Pages

Monday, August 31, 2026

Minum Petang Di Kolumpo Kopitiam

Ahad 2 minggu lepas kan ibu buat nasi lemak jadi tengahari makan yang sama je. Bila dah petang rasa lapar pulak bangun dari tidur. Ajak Kak Widad keluar medang. Singgah rumah nenek dulu sebab tau nenek sorang² jadi bawa keluar sekali.

Kali ni nak cuba Kolumpo Kopitiam terletak di Eco Grandeur.

Selamat Hari Kemerdekaan ke-69! 🇲🇾

Semoga Malaysia terus aman, makmur dan sejahtera. Bersama kita melangkah maju, dengan penuh semangat dan cinta kepada tanah air.

Pagi ni ibu prepare breakfast awal sikit. Tak ke mana sebab nak tengok Perbarisan dan Perarakan Hari Kebangsaan 2026.

  • Nasi Goreng
  • Telur Mata
  • Keladi Goreng
  • Lempeng
  • Sambal Tumis Ikan Bilis

Sunday, August 30, 2026

Sampai Ke Kelantan Tengok Bola

Malam yang kami bertolak ke Kulim, Abang Imi ke Kelantan. Naik bas dari Stadium Shah Alam bersama penyokong² Selangor FC. Beli tiket kombo (tiket perlawanan + tiket bas).

Saturday, August 29, 2026

Makanan Rare

Sebelum sampai rumah kami singgah Pasaraya Hero, Puncak Alam. Nak beli bahan dapur sikit. Masa nak parking kereta, nampak banner yang menarik perhatian kami.

Gerai yang sama keluarkan 3 menu berbeza.
Menunya agak rare sebab tak pernah jumpa dan makan.

Friday, August 28, 2026

Makan Tengahari Di House Of Salai By Naddy, Ipoh

Ahad pagi jam 11.30 pagi kami gerak balik bagi ayah rehat kejap lepas hantar tokwan ambil darah di Hospital Kulim. Keluar dari Highway BKE, Kak Widad dah tanya lunch nak makan kat mana? Dia kalau dah tanya tu memang betul² nak makan. Katanya kalau dapat siput sedut sedaplah.

Kerja² cari tempat makan, memang serah kat ayah. Ayah suggest makan kat Ipoh sebab ETA dalam 1.30 pm. Sedang eloklah nak lunch. Solat dulu kat surau tepi Tol Plaza Ipoh. Dah solat takde  lah terkejar² nanti. 

Kami sampai ke House of Salai by Naddy sebelum jam 2 pm. Tempat makan ini terletak di 20, Jalan Lapangan Terbang, Taman Lapangan Terbang, 31350 Ipoh, Perak

Thursday, August 27, 2026

ZIZO Wafi

Zoom in zoom out cari gambar Wafi dalam FB sekolah. Wafi ada bagitau masa ibu visit yang dia join koir. Tu yang minta bawakan bawal biru tua.

PERTANDINGAN KOIR LAGU PATRIOTIK 

Wednesday, August 26, 2026

Jalan² Pasar Malam Padang Serai

Dari SP ke Kulim, nampak pasar malam kat Padang Serai. Ibu minta Kak Widad singgah bolehlah beli makanan untuk dinner. Kiranya dinner awal lah. Masa ni belum jam 5 petang jadi ada beberapa gerai baru nak set-up.

Putu Mayam ni kegemaran Kak Widad.
Ambil sebungkus RM3, dalam ada 5 ketul.
Kalau yang bungkus RM5 ada 10 ketul.

Tak tahan bau cempedak goreng. Ambil satu bekas berharga RM5.

Gerai kuih talam. Macam-macam jenis ada. Semua sepotong camtu RM2
Ibu beli Kuih Qasidah, ambil sepotong je sebab nak rasa. Biasa tengok dalam medsos tapi tak pernah jumpa. Bila dah jumpa harus lah ambil buat rasa.

Bubur Asyura versi utara,
Pertama kali ibu jumpa dijual potong dan bungkus begini. Ibu ambil satu.
Kawi pulak ambil serimuka, antara kuih kegemarannya.

