Pages

Wednesday, January 29, 2014

Ini mama.

Mama la sangat...
Yang sebelah tu baby tengah tetek.
Besornya baby awak.

Baby awak nama apa?

Bear la.....

Wafi ni penuh dengan karakter lah. :-)

Tuesday, January 28, 2014

Gaya Kakak Widad.

Gaya yang entah macam2.
Ni belajar lilit selendang dari youtube.
ishhhh... takdenya ibu nak berbelit2 gitu.

Anak dara sorang ni...
Bak ayah cakap... comel jugak kakak widad nih...
hihi...
Anak sendiri kenalah ayah puji.

Kutu kepala dari sekolah


Operasi pagi tadi sebelum ke skul.

Petang semalam semasa ambil Wafi dari skul, Ummi Zai ada bagitau yang kepala Wafi ada telur kutu. Ticer dah cari tapi tak jumpa kutu. Yang ada telur kutu yang kosong.

Ibu taklah terkejut sebab hari sebelum tu dah perasan dan ibu dah cari. Jumpa lah sekor. Ada beberapa telur yang masih hidup. Zassss jer ibu menjadi pencari kutu yang tegar.

Mana taknya, kalau tak dibuang maka akan ada lah di kepala ibu huhu...

Ummi Zai ada beritahu, kat skul Wafi ada 2 orang pembawa. Dah diberitahu kepada ibu anak2 tersebut untuk tidak menyekolahkan anak2 mereka buat sementara waktu iaitu dalam sesi rawatan kepala.

Itu lah yang sebaik-baiknya. Harap ibu bapa tersebut faham permasalahan yang timbul dari masalah kutu ni.
Kesian kan anak2 yang lain juga anak-anak mereka sendiri.


Saturday, January 25, 2014

Seronoknya nak ke taska

Semalam otw balik ke rumah dan beritahu Wafi yang esok (hari ni) akan pegi skul ummi anis, yeayyyyyy katanya.
Seronok sangat tak terkata.
Skul ummi anis @ ummi ros @ kakak ana merujuk kepada taska sebelum ni.
Kalau skul ummi zai adalah tadika sekarang.
Ownernya adalah ummi zai untuk kedua2 skul.

Agaknya seronok kot kalau kat taska sebab suasana yang lebih relax.
Normally kat taska sesi belajar sebelah pagi je, petang dah boleh main2.
Compared to tadika, bila sebelah petang ada aktiviti belajar juga walau sekejap.

Pagi ni bila kejutkan Wafi dan cakap nak pergi skul ummi anis, wahhh terus jer bangun.
Taknak mandi, nak mandi kat skul jer.
Okay lah... sampai skul pun senyum jer.

Ada seorang kawan tadika Wafi yang dihantar ke taska pagi ni. Nangis2 sebab tak nak pergi taska, nak pergi tadika katanya.
Adehhhh... terbalik pulak dengan Wafi ni.
Harap2 Wafi hari Isnin nanti oklah sebab macam yang hari tu bila Sabtunya ke taska, hari Isnin pun nak ke taska juga :(

Friday, January 24, 2014

Wafi And The Gang

Pagi tadi masa hantar Wafi ke skul, ummi pujuk2 Wafi dalam kereta.
Ye lahhhh… dia kan pagi ni moody sket. Ada ke dekat 7.30 am nak pegi tengok Upin Ipin.
Ibu makan gaji lah Wafi. Mana boleh lewat2.
Ummi cakap Wafi baik… Wafi solat… bla bla bla…
Pastu ummi cakap Wafi ni kat skul ada persatuan (sambil gelak).
Ibu pun Tanya persatuan apa tu
Persatuan anak-anak taska.

 
Hahaha… Wafi… wafi.. kecik2 lagi dah ada geng
Yer lahhh… dia membesar dengan kawan2 di taska. Kemudian sambung ke tadika (blok lain)  dengan rakan-rakan yang sama. Kemudian lagi sambung nursery hingga ke petang)
Tu yang dalam kelas rakan-rakan pun sama jer… Kalau mengadu kawan itu ketuk kepala… kawan itu ambik toy… pun di kalangan kawan yang sama.
Padahal kat tadika ada jer anak2 yang half day class jer. Mungkin tak kenal lagi kot.

