pages

Thursday, September 28, 2017

Kondominium Dwiputra, Putrajaya


Gathering sempena Old Boys Weekend pada 9 & 10.09.2017 yang ayah join.

Lebih menarik kali ni disertai Cik Wada, Cik Baya & family, Cik Ami & family juga Cik Nora & anak2. Yang lain tak dapat join ler sebab anak2 nak periksa UPSR, start 11-14.09.17
Separated pool, dewasa & kanak2.


Keluar agak awal dalam jam 9 am since kita boleh check in dalam jam 10 am. Ingat nak jalan2 di Alamanda tapi sebab cuaca agak panas dan anak2 nak heavy breakfast kita keluar ke restoran mamak je lah.. Itu pun lepas check in kita lepak2 jap… masak air.. minum2 sket. 11.30 am baru keluar… sebelum tu tengok pool dan kawasan permainan kanak2.. sampai restoren, brunch terus je lah. Nenek tak nak makan berat since kita pun nak buat sup kaki lembu.. wallaweiii… Lepas tu beli barang2 untuk masak kat kedai runcit di situ je.

Tak lama lepas kami sampai apartment,  Cik Ami pun sampai bawak sate Willy.. sedap2… walau perut kenyang, jamah juga.. sambil2 tu masak sup kaki yang dah siap direbus dari rumah (nenek lah yang kerjakan hehe) seperiuk noxxa. Sambil2 tu buat sambal kicap ikhtiar hidup.. hehe.. sebab lupa nak bawak blender keck.. kita guna belakang botol sos je tumbuk2 cili tu.. jadik!!
 Geng2 lain sampai tak lama lepas tu.. bawak lagi makanan.. memang mewah ler.


Cik Wada bawak ayam xxxxx… Cik Nora bawak ayam kicap, cendawan goring, gereh, sambal belacan, kerang rebus dan ulam timun. Memang naik 2 kilo ler… asyik makan2.. dan makan.
Geng2 kelaparan... sampai2 terus makan.

Petang tu lepas asar, turun bawak semua anak2 dan makpak anak2.. sibuk nak mandi pool. Hujan renyai2 plak… Dalam sejam gitu hujan plak makin lebat… kita postpone lah ke esok harinya.. Cuaca pun tak menentu.. tengahari tu panas berdeting2… petang hujan lebat.
My lovely siblings.




Nak tunjuk juga swimming suit baru :-) fuhhhhh... selimmmm


Petang tu gorengkan ler nugget..  semua lapar lagi.. kira dinner juga.. makan lagi lauk2 yang masih berbaki. Sambil2 tu dok bersembang2… apartment ni sediakan mesin basuh dan dryer… apalagi.. membasuh sakan lah semua.. senang kerja.. sabun dan fabric softerner pun disediakan.. kami pun ada beli.. ingat owner tak sediakan..
 
Rehat, sembang... layankan si kecik2.

Bilik senua berkatil queen.. ada 3 bilik.. the boys tidur kat ruang tamu.. bentangkan toto.. jalan… yang nak ngorok lantak korang ler heheheh…
Ibu, Kawi, Wafi dan nenek satu katil.. Cik Ami & family sebilik… Cik Wada, Cik Baya & Cik Nora serta anak2 duduk sebilik.. Tak cukup katil tidur atas toto je.. Nampak semua selesa…

 Ye lah… rumah pun best.. berbau harum dan perabut yang minimal dan sesuai.. memang terbaiklah.
Oh yaa… malam tu ibu tak ikut ayah pergi dinner di Sekolah Alam Shah (SAS) pun sebab macam dah letih.. ayah minta kawan pick-up sahaja..

 Esok pepagi lepas bekfes macaroni goring & nasi goring, semua turun mandi.. ibu je lah macam biasa dok rumah sebab nak kemas bagai… datang 2H 1M pun rasa penat nak kemas hehe.. Kena ensure rumah tu kemas macam kita masuk.. itu yang kita amalkan..







Check out lepas Solat Zohor, owner bagi permission walau kita tak minta sebab takde tenant lain selepas itu.. Ok kan… takde rushing.. tu pun diorang bagi keluar jam 4pm.. takleh ler sebab ada tempat lain nak singgah.. Ibu, ayah & Kawi ke SAS nak tengok pertandingan tarian peringkat SBP manakala yang lain ke Taman Botani… nak naik perahu Dondang Sayang tengok sebahagian Putrajaya.. oh ya.. naik di Taman Botani RM15 seorang sahaja.


The enjoyable kids.
Perasa durian... ni ada foodtruck di SAS.
Harga affordable.

Cik baya and the gang singgah Tesco Setia Alam.. isi perut dulu sebelum balik.

Sampai rumah dalam jam 5 pm..
Pengsan.
Tapi menyeronokkan.
Looking for another outing..
Maybe later... Bami & Kawi nak peksa besar.
Cuakkk.


Tuesday, September 26, 2017

Kek Pisang yang mudah, lembut dan sedap


Kek pisang ni versi kukus sebab malas nak panaskan oven hehe..
Since ada pisang bawa balik dari rumah nenek dan anak2 pun takmau makan pisang macam tu je... kita buatkan je lah kek. Ingatkan nak buat jemput pisang untuk sarapan... malas lah pulak nak menggoreng2 pepagi.



Kek Pisang


Bahan A
1. 7-8 biji pisang masak (guna pisang lemak manis)
2. 1 cawan gula perang (kurangkan sket bila guna gula kastor)
3. 3 biji telur
4. 1 cawan minyak sayuran/masak
5. sedikit garam halus
6. 1 penutup esen vanilla (guna 3/4 penutup)


* Blend kan bahan A di atas.. biar sebati.. dalam 3-4 minit. Tuangkan dalam bekas.


Bahan B
1. 2 cawan tepung gandum
2. 1 sk baking powder
3. 1 sk soda bikarbonat


* Ayakkan bahan B


Bahan B disatukan dalam bahan A secara kaup balik jer. Masukkan dalam Loyang yang telah dioles dengan minyak dan alas dengan baking paper.
Masukkan dalam periuk kukusan yang telah dipanaskan.
Kukus 45 minit dengan api besar.

Jam 10.30 malam masih berjaga sebab nak makan kek pisang.


Buat 2 hari berturut2 sebab anak2 kata sedap dan nak makan lagi.
Layan kan je lah since pisang pun berbaki untuk buat satu lagi.

Kali ke dua baru ada chance bawa ke ofis bagi kawan2 rasa pula hehe


Friday, September 1, 2017

Sambutan Hari Kemerdekaan 31.08.2017

Kami berpeluang ke Dataran Shah Alam untuk meraikan sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini.
Datang awal sebelum maghrib jadi boleh lah jalan-jalan ke gerai-gerai yang disediakan.

Booth teh Lipton.

Cari port dulu. Dapat bendera percuma dari petugas sambutan.

Salah satu team perbarisan. Cantik berwarna-warni.

Tadi dapat port cantik tapi tidak dobernarkan pula duduk di situ. Kena duduk di khemah yang disediakan.
Ini sambil menyaksikan konsert dari artis tempatan.

Pertunjukan bunga api detik 12 malam.



Cantik sangat tapi maaflah gambar tak sharp sebab hp cap ayam je.

Kami berdua.

Formalnya ayah tu.