Pages
Wednesday, July 22, 2026
Kak Widad Ke The Lost World Of Tambun
Selasa lepas lepas Kak Widad habis last paper Data Mining, next day nya 15 & 16 Jun, teruslah berjimba-jimba dengan roomates. Jauh betul healing nya sampai ke Ipoh.
Labels:
Anak2
Sunday, July 19, 2026
Makan Tengahari Di Restoren Singgang Budu I Singgah UMT
Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, kami terus ke Restoren Singgang Budu. Masa sampai tu jam lebih kurang 1 tengahari. Tengok orang pun tak ramai. Lapang je kedai. Jadi ibu pun ambillah gambar beberapa station lauk pauk sambil fikir apa nak makan.
Labels:
Jalan2
Friday, July 17, 2026
Perjalanan Ke Kuala Terengganu
Pagi ni ibu dan ayah memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu. Minta Cik Cha hantar ke Subang Airport jam 7 pagi. Perjalanan 30 minit, ikut DASH. Smooth trafik pagi ni.
Lama dah tak datang Subang Airport, last sekali 2017 masa gi Langkawi.
Masuk² terkejut juga.. lain sangat.
Tampak lebih moden dan banyak kedai².
Labels:
Jalan2
Wednesday, July 15, 2026
Aktiviti Anak²
🏕️ KEM PERKHEMAHAN PERDANA UNIT UNIFORM TINGKATAN 4 (2026)
📅 Tarikh: 9–10 Julai 2026 (Khamis-Jumaat)
📍 Tempat: Pusat Kokurikulum
Labels:
Anak2
Monday, July 13, 2026
Ikan Rebus Goreng
Cerita semalam, akhirnya dapatlah juga buat ikan rebus. Jumpa 2 ekor ikan kembung dalam freezer. Jadilah untuk makan seorang.
Labels:
Main masak2,
Makan2
Sunday, July 12, 2026
Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Jul - Dis 2026)
Mari kita sama² meriahkan Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Jul - Dis 2026)
Cara Penyertaan
1. Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #4 (Julai - Disember 2026).
2. Letakkan banner segmen dan backlink ke entri ini.
3. Tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri ini.
Tempoh Segmen
1. Tarikh mula: 6 Julai 2026 7.00am
2. Tarikh tamat: 12 Julai 2026 11.59pm
Ada masa lagi ni... jom kita🥰
Labels:
Kawan-kawan
Makan Tengahari Di Aroma Ikan Bakar Jeram | Jalan² Pantai Remis
Semalam kami berlima ibu, nenek Cik Fatin, Cik Biela & Auni pi jalan-jalan cari makan kat Aroma Ikan Bakar Jeram. Keluar jam 3 petang, lewat sikit keluar lunch sebab nenek tengahari ada jemputan kahwin. Dari rumah Cik Biela tunjuk jalan yang agak dekat iaitu melalui Kg Bukit Kerayong. Sebelum ni kalau ibu ayah ke Pantai Remis akan lalu Jalan Kapar.
Labels:
Makan2
Saturday, July 11, 2026
Sarapan Di Kopitiam Hock Kee I Langkahan Pagi
Pagi ni ibu park kereta di area Jaya Grocer selepas masukkan baju² terpakai dalam tong recycle. Nampak bangunan baru Kopitiam Hock Kee baru dibuka. Lepas briskwalk singgah sini.
Friday, July 10, 2026
Makan Mee Bandung Di Rumah Alam
Lepas keluar dari homestay adik beradik lain terus ke Port Dickson tapi kami nak singgah dulu di Rumah Alam di Sungai Mati, Johor.
Rumah Alam ni rumah peninggalan kedua ibu bapa Zainal Alam Kadir (ZAK). Beliau yang dikenali sebagai seorang wartawan dan pengkritik hiburan di Malaysia, khususnya melalui akhbar New Straits Times pada era 1990-an dan awal 2000-an. Beliau banyak menulis ulasan album, konsert dan perkembangan industri muzik tempatan.
