Pages

Tuesday, January 30, 2018

10 tahun bersama, kini berpisah jua

 Hari ini seorang lagi staf ofis ibu menamatkan perkhidmatan setelah 10 tahun bekerja di sini. Kawan ibu bernama Puan Kamisah, sebaya dengan ibu. Seorang yang komited dengan kerja walaupun agak pendiam.

 Demi anak tercinta juga keluarga, kerja ketepikan dahulu. Insyaallah di lain masa boleh meneruskan kerjaya yang lain.

Semoga Misah sihat2 dan bergembira menjadi suri dihatinya eh  eh eh..
House Manager.. ai jeles u....
Keep in touch... grup whatsapp penyambung bicara.

Monday, January 29, 2018

Lemon sulung

Alhamdulillah.. 2 biji lemon sulung sudah menguning.. 2 biji je.. belum ada putik lain.
Pokok kurus je.. sudah berbaja tapi belum sihat macam tuannya hukhuk...

Limau purut plak sedih je kejadiannya.. lupa pula nak snap pic.

Perlu ditambahbaik.. orang kata pokok ni kita kena berbaik2.. sembang2.. ok la ok la.. nanti kita story mory yer pokok2 😁

Saturday, January 27, 2018

Iman Hakimi Turns 1

Malan ni Cik Baya n Cik Man buat tahlil dan doa selamat sempena masuk rumah. Buat sekali birthday celebration untuk Iman. All the siblings were around except ummi lah kan hihi..

Masing2 potluck.. ada nasi ayam, kuay teow/bihun sup, spagheti carbonara, mashed potato, sate, bubur nasi, mushroom soup dan aiskrim. Ibu buat air kunang2 dan bawa mata kucing dan rambutan.

Yam cake masih jadi pilihan. Ibu tolong order dari Nor Shida Hilmi.. comey kek ni.. dan rasa yg sedap. Suka dengan fresh cream ni.

Semua kenyang malam ni. Alhamdulillah. Small gathering yet everybody are happy.

Test Memandu Abang Imi


Khamis 25.1.18
Bami ambik test jpj. Malam tu wafi dok wish lah kat abang dia. Buat ala2 small card.. guna kertas je pun.

Almost every night video call abang imi. Rindu arr.

Before lunch Bami msg... ujian litar tak lulus.. parking keluar vontot sket.. ingat tak keluar.. dia nya cuak sebab gagal macam satu kesalahan besar.. rilex ar Bami.. ibu n ayah dulu pun 2 kali gak hehe... next week bik balik. Alhamdulillah...  jalanraya lulus.

Friday, January 19, 2018

Refarm, Kampar Perak


Ahad dah plan nak balik lepas breakfast… dalam jam 10 pagi gitu… abang Imi tak bagi balik lagi.. lambat2 lah sikit katanya.. lepastu kami decide mandi2 di Refarm pulak… mandi laaagi. Jam 11 am masuk dapur dulu sediakan lunch.. takde nak bawak untuk berkelah tapi untuk balik nanti.. Kita bawak nasi goreng dan bihun goreng breakfast nya.. juga anggur dan air. Cukuplah untuk alas perut.
Tiket masuk : Dewasa = RM10, Kanak2 (2 - 12 tahun) = RM5
Jika bawa makanan sendiri = RM10
Buka : 9 am – 6 pm
Main entrance.. tepi jalan besar.. dari Tapah sebelah kanan.
Ample parking ya.. parking free.
Anak2 tak nak bergambar.. nak masuk cepat2 je.
Susah betul nak soh Intan bergambar.
Cantikkan juntaian2 tu.
Cool... sebab masa ni cuaca sangat redup.
Tak sabra2 dah.. ni kolam bahagian atas.
Changing room dan toilet yang bersih.
Ni bahagian kanak2.. tapi yang besar pun masuk.
Main bola dulu.
Kolam ikan. Ni tak boleh mandi yer. Seriously.. nama je kolam ikan tapi tak bau hanyir pun.

Dalam ni ala2 petting zoo.. atau mini zoo.
Banyak kura2 dalam ni.
Kalau nak pengalaman menjaring ikan dan udang disediakan sewaan RM5.. lepas tu sila lah lepaskan ikan dan udang tu yer. Kalau taknak sewa.. tangkap pakai tangan kalau boleh.. cetek je.

Biri2 macam real
Banyak ikan2 kecil dalam ni.
Kandang rusa.. nampak 2 ekor jer. Boleh bagi rumput.
Dulu ada kuda.. sekarang takde dah.
Arnab.
Jinaknya kambing ni.. tapi takleh lawan kat rumah ummi.
Ayam jantan dan betina.
Laluan yang teduh.
Bersih itik2 kat sini.
Burung merpati.. takmo turun ke kembangkan sayap.
Ayam mutiara.. ni ummi dan cikbiela ada bela kat rumah.
Ostrich dah togel.. sian... ada 2 ekor.
Taman sayur-sayuran dan herba.
Ni pandangan dari atas menuju ke surau.
Kemudahan surau dan tandas di bahagian atas.
Di tempat mini zoo pun ada tandas yang bersih.
Depan surau ni ada pentas, dewan terbuka dan dataran yang sesuai untuk aktiviti outdoor.

Atas tu chalet yang disediakan.. check rate di google sendiri.