Cekodok jagung satu plastik 30 biji berharga RM3
Lembut di dalam dan crunchy di luar. Kalau ke pasar malam, makanan ni wajib beli.

Bihun sup utara dan laksa, pun kena beli huhu...
Ibu belikan ayah laksa dan untuk ibu, bihun sup.
Ada juga bihun goreng kuah laksa ya.. tapi ibu takde lah beli sebab tak pernah makan lagi cara begini.
Setiap satu RM3


Makanan kat pasar ni murah. Mostly RM3
Set chicken chop sekali fries RM6 sahaja, ibu belikan Syafwan. Biasa kat pasar rumah, RM10-RM12 saiz yang sama. Untuk tokwan, ibu belikan char koay teow ada gerai makan kat tepi pasar malam.

Air balang cup panjang baru RM3 dan yang paling besar gemuk RM5.
Bahaya nengok makanan kat pasar sini.. kalau ikut nafsu semua nak dibeli. Mujur lah Kawi kata habis ke semua tu nanti.

Tuesday, August 25, 2026

Majlis Cukur Jambul Saif

Hari ni ibu kerja sebab Cuti Maulidur Rasul sudah digantikan dengan Cuti Raya Haji. Kemain lama cuti raya haji lepas tu nak komplen pulak hari ni kena datang kerja😆. Kalau taknak kerja pun boleh tapi ambillah annual leave. Haaa gitu lah kekdahnya.

Makan² Masa Lawat Wafi

2 hari sebelum kami ke Kedah, Wafi ada senaraikan makanan yang dia nak juga kudap²an dalam dorm. Kudap²an ibu dah beli siap² petang Jumaat sebelum bertolak.

Jadi sebelum jumpa Wafi kami beli makanan dia kat Amanjaya Mall dan Tapak Pasar Taman Ria.

Kak Widad lapar sebab tak ambil breakfast rumah makngah. Dia makan 2 ketul sushi bagi kat ibu satu.

Sunday, August 23, 2026

Lawat Wafi 2026

Tahun ni pertama kali visit Wafi di sekolah. Lawatan boleh setiap minggu manakala outing hanya sebulan sekali. Takde request takdelah ibu ayah pergi. Sementelah hampir setiap bulan Wafi balik. Permintaan pertamanya bulan lepas tapi ibu ayah ambil kakak di Terengganu. Memang merajuklah masa tu padahal awal² dah beritahu.

Kali ni datang visit sebab kebetulan nak balik kampung jadi bolehlah lawat Wafi juga.

Jam 1.30 ibu dan kakak sampai seperti yang dijanjikan. Sebelum tu sempatlah ibu belikan barang dagangan yang dipesan.

Ingin Cuba Toro Fries

Timing visit Wafi 12.30 - 5.30 pm
Sabtu untuk parents pelajar lelaki tapi bolehlah minta kebenaran untuk lawat bila parents datang dari jauh atau ada kekangan waktu.

Dari Kulim ke Sungai Petani 1 jam sahaja dan Wafi belum beritahu nak jumpa jam berapa. Masa tu baru jam 10.30 am. Bila dia call nak jumpa 1.30 pm lepas solat Zohor, adalah masa untuk kami jalan² dulu dalam Amanjaya Mall. Ibu dan Kak Widad datang berdua. Ayah nak temankan tokwan di rumah.

Kawi teringin sushi, belilah 3 ketoi makan dulu.

Nak killing the time kekdah nya jadi kita jalan² je dalam mall. Nampak kiosk Toro Fries. Tak pernah jumpa sebelum ni. 

Saturday, August 22, 2026

Perjalanan Larut Malam

Pagi ni bersiaran dari rumah makngah Shila di Kulim. Tokwan dah duduk sini jadi takdelah makngah nak berulang-alik tiap² hari.

Friday, August 21, 2026

Friyay!!!

Jumaat hari ibu sarapan berat sesekali.
Hari ini pilih nasi lemak + ayam goreng + telur mata.
Harga set ni RM7
Telur rebus 1/2 tu memang standard untuk nasi lemak biasa. Ada sesetengah tempat bila kita add on lauk, telur rebus tak ada pula.

Moccona kosong 1/2 mug je... cukuplah untuk panaskan perut pagi-pagi.

