Ni kalau tak jahit banyak lagi lah span yang akan terkeluar.
Sekejap je balik, patut hari Sabtu balik tapi sebab tiket tak ada balik Ahad, sehari lewat.
Ehhhh... pandai pulak jahit 😁
Hantar ke Stesen KTM. Selsema sikit sebab malam tidur berair-cond.
Sama style dengan abang bila selsema, bubuh tisu kat hidung.
Sekejap je balik, patut hari Sabtu balik tapi sebab tiket tak ada balik Ahad, sehari lewat.
Pihak sekolah inform lambat yang minggu tu PB pilihan. Tapi dah kawan-kawan Selangor balik, Wafi pun nak balik juga. Padahal ada je kawan Kedah tak balik. Tiket ETS ni bukan boleh beli on the sport camtu je. Biasa parents beli 2-3 bulan sebelum balik.
Ni nanti 16hb balik lagi.. yang tu sebab cuti sempena Deepavali.
Dari Stesen KTM ke sekolah ambil Grab. Dah pandai order sekarang. Mujur Grab banyak kat sana dan jarak pun tak jauh. Sebelum-sebelum ni kan ibu book teksi siap-siap. Wafi beritahu lepas ni ambil Grab je.
Petang Wafi call beritahu menyesal tak bawa bekal. Ye lah.. ibu nak masakkan macam biasa tapi taknak sebab lepas Maghrib ada dinner team kriket. Sampai sekolah pun baru jam 3 pm, kan lambat lagi. Dah tentu-tentu lapar. Ibu cuma belikan waffle je atas permintaannya.
Haaa... lepas ni memang tak boleh excuselah bawa bekal.




Pandai jugak jahit tu kena berdikari la.
ReplyDeleteRasa dia belajar dengan kawan. Kat rumah pernah lah belajar jahit tapi guna yang jarum mainan tu.. ibu is seram nak ajar pakai jarum betul.
DeleteEh..sekolah bagi pula PB nk dekat² dengan cuti deepavali..
ReplyDeleteSampai je sekolah, Wafi menghitung hari nak balik rumah lagi..🤭🤭
Sabtu ada larian alumni ASSAK kat sekolah itu yang sekolah bagi balik.
DeleteDapat cuti panjang deepavali ni
ReplyDeleteBetul wak... 5 hari cuti nanti.
DeleteIngatkan sekolah tutup sbb influenza ke apa yg Wafi balik ni. Rupanya PB pilihan.
ReplyDeleteGet well soon Wafi 🤲🏻
Yang dapat MC memang ramai... hari Khamis sebelum balik tu kelas Wafi tinggal 9 orang je dari 28 pelajar.
DeletePB pilihan tapi kalau dah kawan-kawan balik dia pun tak nak duduk kat asrama.
Alhamdulillah.. beransur baik dah Wafi. Terima kasih auntie PH.
saya kalau selsema suka tampal plaster koyok atas hidung.. haha
ReplyDeleteOwh.. menjadi ya. Next time boleh try petua ni.
Deletealhamdullilah selamat sampai ....
ReplyDeleteAlhamdulillah 🥰
DeleteETS tu mmng tak boleh beli lambat. Lagi2 kalau yg tarikh cuti bersambung, memanjang full je
ReplyDeleteMemang kena alert date kalau nak beli tiket ETS ni.
DeleteKalau selsema ni memang tak selesa nak bernafas. Moga cepat la sembuh selsemanya...
ReplyDeleteTu lah.. nak buat apa pun tak best.
DeleteAlhamdulillah baik dah tu selsema dia.
Betul kalau tak jahit ..nanti terkeluar laa isi dalam tu ..
ReplyDeleteTu pun rasanya ada yang dah terkeluar 😂
Delete