Pages

Sunday, December 21, 2025

Sarapan Di Cathay Mee Stall, Ipoh

11 pagi sudah check-out hotel. Lepas Subuh perut dah berkeroncong tapi dak kecik taknak bangun lagi. Bertahanlah perut.

Ayah suggest brunch di Cathay Mee Stall yang terletak 240m dari hotel. 

Gerbang Malam Ipoh I TKK I Semsoon Hotel

Masuk PLUS Highway tak lama tu hujan. Lebat juga. Pemanduan agak slow. Asar pun dah masuk jadi ayah berhenti di RnR Semanggol. Solat dan makan. Last makan jam 11 pagi jadi perut pun dah lapar.

Ibu cari nasi.... kalau ada patin tempoyak sedap ni tapi kat RnR sini tal ada. Ambil je lah ikan goreng, telur masin dan taugeh goreng. Ayah pula ambil telur mata dan sayur taugeh. 2 hidangan ni RM17. Rasa cam mahal pula.

Wafi beli pastries di Harolds.

Sampai Ipoh sudah jam 8 malam. Ayah terus ke Gerbang Malam, Ipoh. Peniaga baru nak setup business.

Ibu tukar screen protector HP ibu. Harga RM38 tak sure murah ke mahal. Nampak seller keluarkan film dari digital machine. Canggih pulak nengoknya.

Nak stay kat Ipoh ni pun last minute, jadi baju malam tak ada. Ibu belilah kaftan sehelai.

Baju balik memang ada extra, boleh lah pakai nanti. Mujur "adik²" pun ada lebih.

Jumpa ni di tengah jalan Gerbang Malam.

Ayah nak mengimbau kisah lama duduk di Ipoh. Jadi kenalah datang Taman Kanak-kanak (TKK). Di sekitar TKK ni adalah gerai penjaja yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

Popiah SS Ali ni antara yang legend.

Jomlah ke Semsoon Hotel yang ditempah sebelum keluar dari Penang.

Hotel ni bukan betul² ditengah bandar. Menyediakan parkir yang luas.

Superior Twin Room, RM140.70 semalam

Bilil air luas. 
Pancuran air kuat. Ada heater.

Set minuman yang disediakan. Litans Coffee tu pertama kali ibu jumpa.

Litans Coffee ialah jenama kopi sihat premium Malaysia yang menawarkan adunan asli tanpa perisa tiruan, kaya antioksidan dan mesra diet.

Pemandangan Ipoh dari tingkat 5 Semsoon Hotel.

Sebelah kanan pula.

Puas dah berehat².

Jomlah balik....

Saturday, December 20, 2025

Batu Ferringhi I Pusing Pulau

Turun dari Bukit Bendera kami hala pula ke Batu Ferringhi. Perjalanan mengambil masa sejam.

Bukit Bendera, Pulau Pinang

Jam 9.40 am kami check out dan terus ke Bukit Bendera dalam jangkaan masa 30 minit. Half way tu ada jalan tutup pulak. RELA yang jaga jalan minta kami reset google map ke Penang Hill Lower Station. 

Makan Malam Di Medan Renong Padang Kota Lama

Dari depan Pasar Chowrasta kami naik Grab (RM6) menuju ke Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama.

Jalan-jalan Di Art Street & Pasar Chowrasta

Balik dari lunch baru check-in hotel, rehat² dulu dalam bilik. Dapatlah masing² lelapkan mata sekejap. 

Jam 5.15 pm kita jalan², playing tourist. Bawa map ni ambil di lobi hotel. Nak cari kedudukan mural. End up tengok google map je🤣🤣

Tempat yang kita nak tuju Art Street, terletak di Lebuh Armenian.

Friday, December 19, 2025

Makan Tengahari Nasi Kandar Bathusa I Jumpa Orang Jerman

Sementara tunggu bilik siap, kami cari makan dulu. Dah sampai Penang, kenalah makan nasi kandar😁. Paling dekat dengan hotel adalah Nasi Kandar Bathusa. Jalan kaki je. Ada satu lagi NK Beratur tapi yang ni jam 10.00 malam baru buka.

Satu Malam Di Chulia Heritage Hotel

Barulah rasa masuk Penang bila ada gambar Jambatan Pulau Pinang. Sayang juga dah tiada perkhidmatan feri.