Pagi makan berat, jadi tengahari tak perlu makan. Rehat 1 jam 1/2, boleh lah tidur lama sikit😎  . Semalam officemate ajak makan kat luar hari ni tapi seperti biasa terpaksa menolak. Waktu rehat pada ibu adalah masa untuk berehat je... duduk diam-diam dalam ofis.

Thursday, August 20, 2026

Sayu

Jumpa gambar ni dalam draft 2023... tak terpublish sebab asal nak tulis hati bagai dihiris².

Kali pertama Wafi nak balik rumah setelah sebulan lebih di asrama. Cuti sempena Aidil Adha. Masa tu pertama kali belajar naik bas dan tiket ETS pula dah habis. Pakcik driver hantar naik van ke stesen bas. Wafi naik bas bersama Aisyah. 3 bulan je Aisyah mampu bertahan. Iqmal pun ada sekali. 3 orang dari Selangor masuk 3rd intake. F4 ni Iqmal sama kelas.

Wednesday, August 19, 2026

Sabtu Yang Best Tapi Ada Geram

Cerita Sabtu yang lepas.

Lampu kenyal-kenyal 🤣 ni ada jual di Q-Pocket, Central i-City. Sebab comel jadi kita ambil lah gambar.

Monday, August 17, 2026

Atuk Masa Muda

Cik Elis share gambar arwah atuk.

Muda lagi atuk masa ni. Mungkin masa anak satu. Atuk pernah beritahu masa ni ada kursus bagi anggota keselamatan. Masa tu atuk menganggotai Sukarelawan Polis. Tak ingatlah berapa lama join sukarelawan tu sebab masa ibu sekolah rendah macam tak ada dah.

Sehingga akhir hayatnya, penampilan atuk sentiasa kemas dan rapi. Nak keluar ke mana-mana baju mesti bergosok. Gosok sendiri semuanya. 

Simpan sini agar gambar dan kenangan tidak hilang.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ

اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَۙ (1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِۙ (2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَۙ (5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ۠ (7)

 

Sunday, August 16, 2026

Jom Sarapan

Salam pagi Ahad.. 

Hari ni sediakan nasi lemak guna apa yang ada dalam esbok.

Jom sarapan dulu sebelum buat aktiviti lain. Esok nak kerja dah🥸

Weekend selalu rasa cepat masa berlalu kan.


 

Saturday, August 15, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam Lagi

Jumaat minggu lepas Kak Widad ajak makan western, katanya nak reward diri sebab tolong nenek buat lemper. Halah².. buat lemper je bukan menukang pun. Bengkek (sakit belakang)  katanya 😌.

Balik kerja ibu terus pickup Kak Widad.

Bila ditanya makan kat mana?
Hock Kee.... laaa kata nak western.
Situ ada aglio olia lepas tu teringin juga koay teow goreng. Ritu dah tengok menu.

Jadinya order dua menu yang Kak Widad teringin dan makan share.

Nak juga Kaya Butter Toast.

Thursday, August 13, 2026

Kisah Si Ah Cheng dan Wafi

Ah Cheng Laksa ni lah yang dikisahkan... takde apa pun. Petang tadi ibu buka puasa di sini. Keluar ofis terus ke SCM cari sayur dan buah di Urban Fresh. Timing pun dah dekat nak masuk waktu jadi teruslah masuk kedai ni.

Tuesday, August 11, 2026

Pengat Pisang Untuk Dessert

Balik rumah petang tadi tak ada apa nak buat sebab Kak Widad dah siapkan dinner. Nampak PH buat serawa nangka kita buatlah pengat pisang. Pisang nangka dari rumah nenek sedang elok masaknya. Sementara tunggu Maghrib siaplah menu nan satu ni. 

Sunday, August 9, 2026

Lepak Rumah Nenek Makan²

Pagi tadi masa ibu kemas² rumah, Cik Awie seru soh sarapan rumah nenek. Ibu pun belum ada plan nak masak apa². Jadi balik rumah nenek dengan perut kosong dan bawa keropok kering untuk Cik Ami. Kat Kedai Pertanian nampak jiran ibu Kak Ros ada jual kerepek² jadi ibu beli 2 bungkus kerepek pisang bawa juga ke rumah nenek.