Balik singgah beli madu keluaran MelyPoly.
Di mana2 pun ada replica biri2.
Ni kolam di bahagian bawah.. sebelah kanan sesuai untuk dewasa.
Peta Refarm.. jenuh kalau nak pusing semua.
Angah macam biasa surrender awal.. siap tidur2 lagi.

Ni dari kamera ummi.
Kesayangan hamba.
ishhh... kena jaga budak 2 ni plak..
Air terjun masuk ke kawasan kolam mandi... memang sejukkkk..
Kolam luas.. err.. mebi tak ramai orang kot.
Ni kalau biri2 tu hidup mesti dia cakap.. Wafi.. sakit huhu..
 

Ibu yang tak tahan godaan pun terjun juga... ni bahagian yang dekat dengan air terjun.. memannggg sejuk.

Memang berbaloi datang sini.. ada tempat mandi manda yang luas.. deep nya sesuai untuk peringkat lapisan.. kids lah yang suka sangat. Ada juga petting zoo.. kecik je tapi bersih dan terjaga. Kemudahan tandas dan surau yang disediakan. Tandas ada di beberapa tempat dan memang bersih. Puas hati. Ehhhh… ni mesti masuk dalam kriteria ibu hehehe…

Nampak air kolam macam keruh tapi sebenarnya sangat jernih sebab di bahagian dasar kolam hanya bersimen.. kalau ada jubin biru baru Nampak clear.. air turun dari bukit.. sejukkk… luckily bahagian kanak2 sebelah bawah.. jadi takler sejuk sangat.. ke sebab kami datang masa suhu 22o C.
Highly recommended…
 
Ok... cukuplah... dari jam 11.45 am to 4 pm..
Kalau ikut anak2 mamang tak puas..
Esok Isnin nakkkk... sekolah.. ibu kerja.. ayah je cuti huhuhu..

Balik.. late lunch.. siap2.. jam 5.30 bertolak balik ke Klang.
Demi Bami terchenta.. 2 hari main air..

Wednesday, January 17, 2018

Chenta kami di Tapah dan Air Terjun Lata Kinjang


Rindu pada Bami.. jadi kami sekeluarga ke Tapah hari Jumaat 12.01.2018.. Pegi pun dah lewat dalam jam 9.30 malam. Takpe lah pelan2.. lama lah sket untuk lepaskan rindu. Sampai2 dekat jam 12, masing2 tengah layan movie. Oh ya.. nenek dah sampai petang tu dengan adik Wan. Bawak sekali Alya dan Angah. Cuaca sangat sejuk dah beberapa hari ni. Dalam kereta pun macam nak beku.
Paginya masing2 berkelubung lagi.. takut nak keluar dari selimut.. 22o C… macam di Cameron Highland kalua hari biasa. Jam 8 am tu nenek dan ummi gigih keluar nak petik pakis tanjung… Kawi pun nak ikut sebab nak rasa pengalaman petik sayur…. Ia ke?
Ko dik... tadi beria nak ikut
 
Intan, geng curi tulang hahaha...
 
Ini bukti gambar lama  hahaha... like mother like daughter..
Nenek tak bagi ibu ikut sebab bukan nak tolong petik pun… kihkikih… semutlah.. ulat lah.. gatal lah..
Nenek dan ummi jer yang semangat petik. Sampai masuk bawah2 pokok. Kira gambar lama.
 
Jam 10 lebih tu ibu, ayah dan the small kids pergi ke pasaraya TF.. pasaraya terbesar di Tapah. Ala2 econsave gitu.. cari lauk2.
Balik dah jam 11.30.. ummi pun baru sampai. Rehat2 sekejap dan buat preparation untuk masak tengahari. Sementara tunggu masak masing2 lapar.. haaaa…. Siap masak pun dah 3 lebih.. makan2.. rehat.. Bami ajak keluar jalan2.. Plan samada Lata Kinjang atau Ipoh jalan2.. Bami request mandi kat Lata.. adoiii.. sejuk2 ni.. jam 5 keluar rumah.. plan juga ke Refarm Kampar.. tapi bila check tutup jam 6 pm. Maka ke Lata Kinjang je lah.. Dalam 20 min sampai.
Tak banyak orang pun… dalam 2 family je.. yelahhh… sapa nak mandi sejuk2 tu.. memang kulit buaya lah budak2 ni hahahaha… 
Air agak deras.. kan beberapa hari lepas hujan non-stop.
Tengok pun dah sejuk. Kalau di Lebuhraya Utara Selatan akan nampak air terjun ni tinggi.. ni yang bahagian bawah sekali. Memang best sapa yang suka aktiviti mandi sungai dan air terjun.
 
Ummi berkelubung.. angah mandi sekejap jer.. surrender.. gigil2 tak tahan sejuk.
Balik singgah makan capati. Wafi kata apesal capati tu tak rasa apa2.. kena makan dengan kuah baru ada rasa yer ..
 
Malam tu nenek goring ngaku/arrowhead. sedap... jumpa masa nak CNY je.. harga sekilo tengah mahal dalam RM5.29. Jumpa di TF.. besar2.. tu yang beli.
 
oh yaa...dapat Surat Cinta dari Majlis Daerah Tapah... rupanya parking di luar TF kena bayar.. ada kupon rupanya.. Tapah ni.. Tapah hahaha..