Dari sekolah Wafi ke Chulia Heritage Hotel mengambil masa 1 ½ jam sahaja. Kat sekolah baru book hotel sebab awal² tak confirm lagi, nak tunggu consent Wafi samada nak bercuti atau balik rumah terus.

Thursday, December 18, 2025

Ambil Wafi Di Sekolah

Sampai dah sekolah Wafi pagi ni jam 10.45 am. Gerak dari Tapah 6.40 pagi. 

Malam tadi dari rumah 7.30 malam. Singgah Family Mart Eco Grandeur, dinner Oden je. Sampai rumah ummi ada nasi lauk tapi kami taknak makan dah. Kenyang lagi... makan lah durian dan manggis dari dusun mereka.

Pagi tadi singgah RnR Gunung Semanggol, breakfast dan recharge. Nasi lemak RM2 tambah paru dan sambal tauhu.

Sampai sekolah jumpa cikgu kelas dulu, Teacher Devi. Sesi penyerahan result UASA.

Ni dah beg last yang diangkut, rasanya ada 3-4 bag bawa balik. Ada lagi 3 beg simpan dalam store asrama. Tinggal baju² yang akan dipakai lagi nanti.

Ibu packkan hadiah untuk beberapa orang guru berupa tumbler, Coklat Beryls dan Pocket Perfume. Hari guru ritu tak sempat nak kirim hadiah, jadi bagi akhir tahun. Pocket Perfume tu ibu beli banyak, bagi kawan² girls. Senang je nak jumpa mereka sebab asal je parents datang anak² ni mesti serbu.

Terserempak Sir Izady PK sekolah. Insyaallah tahun depan jadi Pengetua SMK Ibrahim. Bersekolah situ dulu kemudian jadi Pengetua. Epik. 

Jumpa Cikgu Nuha kebetulan ada kat kantin.. pass lah sekali hadiah untuk Cikgu Faz. Guru² kaunseling yang banyak memberi semangat buat Wafi dari F1. Insyaallah tahun depan Wafi ada lagi di sini🤭

Setel dah urusan sekolah.

Jom Penang!

Sunday, December 14, 2025

Sambutan Hari Lahir Cempaka dan Yaya

Cerita malam tadi. 
Birthday Cempaka (5 tahun) dan Yaya (6 tahun).
Tema Kuromi & Purple

Bella, Cempaka, Yaya dan Dina

Kermes MTS

Kermes Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah diadakan dari 12 - 14 Disemebr 2025
Kita support lah aktiviti tahfiz yang merupakan jiran selang 2 lot.
Kermes ni dalam Bahasa Turkiye... kita panggil Bazar dan ada juga dipanggil Jualan Amal.

Hadiah Pemenang Top Komentar November 2025

Jumaat petang ibu sampai rumah nampak satu parcel depan pintu. Memang ibu dah expect dapat parcel sempena Pemenang Top Komentar November 2025 blog Suria Amanda setelah diberitahu melalui FB messenger.

Saturday, December 13, 2025

Santai Sabtu

Pagi ni ibu santai-santai je... kunun nak BW tapi hujan pula pagi tadi (yayyyyyy juga sebenarnya... dasar pencari alasan šŸ˜‚)

Sambil baca berita, tengok kartun kat TV boleh lah blog walking.

Sarapan sandwich + kopi 3 in 1.
Kesian roti awal dan akhir tu.. selalu dianaktirikan!
 

Friday, December 12, 2025

Jalan² GM Klang I Nippon Sushi

Cerita Ahad, 30/11/2025
Cik Wada bawa ibu ke GM Klang.

Kunun nak cari baju untuk Majlis Aqiqah Auni di Zoe Arissa. Ada buat sale di sini tapi yang dibeli pakaian lain. Baju kurung yang sale tak banyak. Tapi dapatlah ibu beli 3 blouse dan 2 skirt. Cik Wada kata ibu dah boleh travel sebab dah ada skirt munge²šŸ˜†

Thursday, December 11, 2025

Cosvictor Ceremonia Celestial

Ni gambar² masa lunch batch Form 3, Cosvictor pada Ahad, 30/11/2025 di Restoren Mami Jijah, Laguna Merbok.

Selain makan ada juga majlis penghargaan buat anak² yang mencapai kejayaan cemerlang dalam akedmik dan ko-kurikulum.

