Pages

Monday, September 28, 2015

Cerita Aidil Adha dan atuk mengalami BP rendah

Hari Raya Korban @ Aidil Adha disambut pada Hari Khamis 24.09.2015
Seperti biasa tahun ni kita beraya di rumah dulu baru ke rumah atuk.
Takde lah nak beraya2 ke sana ke mari.
Sampai rumah atuk, dikhabarkan atuk dibawa ke HTAR sebab tekanan darah rendah 106/40.
Selalu bp atuk kan tinggi.
Dah beberapa hari nenek kata atuk baring letih jer dan kurang makan.
Tapi sehari sebelum raya tu jumpa atuk sopink di NSK... biasalah... atuk ni kan.. semua barang dapur beli sendiri.
Cik Biela yang bawak atuk.. terus dimasukkan ke zon merah. Masa tu dah jam 4 lebih.
Bila keadaan atuk dah setabil, dipindahkan pula ke zon kuning.
Alhamdulillah, admission ke wad pada hari tu mudah. Jam 11.40 mlm dah dapat katil.
Ini yang paling cepat dan jumlah pesakit di ER pun tak lah seramai sebelum2 ni.

Bila atuk dirawat di hospital, nenek pun kena turut serta sebab nenek yang akan tolong atuk buat CAPD.
Tekanan dah ok, air yang keluar plak kotor, tak jernih.
Lantas atuk dipindahkan ke wad CAPD. 3 malam di CAPD, dan semalam di wad 8.
Alhamdulillah, pagi ni doktor benarkan atuk balik.
Cuma air baxter tu kena campur yang berubat.

Semoga atuk dan nenek diberi kesihatan yang baik dan diberi kesembuhan.
Aamiin...

Saturday, September 5, 2015

Sis

Ni adalah satu wiken yang kami kena bawak kakak widad and the geng.
Nak lepaskan diorang berjalan sendiri memang tak lah.
Walau hanya ke SCM.

Kawi and her classmate. Berempat je pun.
Plan mereka, tengok movie dan jalan2 dalam SCM jer.

Lepas movie, kami tinggalkan diorang jalan berempat.
Ibu ayah stay situ gak ler tapi plan lain.

Lepas movie, kawi & the gang, berkaroks, makan dan sempat lagi main roller blade.
Kawi, Izzati, Faizah & Asyikin.


Budak2 zaman sekarang. Dalam toilet pun boleh berselfie.. asalkan ada cermin.
Semoga Kawi berkawan dengan rakan2 yang baik dan sentiasa menjaga diri.