Pages

Saturday, January 3, 2026

3 Jam Tonton Avatar : Fire and Ash


Tayangan jam 11.15 am

Punca masuk sini sebab nak temankan Wafi outing dengan Dania. Kalau setakat ke Setia City Mall ibu boleh drop je dan balik. Nanti boleh pickup bila dah selesai. Ni mereka nak ke i-City Central. Terpaksa lah tunggu juga.

Wafi Outing Dengan Dania

Hari ni keluar berdua je. Nayli tak dapat join sebab last week dah keluar.

Mama Dania hantar ke rumah, jadi ibu bawa mereka berdua ke i-City Central. 

3 jam kebih jugalah mereka mengukur jalan dalam i-City.. katanya nak ke Snow Walk tapi tak tau nak pergi. Laaa....

Ibu ajak taknak pergi dah sebab kaki dah penat.

Fuggler

Ni yang Wafi beli, RM39.90
Aihhh.. tak paham ibu menatang ni. Buruk je rupanya.

Fuggler adalah singkatan kepada "Funny Ugly Monster". Ia adalah patung mainan (plush toys) yang direka untuk kelihatan pelik, menakutkan, tetapi dalam masa yang sama "comel" bagi sesetengah orang

Balik hantar Dania ke rumah nenek dia dulu.

Pesan kat Dania, nanti bila cuti² sekolah dan masing² free bolehlah keluar lagi dengan Wafi. 
 

Thursday, January 1, 2026

Hadiah Di Awal Tahun

Tengahari tadi agen insurans Kak Rosilah singgah rumah. Semalam dah beritahu nak datang sebab ada kenduri di Kapar, bolehlah jumpa. Tadi tanya dewan kenduri... rupanya kat area rumah je.

Ni yang diberi :

  • Table calendar
  • Diary
  • Sepasang telekung SK
Kak Ros kata bagi telekung sempena nak sambut bulan Ramadhan.

Alhamdulillah... terima kasih Kak Ros🥰🥰🥰
Semoga terus sukses.
Seminggu lagi nak ke negara² Scandi pulak.
Haaa.. gitu lah.... asyik dok nengok Kak Ros travel merata dunia😁
 

Cari Peluh Di Tahun Baru 2026

Mulakan pagi ni dengan briskwalk sambil cari udara segar. Kalau ikut hati memang nak berlenang² je atas katil di pagi tahun baru.

Wednesday, December 31, 2025

Hujung Tahun Dah Ni


Seminggu tak menulis di sini. 
Hari ni last day 2025, ibu ambil 1/2 day clear leave. Cuti boleh carry forward 7 hari je hingga bulan Apri 2026.
Badan rasa selesa sikit... episod demam dan batuk yang memenatkan. Tu yang tak ada mood huhu
Blog tak tengok... blogwalking pun tak.. apatah lagi briskwalk😆😆

Hari cuti dari minggu lepas sampai 29hb memang duduk kat rumah je.. melayan batuk. Sempatkan juga beli barang sekolah Wafi hari Sabtu. Hari lain memang duduk mereput.

Cuti 1/2 hari ni, ibu buat urusan bank sekejap.

Lunch di Warung Che Amah.
Berani sikit makan bergoreng dan pedas (sikit).
Sebelum ni nampak makanan bergoreng je auto batuk. 
Balik rumah rehat.. tidur 🫢🫢
Menyambung batuk yang masih bersisa🫩🫩🫩

Selamat Tahun Baru semua🥰🥰🥰
Selamat Bercuti 💃💃💃💃

Thursday, December 25, 2025

Hari Ulang Tahun Kelahiran Nenek

Hari ni nenek menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke 76.

Ya Allah, di hari kelahiran ibuku ini, aku memohon kepada-Mu, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada-Mu. Kurniakanlah kepadanya kesihatan yang berpanjangan, afiyah (kesejahteraan), dan lindungilah dia daripada segala penyakit dan kesusahan. Ya Allah, muliakanlah dia sebagaimana dia memuliakanku sejak kecil.

Wafi Tengok Papa Zola I Benyek

Isnin malam mama Nayli whatsapp ibu tanya boleh tak Wafi join Nayli & adik² tengok movie Papazola. Ibu benarkan je. Nanti makcik Nayli akan hantar dan ambil di Setia City Mall. 

Semalam Rabu mereka berempat je di sana memandangkan makcik Nayli mengajar kelas tuisyen. Tengahari lepas kelas bolehlah ambil mereka. At least bila berempat takde lah mama Nayli risau sangat. Tiket dan makanan dalam cinema semua mama Nayli bayarkan.

Makcik Nayli jemput Wafi di rumah jam 8 pagi. Movie Papazola tu jam 9 pagi. Mungkin tayangan paling awal.

Wafi, Nayli, Medina dan Lala.

Wafi kata dalam cinema dia tidur. Mengantuk.
Adehhhh.... macam dah agak dah... Wafi mana ada tengok kartun BoboiBoy😁