Pages

Sunday, September 28, 2025

Sarapan Pagi Di Mok Mek Gemok | Tengok Rumah Sewa | Masuk Kelantan

Sabtu jam 7.30 am keluar gi sarapan. Cik Yah dan Cik Rasul cadangkan makan di tempat orang lokal makan. Last visit dah makan kat Nasi Dagang Atas Tol jadi kali ni kita ke tempat lain.

Mok Mek Gemok
Bila masuk tak nampak pun orang gemuk. 
Dekat je dengan rumah Cik Yah drive tak sampai 5 minit.

Datang Terengganu wajiblah makan nasi dagang. Peniaga dah letak siap² nasi dan potongan ikan atas pinggan. Kita cedok sendiri kuah dan bolehlah tambah lauk lain seperti gulai telur dan telur ikan. Acar tu pun bubuh je sendiri nak banyak mana.

Masa mula² tengok nasi tu, ehhh... macam sikit je portion tu.. kenyang ke nanti. 
Bila dah makan sedang elok portionnya tu.

Sedap makan kat sini patutlah orang pun ramai walaupun tak viral. Hidden gems ni.

Antara kuih-muih yang ada.

Tak tau kuih kuning ni apa.. nampak menarik tapi dah kenyang lah pulak.

Risoles ni Abang Imi suka sangat. Harga standard Klang... RM1 sekeping.

Cek Mek Molek.

Pagi² ada sate kat sini. Rare juga sebab kat tempat sendiri tak ada. 

Nasi minyak versi Terengganu.

Kak Widad cam biasa kalau jumpa laksam memang dia pilih ni je.

Bersama Cik Yah dan Cik Rasul.
Sepupu ibu belah nenek.
Rezeki bila ada saudara di Ganu. Dah tak bagi kami book hotel kalau ke sana. Bilik² kat rumah mereka pun dah macam hotel. Disediakan 2 bilik untuk kami beristirehat.

Singgah petrol pump beli Kunafa pula. Ayah kata bantu ekonomi tempatan.

Lepas sarapan tu kami terus ke Besut untuk melihat² rumah sewa Kak Widad. Rumah tu dah setel dah semua sewa sebulan dan down payment. Sengaja lah kami nak tengok lokasi.

Kebetulan owner free jadi dia boleh datang bagi kami tengok. Sebelum tu dah tengok video yang dikongsikan. Rumah baru 5 tahun dan nampak selesa sangat. 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Setiap bilik ada double decker. Owner kata boleh muat 10 orang tapi terpulanglah pada student nak masuk berapa sebab sewanya RM1200 sebulan. Api dan air RM18. Ketua rumah memang hadkan 10 orang je... kalau ramai² sangat tak selesa pula.

Dapur masak, tong gas, fridge, penapis air coway, meja makan, mesin basuh, TV 50 inci dan sofa ada disediakan. Penghawa dingin Kawi kata owner dah setkan 2 jam je sehari😁 Unifi nanti student langgan sendiri sebab port semua dah siap.

Owner sewakan 3 pintu rumah kepada pelajar Unisza dan semua perempuan. 

1/10/2025 baru boleh masuk rumah.. ikutlah Kawi nak masuk 1/10 atau 3/10 asalkan ada kawan. Mostly kawan² Terengganu dan yang lain dari Johor, Perak dan Selangor.

Sementara itu Kawi duduk rumah Cik Yah dulu. Kami hantar awal jadi takdelah kena ambil cuti weekdays.

Antara rumah sewa ke kampus 3 minit. Abang Imi cakap dekat sangat lah tu. Jalannya pun tak berapa sibuk. Tak ada trafik light pun.

Alang² dah sampai Terengganu, jomlah singgah Kelantan. Nak visit Nana di MRSM Tumpat jauh sangatlah pulak jadi kita pergi daerah yang paling dekat iaitu Pasir Puteh.

Bila dah jejak Kelantan patah balik lah ke Terengganu.

Dah alang² sampai kenalah jalan². Tak pernah jemu bila sampai Terengganu ni. Bila anak² belajar jauh jadi adalah peluang ibu ayah makan angin.

18 comments:

  1. wah kak widad masuk unisza ya. seronoklah, nanti boleh lepak2 tepi pantai selalu. terengganu ni mmng berapa banyak kali datang pun, tetap best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 3 masuk kampus semula. Ritu 2 semester kelas online.

      Delete
  2. Abang Cie 2 orang kahwin dengan orang Terengganu. Selalu la ke sana abang no3 duduk sana. Tak pernah jemu kan pergi sana. Unisza tu belakang rumah abang Cie je. Dulu anak buah duk Penang pun belajar situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. syiok laaa ada adik beradik kat Terengganu.
      Banyak tempat boleh pergi.

      Delete
  3. Belum kesampaian lagi nak repeat Terengganu lepas habis belajar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan tunggu anak masuk UMT baru nak ulang semula 😁

      Delete
    2. pun boleh la kak..janji anak sambung belajar...aamin

      Delete
    3. Hehe.... dapat sana memang sirih pulang ke gagang lah.

      Delete
  4. kak ana kalau ke Pantai Timur ni memang suka JJCM nak nak lagi kuih-kuih tradisional kat sana. Nampak selesa rumah sewa anak dan yang penting dekat dengan kampus. Semoga di permudahkan urusan anak-anak menuntut ilmu dan sentiasa di dalam perlindungan Allah swt, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam-macam kuih tradisional mereka kan kak.. rambang mata juga. Rezeki dapat rumah sewa yang selesa dan tuan rumah yang baik.

      Delete
  5. Pernah belajar kat Terengganu jugak. Kampus memang tepi laut pun. Suka Terengganu ni sebab banyak pantai, suka keropok lekor....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan keropok lekor kat sana suka yang rebus panas-panas tu. Lembut betul, lepas tu cicah dengan sos dia.

      Delete
  6. Terengganu belum pernah jejak lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah suatu masa nanti boleh jejak ke sana Sueann.
      Negeri yang membahagiakan 🥰

      Delete
  7. Anak kita je belajar dekat..x jauh..sepelaung je kata org...xde chance mama dan uncle nak berjalan jauh..hahaha..tunggu Khalaf plak la nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.... ada peluang lagi tu.. masuk IPT boleh jauh² tapi kalau Khalaf nak masuk asrama cari yang dekat² je😁

      Delete
  8. Janganlah Kyra nanti dapat U yang jauh2... (silalah amminkannn)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiiin... kalau boleh nak masukkan anak sekolah atau IPT tepi rumah je kan😅

      Delete