Labels:
Makan2
Family Day 2026 : Game Teka Nama Anak dan Family Photos
Last entry FD 2026.
Sebelum balik, Cik Ami arrange satu game iaitu Teka Nama Anak.
Nenek duduk atas buaian. Sorang-sorang 11 anak dari belakang nenek hulurkan kedua belah tangan. Nenek kena teka siapa. Biasalah.. bila anak ramai ni jenuhlah nak meneka nama hanya dari tangan 😁.
Yang pasti nenek teka betul 1st try tentulah Cik Ujang, lelaki sorang kan. Juga Cik Cha sebab tangan paling gebu. Yang lain tu cucu-cucu dok bagi hint 😅
Mana yang nenek teka betul dapatlah hadiah duit dalam peket. Dah setuju setiap anak bagi sampul duit RM10.. saje nak seronok-seronok. Tak tau lah kot ada yang bagi lebih 😆. Akhirnya.. semua pun nenek dapat teka.
Labels:
Family
Wednesday, July 8, 2026
Nak Murah Punya Pasal
Nak murah punya pasal... ambil parcel di collection centre.
Dekat je dari rumah memang laluan hari-hari.
Biasa beli barang secara online hantar ke rumah.
Labels:
Shopping
Monday, July 6, 2026
Sunday, July 5, 2026
Terima Hadiah Pemenang Top Komentar Jun 2026 Di Blog Roziah Muhammad Nor
Ibu ada menang Top Komentar bulan Jun 2026 di Blog Cie. Walaupun bukan terbanyak tapi disebabkan Cie buat rotation, adalah rezeki ibu💃💃💃
Alhamdulillah🤲🤲
Labels:
Friends
Saturday, July 4, 2026
Jalan² Berdua I Personal Class
Masa breakfast tadi tanya Wafi ada barang tak nak beli untuk bawa balik asrama. Ada.... sambil senyum² .. hurmm.. kalau senyum ada makna maksudnya kena pergi mall lah tu. Masalahnya hari ni satu kereta pun takde kat rumah, kereta ibu Bami bawa ke Ipoh, ayah pulak ada nak pergi lunch date dengan kawan-kawan. Nak pinjam kereta adik-adik karang kena hantar semula pula.
Labels:
Anak2
Cekodok/Jompot/Bakwan Sayur Campuran Nasi & Tepung Gandum
Pagi ni ibu sediakan cekodok sayur untuk sarapan. Memandangkan nasi semalam ada lagi jadi ibu decide untuk guna buat cekodok. Bosan juga kalau asyik buat nasi goreng dari leftover nasi. Kadang pagi taknak makan berat sangat. Nenek selalu lah buat tapi ibu tak pernah practice lagi.
Thursday, July 2, 2026
Tumbler Cristiano Ronaldo Hadiah Dari Kak Notie
Semalam tengahari sampai lah hadiah tumbler Cristiano Ronaldo yang kacak ehemmmm .. sempena GA : Meriahkan Piala Dunia anjuran blog Kak Notie. Beberapa hari ni boost di blog² yang memenangi GA beliau. Sebenarnya ibu menang pada masa tambahan atau masa kecederaan 😅😅. Rasanya Kak Notie bagi hadiah pada semua blogger yang komen kat entry tersebut.
Labels:
Family/Friends
Wednesday, July 1, 2026
Ada Budak Nak Balik
Esok Wafi balik PB 4H3M malam jadi ibu kenalah stock-up barang dapur.
Keladi ni wajib beli kalau Wafi ada kat rumah. Ibu beli Keladi Siam sebab lebih lembut dari Keladi China. Kalau dapat keladi kampung lagi sedap tapi itu nak kena beli kat pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan. Dah ada kat NSK ibu beli terus je lah. Kalau keladi kampung ibu lebih suka beli saiz yang lebih kecil. Lagipun keladi kampung teksturnya lebih "pulen". Ibu tak sure nak guna perkataan apa dalam BM.
