Pages

Tuesday, April 29, 2025

Jalan-jalan Di Forest City


Selepas sarapan kita ke destinasi seterusnya iaitu Forest City yang terletak di Gelang Patah.  Sesaja ayah bawa berjalan ke sana, ada yang kata tempat tu haunted. Jomlah kita tengok. Perjalanan dalam 30 minit dari Larkin.

Jumpa pondok comel kat tepi jalan. Nasiblah Cempaka kena jadi model. 

Side sini nampaklah kondo-kondo megah berdiri.

Nampak dari jalan masuk bangunan sebelah belakang tu agak scary sebab nampak gelap je.

Dari depan macam ini. Penuh dengan tumbuh-tumbuhan.

Sebenarnya cantik ada pokok-pokok dedaun dan bunga.

Masuk dalam bangunan showroom. 
Ini replika kawasan Forest City. Banyak lagi yang belum dibangunkan.

Nenek tanya... kat mana ya nak beli kerusi ni. Cantik.
Aduhh... kerusi telur tu special designed rasanya.

Ada play area. Seronoklah Cempaka main-main. Kak Widad layan dia.

Visitor boleh ngopi dan ngeteh kat sini. Free flow.

Masuk salah satu rumah contoh.

Cempaka nak bilik macam ni.

Dari atas nampak sebahagian dari waterpark.
Nak masuk water park wajib pakai wristband.. harga ibu tak check berapa pula sekarang.
Tak ramai pun pengunjung kat situ.

Kami turun, nak jalan-jalan kat area waterpark dan pantai. Sempat naik choo choo train dengan bayaran RM5 seorang. Pusing-pusing bangunan.

Ada pantai kat sini. Tak ramai orang pun. Kawasan bersih dan angin kuat betul.

Awan mendung.

Ada singa laut ๐Ÿ˜

Grounding.

Angin kuat.. tengok pada daun kelapa tu.
Ni kalau baring kat bangku memang boleh lena.

Sebelum balik masuk Mixue dulu. Cari air.

Budak ni suka lah dapat makan aiskrim.
Ni Kak Widad suap, karang comot plak baju.

 
Masuk kereta je tidur.. penatlah tu.. pagi kan bangun awal. Mujur tak cranky.. rasanya sebab keluar dengan makngah ๐Ÿ˜. Kalau good girl bolehlah makngah ajak jalan-jalan lagi.

8 comments:

  1. Kerusi tu nampak menarik laaaaa.... Simple tapi smart.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... lain dari yang lain... ada tarikan tersendiri.

      Delete
  2. Tak ramai orang macam ni lah yang best jalan-jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca review nampak tempat ni kurang sambutan. Tak sure lah kondo tu semua berpenghuni ke tidak. Tapi kawasan waterpark dan pantai memang nampak best.

      Delete
  3. Eh tapi itu singa laut patung kan kak ๐Ÿ˜…??? Nampak real saja.

    Cantiiiik lah forest city nih. Saya tak lihat spooky kalo dari foto. Sukaaa sangaaaat. Kalo ada duit, mau juga beli kat sana ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ. Mimpi saja dulu ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. patung je Fanny.. memang nampak real.. rasanya singa atau anjing laut takde kat pantai Malaysia.

      Mimpi boleh jadi kenyataan๐Ÿ˜…

      Delete
  4. kerusi telur tu custom rasanya kan kak...kalau ada jual..SA pun nak beli..hahaha..la Forest City tu ok je kan..ada je orang tinggal situ...SA x singgah lagi sini...tapi pemandangan pantai siap ada sealion tu menarik la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab ada yang review tempat tu kurang orang dan agak menakutkan. Tapi bila kami lalu penuh je kereta kat kondo-kondo. Tak surelah kondo tu penuh ke tidak.
      Pantai tu akak suka lah... cool je.

      Delete