Ingatkan masa kat U jer ada geng… rupanya kat taska pun ada :)
Masa ibu kat U, kiranya dengan geng2 matrik laaa… pastu geng2 matrik yang express pula. Ada juga bergaul dengan geng2 STPM & Diploma. Tapi kurang laaa… ialah… dah setahun setengah belajar di matrik kan…
Kalau ibu masuk bukan dari saluran matriks pastu takde kawan, mesti sedih :’(

Takpe lahhh Wafi… semoga Wafi and the gang baik2 bersama.


Sunday, January 19, 2014

Ini Kakak... Ini Baby....

Wafi ni kan kalau pagi nak gi skul memang kena ikut mood dia.
Malam kena tidur awal. Kalau lewat maunya esok pagi kalau dikejutkan asyik cakap kejap.. kejap...

Waktu bersiap memang mencabar...
Kalau mood dia 'kakak' memang dia behaved habis.
Keluar dari kereta pun nak jalan sendiri masuk skul.

Cuba kalau mood 'ini baby tau...'
Huhuhu.... memang panas hati jer ibu kalau pagi-pagi.
Masuk bilik air nak berdukung...
Baju tak nak pakai cepat2 atau mood tak nak pakai uniform.
Ada 2 kali tu pakai baju biasa jer.. mintak teacher tukarkan.

Nak tengo tv kejap...
Breakfast kat rumah memang taknak langsung.
Kadang kala kalau dok menangis, ibu cepat2 ambik kunci kereta.
Jadi meraung lah dia takut kena tinggal dan cepat2 bangun jalan sendiri masuk dalam kereta.

Ibu dah belikan gunting zig-zag kasi Wafi gunting majalah. Baik untuk gross motor skill.
Beberapa hari lepas, ibu buat camtu dia dok masih depan tv, merajuk.
Ibu tutup pintu dan panaskan enjin.
Lama sket masuk rumah dan tengok Wafi takde dah depan tv.
Check2... ada kat bilik duduk atas kerusi mengadap abang Mi yang tengah tidur sambil teresak2.
Ibu peluk dan pujuk2...baru ok.

Bila balik dari skul ibu tanya Wafi buat apa duduk depan Bami.
"Saya nak tidur"

Aiseyyyy..... susahlah lepas ni. Trick dah tak menjadi bilamana Wafi ada idea untuk stay dengan Bami huhu...

Ada sekali tu pagi masa ibu tengah bersiap,
Wafi tanya ibu nak pergi mana tu?

Work lahhh...

Kita?

Kita skul lah..

Mana ada.. cuti lah..

Adoiii


Kadang-kala, sambil menangis nak masuk kawasan skul, kena singgah kedai dulu.
Dia pilih toy... buku...
Adehhhh... sekali pergi abis RM5-10.
Tak boleh jadi..
Kalau buat perangai lagi memang ibu dah tak layan.
Takpe lahh... nangis kat skul je..
Lama2 diam laaa tu  :)

errrr... esok sekolah yer setelah 3 hari cuti...


Wednesday, January 15, 2014

7 Amalan Sunnah Rasulullah s.a.w

1. Tahajjud
2. Membaca Al-Quran
3. Solat berjemaah di masjid
4. Solat Dhuha
5. Sedekah setiap hari
6. Jaga wudu' terus menerus
7. Amalkan istighfar setiap saat

Tuesday, January 14, 2014

Nasi Kerabu

Hari ini cuti sempena Maulidur Rasul, kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Cuti satu hari dan manfaat untuk bersama family jer.
Kawi plak buat ulangkaji since esok ada lagi 2 paper ujian.

Ibu plak dah plan awal untuk mencuba resepi Nasi Kerabu.
Pagi2 da ke pasar NSK untuk membeli barang keperluan juga barang dapur untuk minggu ni.

