Pages

Saturday, October 4, 2025

Makin Mahal Bateri Jam

Jam Casio Lineage ibu ni dah berusia 25 tahun. Masih utuh lagi untuk berkhidmat tapi tu lah... rasanya 2-3 tahun sekali kena tukar bateri.

Seingat ibu masa mula² tukar bateri, harga bateri RM8 sahaja. Kemudian naik jadi RM10, RM15, RM18, RM20. 

Hari ni tukar di kedai yang masih sama, orang kedai kata bateri jam ni berharga RM25. Makaihhhhh...... kemahen mahal dah. Kena juga tukar takkan nak biarkan jam tu terbiar. Lagipun elok lagi cuma perlu tukar bateri.

Pejam mata je lah.

 

14 comments:

  1. Betul Kak, harga bateri jam mmg mahal sekarang. Min RM20 la... Bateri calculator pun sama

    ReplyDelete
  2. Semua benda dah naik harga sekarang... kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. tu ler. Terasa sebab jarang² beli macam bateri jam ni.

      Delete
  3. Cie punya jam casio hantaran nikah masih elok sampai sekarang. Cuma sejak dah pakai smart band ni tak pakai dah jam tu. Taktau la baterinya berapa sekarang dah bertahun tak pakai. Makin lama makin susah nak cari kot tu yang mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sekarang ramai yang lebih menggemari smart band... caj aja kan. Jadi jam² pesen lama ni nak dapatkan maintenance makin kurang. Takut one day takde dah keluarkan bateri. Peniaga cakap model jam akak tu pun dah takde lagi sekarang.

      Delete
  4. Takpe lah ibu, 3 tahun sekali RM25 tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia terasa mahal sebab sekali tukar tu terus RM25. Kalau beli bateri 2A kat kedai 2 ringgit ada... takdelah rasa mahalπŸ˜…

      Delete
  5. jam casio ni memang panjang sungguh hayatnya. dulu ada jam casio turun temurun dari kakak saya, beli since 2013 gitu. tahun 2025 masih elok lagi. tapi sayangnya jam tu tercicir kat gunung rinjani haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. sampai kat adik dikuburkan kat Rinjani ya... pasti akan dikenang sampai bila-bila tu.

      Delete
  6. Setuju...memang bateri jam tangan mahal giler sekarang ni....nasib baik jam SA banyak boleh tukar- tukar..bila bateri habis tukar lain...sampai la kesemuanya dah abih battery...ni garu kepala ni...satu jam pun xde nak pakai...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. syiok eh tukar-tukar.. yang tak seronok nak mengganti bateri hehe. tu ada alasan juga cari baru 😁

      Delete
  7. Saluuuut saya. Kakak tipe yg sangat setia pakai barang. Lamanya hingga 25 tahun. πŸ‘πŸ‘πŸ‘. Saya jujur tak sampai segitunya dengan barang. Kalau dah rusak, walau masih bisa diganti battery, atau diperbaiki, tapi biasanya langsung saya pensiunkan.

    Makanya respect sangat dengan teman2 yg bisa sesayang itu dengan barangnya ❤️πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... oldskul gini ler... sejenis yang setia😁
      Kadang teringin juga nak tukar style tapi mikirkan jam yang ada masih boleh pakai dan rasa ianya evergreen, tu yang masuh simpan. Pakai jam yang lebih sporty bila aktiviti riadah, itupun Wafi punya yang dia tak nak pakai.

      Delete