Tiap kali anak cucu balik, 2 menu ni wajib, bihun goreng dan air kesedapan iaitu Indocafe + susu. Indocafe ni macam Nescafe tapi tidak terlalu kuat macam Nescafe. Nenek tau dah air tu lah yang akan ditanya menantu²nya. 

Meghadiri Jemputan Kahwin Anak Adlan & Suraini

Tengahari semalam ibu ayah menyantuni jemputan majlis perkahwinan anakanda uncle Adlan dan aunty Suriani. Dua² unimate ibu ayah. Majlis di Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Saturday, August 8, 2026

Kejadian Pagi Sabtu


Pagi ni awal sikit briskwalk sebab ada nak attend kenduri tengahari. 6.50 dah sampai park.

Friday, August 7, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Ahad. 
Seharian di rumah lemau betul walau pagi ibu dan Kak Widad keluar briskwalk. Petang ibu kumpulkan daun kelapa kering dan bakar. Lepastu macam tak ada apa nak buat. Tak larat nengok Netflix. Bila ayah cakap lakinkali nak ajak minum, teruslah ibu ajak keluar lepas Maghrib. 

Pilih antara Kolumpo Kopitiam atau Hock Kee Kopitiam. Ibu ajak ke Hock Kee sebab menu banyak.

Order sikit² je... kongsi, sebab malam semua tak makan banyak.

Hor Ka Sai (kopi + milo) & Teh C.

Thursday, August 6, 2026

Nampaknya Wafi Sudah Beralih Kasih

Balik PB Khamis lepas Wafi bawa mainan baru.

Tuesday, August 4, 2026

Senang Sangat Teracun

Ini lah bahayanya pengaruh rakan blogger... ehh.. bukan diorang pengaruhi ibu, tapi ibu sejenis senang teracun😅

Petai beli dari Tiktok... baca blog Sis Lin. Sebelum tu Ciknora pun ada beli kat TT, diberinya ibu sebekas.

Monday, August 3, 2026

Bertiga Tonton Spider-Man : Brand New Day

Hari yang Wafi Pulang Bermalam, Abang Imi ada suggest nak keluar satu family. Hari Jumaat je lah yang ada. Ibu tak dapat ikut sebab kerja, ayah pula walaupun Jumaat, masih ada kelas online petang tu. Jadinya mereka tiga beradik outing sama-sama.

Sebelum solat Jumaat, Abang Imi dah pesan, sampai je rumah mesti semua dah ready. Tapi dua adik perempuan ni ada yang baru nak setting spray kat muka, ada yang baru nak pakai tudung. Bersabarlah Bami... kalau ibu memang dah sergah dah, tunggu terus dalam kereta 😆. Cara tu je bagi diorang kelam kabut lepastu masuk kereta dengan mulut muncung 🤭🤭

Diorang nak tengok movie Spider-Man yang baru ditayangkan hari Khamis. Kiranya mereka tonton pada hari kedua ia ditayangkan. Beli tiket jam 3.05 petang sehari sebelum.

Lepas ofis, ibu terus ke Setia City Mall sebab nak dinner sama-sama dengan mereka. Jam 5.45 petang ibu sampai, mereka masih ada dalam panggung lagi. Sementara tunggu mereka kat tempat yang dijanjikan ibu masuk Urban Fresh dulu beli roti ikan bilis Gardenia untuk Wafi bawa balik ke asrama.

Masa ni Wafi merajuk, tu yang muka tak senyum. Mula-mula diorang bertiga nak surprise kan ibu tapi tak menjadi sebab Wafi panggil ibu dari belakang. Dah abang dan kakak cakap something yang buat dia kecil hati.

Sunday, August 2, 2026

Makan Tengahari Di Kafe Olla, Janda Baik

Dalam perjalanan balik dari Kuantan ayah suggest singgah makan di Kafe Olla yang terletak di Janda Baik.

Saturday, August 1, 2026

Habis Dah Cuti Wafi 2 Malam

Pagi ni ibu, ayah dan kakak hantar Wafi ke Stesen KTM. Kak Widad balik dari briskwalk nak tolong drive ke Sungai Buloh.