Start masak jam 10.30 dan habis 3 jam lebih... pitammmmm
Tapi puas hati bila anak2 dan ayah suka.
Makanan yang seimbang.. carbo, protein, zat besi, dsb.
Pertama kali beli budu sebab nak bubuh dalam sambal tumis.

Makan pun lepas solat zuhur... petang tadi tido lena, hujan plak tu.
Kemudian dinner menyambung lagi nasi kerabu.
Ada lagi... esok nak hantar ke rumah nenek.

Sebab tak ada bunga telang (dan ibu pun tak tau mana nak cari), ibu guna pewarna biru sket dan letak daun pandan. Fuhhh.. bau harum jer.





Resepi nasi kerabu ni ibu ambil dari sini. 
Terima kasih Puan Azie kerana share resepi yang sedap.

Nasi Kerabu Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.
 
Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api.

Nota:
Kuah biar pekat dan masin sedikit. 

Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kena manis sikit baru sedap. Saya suka makan sambal kelapa ini dengan nasi impit. Atau ditabur atas nasi dagang.
  
Sambal Cili
1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

Kisar kesemuanya. 

Ulam ulaman
Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan. 

Nasi 
5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin
Bawang putih jeruk


Sunday, January 12, 2014

Boleh lah check berapa banyak pendapatan dividen


Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.70
sen seunit dan bonus 1.00 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun
kewangan berakhir 31 Disember 2013.
Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM9.38
bilion, iaitu peningkatan sebanyak 17.4% berbanding dengan RM7.99 bilion yang dibayar pada
tahun 2012.
Peruntukan bagi pembayaran bonus pula membabitkan jumlah sebanyak RM706.88 juta, iaitu
peningkatan sebanyak 3.84% berbanding dengan RM680.73 juta yang dibayar pada tahun
2012 oleh PNB.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, pembayaran itu akan memberi manfaat
kepada 8.26 juta pemegang unit yang melanggan 127.2 bilion unit ASB.
Jumlah pendapatan kasar ASB pada 31 Disember 2013 dijangkakan sebanyak RM9.92 bilion.
Pendapatan dividen yang diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang
sebanyak RM4.41 bilion atau 44.5% daripada keseluruhan pendapatan kasar, manakala
pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang sebanyak RM4 bilion atau
40.3%. Selebihnya, iaitu RM1.51 bilion atau 15.2% adalah daripada lain-lain pendapatan.
Pengiraan pengagihan pendapatan ini adalah berdasarkan purata baki pegangan minimum
bulanan bagi tempoh pelaburan sepanjang tahun kewangan ASB yang berakhir pada 31
Disember 2013. Pengiraan bonus pula dibuat berdasarkan kepada purata baki pegangan
minimum bulanan bagi tempoh 10 tahun dari tahun 2004 sehingga tahun 2013.
Pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus bagi tabung ASB akan dikreditkan secara
automatik ke dalam akaun para pemegang unit. Para pemegang unit boleh mengemaskinikan
buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat-pejabat atau ejen-ejen ASNB di
seluruh negara mulai 2 Januari 2014.

Saturday, January 11, 2014

Ingatan cucu buat atuk...

Ulangtahun kelahiran atuk pada 9hb.
Sebab tak sempat nak makan sama2 pada hari tersebut, makan leawatlah sikit kita kumpul2 family.

Cik Elis buat ikan masak tempoyak, sambal udang & sayur goreng.
Cik Nora buat cendawan dan paru goreng.

Cik Ana bawak KFC.
Ibu kirim jagung, martabak, telur ikan bakar dan apam balik. Tu sume feveret atuk (juga anaks n cucus hihi)

Ada juga honey dew.

Cik Baya bakar pizza. Sedap piza Tesco tu. Lenkali ibu nak beli juga lah.

Aiskrim kek jer. Segera...
Beli 1/2 kilo jer.. Mana tau.. semua suka. Lenkali boleh beli lagi.

Atuk kena paksa tiup lilin. sebenarnya cucu yang nak tiup.
Hihi... atuk orait jer melayan kerenah cucu2.

Cepatlahhhh atuk... kitorang tak sabar ni.