Karang dia cakap ibu tak masak 😜
Lepas kerja semalam terus lah ke NSK Klang Sentral, situ paling senang dan dekat. Tujuan asal nak beli ayam-ayam Abang Imi tapi bila teringat Wafi nak balik, kenalah tambah barang yang nak dibeli.
Keladi ni wajib beli kalau Wafi ada kat rumah. Ibu beli Keladi Siam sebab lebih lembut dari Keladi China. Kalau dapat keladi kampung lagi sedap tapi itu nak kena beli kat pasar malam atau gerai-gerai tepi jalan. Dah ada kat NSK ibu beli terus je lah. Kalau keladi kampung ibu lebih suka beli saiz yang lebih kecil. Lagipun keladi kampung teksturnya lebih "pulen". Ibu tak sure nak guna perkataan apa dalam BM.
Labels:
Family
Tuesday, June 30, 2026
Sunday, June 28, 2026
Pulut Durian Untuk Berbuka
Pulut Durian ni ibu buat hari Isnin lepas untuk berbuka. Balik dari ofis singgah gerai buah tepi jalan beli durian dan ke kedai beli beras pulut.
Pulut Durian Musang King dan Duri Hitam
Labels:
Main masak2
Keputusan Final Year Project (FYP) I Final Exam
Keputusan Final Year Project (FYP) telah diumumkan pada hari kedua Showcase.
Projek Kak Widad dapat pingat gangsa.
Pingat gangsa tu bukan seorang je dapat, semua ada 10 orang.
Begitu juga pemenang pingat emas dan perak, setiap satu pingat ada 10 orang penerima.
Labels:
Anak2
Saturday, June 27, 2026
Adnil Linda In Da Houz!!!
Cerita hari ini, dirancang impromptu je jam 10.30 pm semalam. Bila ibu baca blog Linda yang esoknya free terus lah ibu whatsapp. Ibu pun free jadi ayuh lah kita ngedate. Plan asal nak jumpa kat Central Market/Pasar Seni jam 11 pagi sebab situ yang ibu tau camne nak pergi naik MRT. acehhhh... baru minggu lepas belajar 😉
Labels:
Friends
Wednesday, June 24, 2026
Final Year Project Showcase FIK
Pagi ni Kak Widad ada sesi pembentangan Final Year Project (FYP), Fakulti Informatik & Komputeran setelah bertungkus-lumus selama beberapa bulan.
Ibu sendiri menyaksikan penat lelah nya menyiapkan projek. Ada hari happy.. ada hari stress.
Ibu yang nengok lagi lah stress.
Berkali-kali minta doa ibu semasa menyiapkan FYP ni.
Labels:
Anak2
Monday, June 22, 2026
Jalan² Pasar Seni
Lepas bye² Fanny, kami masuk dulu Pasar Seni. Ayah kata nak jalan² dalam ni sebab dah lama tak pergi. Masa cuti CNY ibu ada datang sini dengan anak². Ramai betul pengunjung dari lokal dan luar negara.
Labels:
Jalan2
Sunday, June 21, 2026
Berjumpa Blogger Fanny Dari Indonesia
12hb ritu Fanny ada email ibu andai ada date yang ibu free pada hari liburannya ke sini. Fanny ada bagi tentatif date, makanya hari ni yang free dan ayah ada untuk temankan. Pagi lah boleh jumpa di KL sebab tengahari Fanny sudah ada appointment dengan Uncle Gedek & aunty.
Keluar rumah 7 am, drive ke Stesen MRT Kwasa Sentral. Naik MRT ke Stesen Pasar Seni, 30 minit. Jam 8.10 sampai tapi Pasar Seni tak buka lagi jadi ayah cadangkan jumpa kat Restoren Yusoof & Zakhir. Situ je lah yang senang jumpa sebab hotel yang Fanny duduk walking distance je dengan restoren.