Cuti

Selangor cuti hari ni sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor. Ibu je lah cuti.. ayah kerja Gombak tapi under Wilayah.

Huntong lah awak kura²... dua² keje Selangor.. haaa bolehlah detim² tu sambil sunbathingšŸ˜†

Wednesday, December 10, 2025

Terjebak Pula Dengan Gemini AI

 Ni lah kerjaan malam semalam.. tak ada benda nak buat kita godek-godek gambar.
Baca di blog Kakmim teringin pula nak buat juga.

Nampak dewasa pulak si Wafi ni.

Abang Rahimi ke JB dan Singapore

Ibu simpan sini gambar² Abang Imi jalan² ke JB dan Singapore.
Jumaat tengahari gerak ke Melaka naik bas bersama Abang Izzat. Kak Widad hantar ke Terminal Bas Klang Sentral.

Tuesday, December 9, 2025

Kakak Widad Masak Apa Hari Ini?

Ni tengahari tadi Kak Widad share lauk yang dimasak. Hari ni tak ada kelas.

Semalam beli barang dapur kat supermarket area Besut. Beli ayam seekor kat rumah kena potong sendiri. Beberapa pasaraya yang jual ayam takde servis potong ayam. Tapi ayam yang dipotong² tu ada jual. Beli seekor murah lah sikit dari beli yang ketul² tu.

Pertama kali kakak potong ayam sendiri, belajar kat Tik Tok😁😁😁. Ibu pun jengok lah TT tu.. ehh ada rupanya orang tunjuk cara nak potong.

Jenuhlah juga nak memotong sebab pisau tumpul. Haaa.. nanti balik rumah ambillah pisau ibu, bawa sekali batu asah, nanti ibu ajar cemana nak buat.

 

Monday, December 8, 2025

Sempena Birthday Kak Widad

Makan² pada 1/12/2025 sempena hari lahir Kak Widad yang ke 23.
Ayah balik awal jadi lepas ibu sampai rumah terus ke The Humble Food Company, Eco Grandeur. Ayah suggest makan sini, resto baru buka jadi nak cuba makanannya.

Sunday, December 7, 2025

Setetes Embun Cinta Niyala

Pagi ni kat rumah santai² layan Netflix je.

Ibu pilih filem Setetes Embun Cinta Niyala adaptasi novel karya Bapak Habiburrahman El Shirazy. Novel diterbitkan pada tahun 2005.

Saturday, December 6, 2025

Habis Dah Cuti Mid-sem Dan Kelas Online

Hantar Kak Widad ke Terminal Bas Klang Sentral. Bas 8 pagi.

Thursday, December 4, 2025

Dinner Sempena Aqil SPM Di 99 Founder Cafe

Makan malam ni pada Sabtu, 22/11/2025
Ayah suggest bawa Aqil sempena nak ambil SPM pada next weeknya. Pagi tu Abang Imi dan Abang Izzat bawa Aqil study kat library Shah Alam. Dapatlah Abang Izzat bagi tuisyen Maths.

Butterfly lychee, ibu punya.

Terpaksa Korek Tabung

Kat rumah ibu sediakan beberapa tabung untuk letak duit syiling. Kadang geram je... duit syiling bersepah-sepah, atas lantai, atas meja. Kalau tak disergah ibu jugalah yang tukang kutip. Itu yang letak kat setiap bilik dan ruang family. Asal jumpa je terus masuk tabung. Ada juga syiling yang duduk sebelah tabung. Agaknya syiling tu boleh panjat sendiri 😬

Sebelah mesin basuh pun ada. Ni tabung paling besar dan berat. Yang penutup merah tu untuk letak duit kertas, kalau jumpa 😁

Monday, December 1, 2025

Cendawan Busut

Selasa lepas jumpa orang jual cendawan busut kat pasar malam.
Lama sangat tak makan sebab tak jumpa.
Beli sepinggan RM13 dah siap bersihkan. Ada juga yang masih belum bersih.

Strawberry Matcha Di Majlis Anugerah Cemerlang

Majlis Anugerah Cemerlang, Jabatan Informatik dan Perkomputeran (JIK) diadakan pada 18 November 2025. Ia bagi menghargai pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan membolehkan mereka menerima Sijil Dekan bagi semester 1 & 2 Sesi 2024/2025