Alhamdulillah... atuk sangat happy bila keluarga berkumpul bersama.
Semoga atuk sentiasa sihat dan dirahmatiNya.
Amin Yab Rabbal Alamin.

Friday, January 10, 2014

Sudah kena sound

Malam tu Wafi sibuk nak mekap.
Habis gincu ibu ditonyohnya.
Sebelum tidur dah bersihkan... tapi ada bekas lagi.

Esoknya nak ke skul pun ibu bersihkan lagi... adehhhh....ada kesan juga.


Masa ambik dekat skul, teacher pesan lagi kat Wafi..

Wafi, esok jangan pakai gincu ibu lagi

Okay....

Hahaha.... Wafi ingat pesan teacher.
Selamat....

Biasalahh... kadang kala pesanan ummi atau teacher dia boleh follow.
Kalau dengan ibu... hurmmmm... ada2 jer alasan.

Thursday, January 9, 2014

Solok Lada

Teringin sangat buat solok lada lepas makan kat rumah Cik Baya yang mok ngoh buat.
Kalau ada cili solok tu lagi sedap.. tapi mungkin kat Kelantan jer kot ada.

Puas lah makan bila buat banyak2 macam ni.
Yang seronok anak2 dan ayahnya pun suka.

Bahan-bahan & cara-cara

15 biji cili besar (belah, buang biji, basuh, tos)
2 cawan kelapa parut yang putih muda (tumbuk sket)
3 ekor ikan sardin (direbus dan ambil isi dan tumbuk)
2 ekor ikan sardin mentah (ambil isi dan tumbuk)
3 ulas bawang merah (tumbuk)
1/2 inci halia (tumbuk)
Garam dan gula secukup rasa

Campurkan bahan2 di atas dan sumbat ke dalam cili ekmudian kukus selama 15 minit
Boleh juga dimasak dengan 1 cawan santan pekat sehingga santan kering.

Tuesday, January 7, 2014

Sepetang di Pantai Remis & Pantai Jeram

Ni aktiviti ahad lepas. Jalan2 di Pantai Remis.
Pagi tu je baru plan.
Family kita, cik ami, cik cha, cik baya, atuk n nenek.
First pose dari Kawi. ehhh... tu salah satu tudung yang ibu pilih sempena hadiah harijadi... tak sempat pun pakai :'(
Adik2 ibu n anak2 buah.
Sibuk bergambar sambil tengok2 orang main layang2. Yang lain dok order kerang bakar.

Ibu n cik baya. Hidung sama la hahaha...
Sempat lagi main kat playground.

Ayah tunjuk skil main layang2. Fuhhhh... bukan senang nak naikkan. Kena tambah ekor lah.
Aksi2 anak dara. Ni dah kat Pantai Jeram.. beberapa kilometer jer sebab nak makan kat Aroma Ikan Bakar.
Buat sand castle dulu.

Tingginyer Bami???
Alya suka betul tu... putih2 Alya.
Wafi main kucing cik non.. eeeee geli.
Phewitttt.. atuk ngan nenek dating.

Keluarga besar kami. Datang tak reserve dulu. Sib baik dapat meja.
Makanan ok (la). Cuma service kureng lah. Sotong goreng tepung dan pari bakar dapat lambat... tapi dah suam2 gitu :(

Cik baya si tukang peghabih huhuhu....
Balik2 Wafi nak nasi dengan kicap.
Aiseyyy... nasib baik ada lauk kari tengahari tu.
Kat restoren asyik main jer..
Balik2 kelaparan adoiiii....

Seronok walaupun unplanned aktiviti.
Kalau yang lain ada lagi meriah.

Saturday, January 4, 2014

Banyaknya nombor 1 & 4

040114
Genaplah usia ibu 41 tahun
Alhamdulillah di atas kurniaan Allah yang tak terhingga.
Keluarga, kesihatan, kerjaya, kebahagiaan 
.... dan banyak lagi ke...

 Birthday card dari HR department.

Birthday wishes.
Tengahari keluar n ayah bawak gi  Shah Alam.

Dapatlah beberapa helai tudung dari Butik Hajra.
Belikan sekali Kawi. Suka sangat la dia tu.