Macam biasa kat restoren gini, ibu ayah order tosei garing & kopi-o manakala Fanny order roti telur dan teh tarik.
Labels:
Kawan-kawan
Friday, June 19, 2026
Bua Loy Kelapa Di 99 Founder Cafe
Sesampai kat KTM Sungai Buloh, Wafi kata dah lapar. Dia nak makan Chicken Chop dan cadangkan 99 Founder Cafe di Puncak Alam.
Labels:
Makan2
Thursday, June 18, 2026
Hari Konferensi Waris Guru Murid F4, 2026
Malam tadi naik ETS jam 11.17 pm dari Sungai Buloh. Abang Imi tolong hantar. Ibu berdua dengan Mama Mia. Bawa selendang Jordan pemberian Kak Amie, maklumlah ETS ni kadang sejuk kadang tak berapa sejuk. Masa sejuk bolehlah buat selimut badan. Neck pillow tu pakai lama²... ehh berpeluh pulak.
Tuesday, June 16, 2026
Dulang Girl Lagi
Tadi Wafi call dok tanya lah pasal parcel dia. Hari ni pun tak sampai lagi.. adehhhh lah SPX ni, why so slow😬😬
Labels:
Anak2
Monday, June 15, 2026
Family Day 2026 - Sarapan I Singgah Port Dickson
Pagi ni sarapan berat sebelum balik ke kediaman masing².
- Nasi Lemak
- Nugget Ayam
- Tembikai
- Megi Goreng
Sambal nasi lemak Cik Biela dah siap² masak di rumah kemudian dipanaskan semula. Bahan² lain beli di Muar dan masak di homestay.
Ringkas namun mengenyangkan.
Lepas makan, masing² semua berkemas sementara anak² masuk kolam mandi sampai jam 11 pagi. Kami check out jam 12 tengahari.
Sebelum keluar homestay kami main game teka nama anak dan bergambar beramai².
Adik beradik lain singgah dulu Port Dickson ikut jalan dalam. Kami singgah Rumah Alam sebelum sama² menyertai yang lain di PD.
Gambar pun random je tak tersusun.
Suka ya Dina main pasir.
Yummy.
The girls.
Mana entah Wafi.
Nenek Klang & Nenek Kuantan.
Family Cik Ami.
Sebelum ke pantai, masing² late lunch. Semua dah lapar.
Cik Ami makan kat gerai tepi pantai.
Cik Ana momong Saif😆
Cik Nora ni tak sure singgah pantai mana.
Ramai orang maklumlah cuti 3 hari sempena Cuti Agong.
Ajomlah balik.
Nak Maghrib dah ni.
Jauh lagi perjalanan.
Alhamdulillah kami sampai rumah lebih kurang jam 9 malam.
Labels:
Family
Sunday, June 14, 2026
Jalan² SCM Terserempak Aqil
Jam 6 tadi ibu ajak Abang Imi temankan ke Setia City Mall sebab ibu ada barang nak beli. Malas nak drive sebenarnya🤗 Masa tu hujan masih renyai². Sedap betul lah tidur petang, hujan pulak tu. Kalau boleh memang nak sambung tidur.
Masuk beberapa kedai dapatlah barang yang ibu nak. Masa kat JD Sport Bami ditegur Aqil. Datang sorang² beli kasut sukan. Insyaallah seminggu lebih nanti daftar Politeknik.
Ibu ajak Aqil makan sekali sebab masa tu memang kita nak dinner. Bami suggest makan kat Nak Nak, restoren Korea.
Sunyilah nenek nanti bila Aqil masuk Poli. Aqil paling rajin teman dan tolong nenek.
Family Day 2026 : Hadiah Tukar² & Pakaian Terbaik
Hasil hadiah yang dibolot. Masukkan terus dalam container kemudian susun dalam boot kereta. Kat rumah baru unboxing.
Subscribe to:
Posts (Atom)















































