Short gateaway kali ni ke Schuman, Symphony Hill, Cyberjaya pada 28.4.2018. Kami bertolak ke sana selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu ibu, uncle Syazwan.
Teres 3 tingkat, 4 bilik tidur dan 6 bilik air.
Sewa semalam RM280 thru booking.com
Rumah ni no. 13, betul2 menghadap security entrance.
Ruang tamu dan ruang makan.
Ini wet kitchen. Perkakas masakan dan makanan complete. Gas memasak pun ada.
Ada disediakan mesin air sejuk, suhu bilik dan panas. Memang puas hati sebab tak perlu masak air hehe..
Mesin basuh juga disediakan. Begitu juga oven dan mikrowave. Kiranya perkakasan tu macam di rumah sendiri kekdahnya.
Ini hidangan breakfast.. nasi goreng, nugget dan sosej. Malam sebelum tu pun masak sendiri. Noxxa bawak sebab tak nak jadi macam yang lepas.. dapur ada tapi gas takde.
Oh ya... sebab keluarga kami ramai, kami memang akan masak sendiri. Masak n makan sama-sama.
Disebabkan ada family yang tak join macam Cik Baya iaitu ahli tetap... maka setiap family dapat satu bilik.. kecuali Cil Bila.. tidur di ruang tengah.. Bami pula di depan tv sebab malas naik di tingkat atas.
Selfi dulu sebelum mandi.
Tempat percutian wajib ada swimming pool. Pool ni di Club House. Berjalan kaki dalam 3 minit.
Pool kanak-kanak yang menarik.
Layankan anak-anak.
Dah boleh diving ni.
Swimming suit baru... beli di Haleema Apparel, Klang Sentral. Harga swimming suit di situ agak reasonable.
Pool dewasa yang besar... lebih dari saiz olimpik rasanya.. ialah.. untuk cater penduduk Symphony Hill.
Tunggu air jatuh dari giant pail.
Pool kanak-kanak ada gelongsor, tembak air, baldi gergasi dan pancuran air. Jadi memang seronoklah kids semua.
Main musang kejar anak ayam.. neneklah jadi mak ayam.
Btw.. nenek memang pandai berenang.. bukan itu sahaja... boleh apungkan diri juga. Memang power.. sampaikan pengunjung di situ terpegun dengan nenek. Nenek kata masa kecik-kecik kan main kat parit.. tu yang boleh berenang.
Tak tau apa yang digelakkan tu.
Masa kami turun pool dalam 5 lebih.. air pool agak suam sebab terkena cahaya matahari.. lama2 baru sejuk.. tapi lagi ok sebab tak sejuk macam selalu.
Sepatutnya ini pic last... ini kami singgah minum cendol. Cuaca memang panas otw balik tu.
Masa untuk kembali ke pangkuan jalan.
Oh ya.... pesanan untuk tenant.. sebelum pulang tu... pastikan rumah sewa telah dikemaskan terlebih dahulu.
Ada rezeki boleh beli rumah begini.. buat masa ni sewa je lah yang mampu.
Check out jam 2 pm.. family cik ami dan nenek telah bertolak pagi lepas bersarapan ke Pangkor menyambung percutian sempena Hari Pekerja.
Rating 4 1/2 bintang.. yang 1/2 lagi sebab air cond di bilik lambat sejuk disebabkan kedudukan bilik terkena cahaya matahari petang.
Lain-lain memang best terutamanya pool since the kids enjoy..