Pagi ni hantar Abang Imi ke Klang Sentral. Nak balik dah ke kampus untuk meneruskan pengajian di Tahun 3. Ibu bekalkan nasi putih, ayam balado, kobis+pakchoy tumis dan tempe goreng.
Ibu ayah pesan tosei garing manakala Bami ambil roti telur dan roti bakar. Kopi o ais, teh tarik dan ais kosong.
Pertama kali bas Darul Iman ke Terengganu delay. Sebelum² ni perfect, on time. Bila tanya kat kaunter bas tak ada masalah dan dalam perjalanan. Lama betul otw nya tu😬
Majoriti yang naik tadi student Unisza. Nanti bas akan ambil penumpang di Shah Alam dan TBS sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu.
Semoga perjalanan berjalan lancar dan semua baik² sahaja.
Si adik sorang ni hari ni outing ke Amanjaya Mall naik bas sekolah dengan Afiqah. Mulanya nak beli baju dinner sebab asalnya baju dinner 6hb baru sampai, tak sempatlah nak pakai sebab dinner 3hb. Sekali... dinner ditangguhkan ke akhir bulan disebabkan ramai pelajar kena Influenza A. Jadi tak perlulah beli baju lagi.
Bila fikir balik dari kena bawa Wafi keluar outing, lagi banyak belanja nya.. takpe lah... pergilah outing dengan kawan². Belilah apa nak makan😆
Si kakak pagi² dah share Strava. Kemahen dah start briskwalk. Haritu dah tengok kawasan sekeliling... bagus untuk beriadah.
Si kakak pagi² dah share Strava. Kemahen dah start briskwalk. Haritu dah tengok kawasan sekeliling... bagus untuk beriadah.
Semalam kakak Widad dah share jadual kelas... happy sebab ada masa untuk riadah petang.
Lepas hantar Abang Imi tadi ibu ke Lotus dan AEON Bukit Tinggi pulak.






Wah, Abang Imi tempe tak tinggal ye.
ReplyDeleteTempenya buat meramaikan majlis😆
DeleteBas pun ada delay macam flight ye. Semoga selamat sampai ke destinasi. Budak2 zaman sekarang ni nak air mahal je. Mahai jugak ye gigi coffee tu sampai RM19.
ReplyDeleteSampai sejam kena sidai... jenuh juga nunggu😬
DeleteAkak pun tak sure air apa yang dibelinya kalau dah sampai RM19 tu.
Lamanya bas tu delay huhu...
ReplyDeleteKiranya dua2 dekat Ganu la ye Kak? Senang boleh tolong tengokkan satu sama lain.
Acik PH pun berderau tengok harga kopi tu nak haha...
Betul... dua² kat Ganu cuma kampus lain². Abang Rahimi di Gong Badak, Kak Widad plak kat Besut. 1 ½ jam jarak perjalanan.
DeleteKat gerai biasa RM19 boleh beli macam² air 😃. Mujurlah outingnya tu sesekali... kalau kerap, bengkok ibu ayah😬
Selamat meneruskan pengajian :)
ReplyDeleteTerima kasih auntie Eyma🥰
DeleteIbu topup RM100, apa lagi..kita enjoy..kikiki
ReplyDeletememang sakan lah dia😁
Deletesakan ek wafi beli air sampai rm19 haha. sekali sekala takpe lah
ReplyDeleteHarapnya sekali je lah tu huhu
DeleteAmboi wafi...sama la ngan Dania tu...bila mama top up duit belanja, beraya sakan dia makan ayam gepuk la..kopi la..
ReplyDeleteDak² student ni memang suka ayam gepuk agaknya. Bami pun cakap... mana² ada ayam gepuk kat situlah ada student. Mereka rajin try.
DeleteAnak bungsu nih biasanya jarang membeli, tapi sekalinya minta sesuatu, punya merekalah yg paling mahal 😂😂. Sama macam anak bungsu saya kak. Memang tak banyak minta, tp sekali beli, yg mahal dipilih 🤣. Beda dengan kakaknya 😁
ReplyDeleteSi bongsu jenis tengok mak bapak petik duit kat pokok agaknya 🤣🤣
Delete