Lepas tu ayah bawak ke Restoran Garuda.
Makan masakan Minang.
Sedap ar makan gulai urat kaki lembu. Authentic.

Malamnya buat cheese cake untuk diri sendiri.
Bami lah yang beria2.
Demi anak2 juga. Daripada nak membeli kan....

Lagi 9 tahun umo 50 tahun.
Macam rasa dah tua la kann.

Semoga ibu sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk berbakti pada anak2.
Aminn...

Friday, January 3, 2014

Ceria di hari kedua.

Alhamdulillah..
Kita nak gi skul....
Keletah nya....
Dalam kereta nak bagi mood dia ok... cerita tentang labah2 yang tengok dalam Wonderpet tadinya.
Kemudian nyanyi

Satu labah-labah cuba panjat perigi
Bila hujan turun labah cepat lari
Terbit matahari hujan tiada lagi
Labah boleh panjat sekali lagi
Pistol air tu beli semalam.
Janji tak nangis gi skul.
Sampai2 jer..... "kita tak nangis kan"

Nak gamba kat skul... katanya.
Muka macam mencebik jer..
Apalagi... ibu angkat kaki cepat2 hehe...

Thursday, January 2, 2014

Mula sekolah hari ni

Hari ni anak2 mulakan sesi persekolahan 2014.
Kawi bangun2 ckp tghari n sekolah agama minta ayah ambik n antar.
Pagi2 dah buat perangai. Adehh...
Sabar je lah.
Tak ambik la gambar Kawi dengan uniform PRS dia.
Nanti2 la..
ok... gambar di hari kedua :)

Wafi plak lepas mandi tak nak pakai uniform.
ok la.... pakai baju biasa. Biar teacher tukarkan.
Sebelum keluar rumah ambik 3 buku. Ceria2 jer.
Masuk kereta terus senyap.
Sampai school tak mau turun.
Nangis..... ibu angkat je letak dalam dan cabut..
hihi..... kejam kan...

Biar je laa.. kalau ibu tunggu lagi dia nak ikut.
Ni gambar masa cuba baju hari tu.Dia jer sorang pun yang nangis.
Yang lain duduk diam2 atas kerusi.
Ada beberapa orang rakan nursery.

Harap2 Wafi ok lepas ibu gi kerja.
Petang nanti lah baru tanya teacher.

Wednesday, January 1, 2014

Awal tahun 2014.

Hari ni kan public holiday.
Tepat jam 8 am ibu masuk kelas darjah 6 SRA untuk urusan bayaran yuran dsb.
Takde parents lain. Tak perlu beratur.
Memang kena buat begitu. Pergi pun solo.
Lepas tu beli barang dapur sket.
Balik, lepas bekpes dan kemas rumah sket, alter baju sekolah Wafi.

ehh... esok nak sekolah yer.
Sebelum ni taska, esok ke tadika pula.
Owner yang sama tapi building lain.
nervous juga sebab Wafi ni kan kalau pagi, kalau tak nanges bukan dia laa...
huhuhu....

harap2 esok berjalan lancar.
Ibu tak ambik leave pun.
Wafi akan di tadika yang sama sampai ke petang.
Sesi learning dia sampai jam 11.30 kot... hehehe... lupa plak nak tanya ummi zai.
Petang tu kira nursery lah.

Bayaran permulaan RM560.00
Monthly RM100.
Nursery RM150.
Sebelum ni nursery RM220.
Belum masuk OT lagi.

Kalau tadika yang ada nama dan terbaik yuran permulaan beribu riban.
Monthly ratusan ringgit.

Adehhh... ibu tak mampu lah nak...
Kalau duit dapat petik dari langit kan syok hihihi...
Pikirkan yang dekat dan convenient je lah..
Insyaallah, hanya yang terbaik datang dari Allah.


Terjumpa gambar lama...
Bubuh je laaa... malas nak kodek2 gambo.
Esok Bami naik Form 2, Kawi naik Tahun 6, UPSR tahun ni.
Semoga dipermudahkan olehNya.