Pages

Thursday, October 31, 2019

Hari Apresiasi Budi HEM 2019


Pada hari Khamis yang ibu bertolak Aceh, adalah hari Kak Widad dianugerahi :-



1. Sijil Kehadiran Penuh 2019
2. Anugerah Sahsiah Terbilang Sesi Pagi
3. Anugerah NiILAM Tahap Jauhari

Tahniah Kak Widad.
Semoga terus sukses dunia dan akhirat.

4D3N Aceh & Pulau Sabang - Day 1 : Benteng Jepang & Anoi Itam

Ini dulu adalah benteng pertahanan. Antara spot yang cantik. 

Speechless.

Cool sangat.. again.. tiada langit biru.

Lagi satu benteng masa zaman perang.
Ini kena naik tangga.

View dari dalam benteng.
Dalam ni ada meriam peninggalan zaman perang.

Belakang tu laut.
Pantai ni nama Anoe Itam.

Ali excited nak masuk dalam air.
Air jernih sangat.

Dah.. dah... jom pegi wisata lain.





Wednesday, October 30, 2019

4D3N Aceh & Pulau Sabang - Day 1 : Ujong Kareung

Spot ini yang ibu palingggg suka.
Satu sebab cuaca yang sangat baik jadi dapat shoot yang cantik.
Dua, memang kawasan ni sangat awesome!!!!

Air yang jernih.

Rasa nak terjun tiruk je.
Kalau tau... tentu nak mandi kat sini.

Suka sangat pic CikWada ni.. very fotogenik dengan view yang cantik.

Hijau biru.

Lautan nan luas.

 Boleh berbuai2 sambil menikmati panorama.

 Di sebalik batuan yang merupakan batu2 karang.

Nak turun sini ikut lauan tangga.
Bersih kawasan ni.
Ada juga kambing2 lepas bebas di sini.

Tuesday, October 29, 2019

4D3N Aceh & Pulau Sabang - Day 1 : I Love Sabang & Freddie Hotel

1st stop yang Pak Muklis bawa.
Sign I love  Sabang.

Cuaca yang sangat cerah.

Minta supir ambilkan gambar.

Cantik sangat view. Ini kena naik tangga ya untuk dapatkan spot yang cantik.
Oh ya... bila turun Cik Wada belanja aiskrim. Agak manis.

Sekali lagi. Dari tepi pula.
Sebab takde orang... ambil lah gambar beribu2 kali pun.

Lepas tu Pak Muklis bawa kami lunch dahulu.

Perut dah kenyang baru lah check in di Freddie yang terletak di Pantai Sumur 3.

View dari tangga nak ke Freddie.
Kalau ini pun dah cantik.. nikmat apa lagi yang harus ku dustakan.
Subhanallah.


Sempat lagi posing.. ni nak naik teruskan perjalanan setelah rehat sebentar.

View dari beranda depan bilik kami. Cantik sangat.


Kononnya nak tengok sunset tapi matahari dah terlindung dek awan.

Nanti ibu post gambar2 di sekitar Freddie.




Monday, October 28, 2019

4D3N - Aceh & Sabang - Day 1 : Hari Ketibaan

Plan untuk ke Aceh seawal bulan Febuari 2019.
Tiket pun beli asing2.. Cik Wada lah yang suggest. Ibu ikut je sebab tak pernah ke sana.

Seawal jam 4.15 am kami gerak ke KLIA2. Naik grab Cikawie..  laju cikawie bawak.. 150kmsj.. pitam
1/2 jam dah sampai
Fuhhh sib baik ibu tak tengok meter.


Muka excited.
Sampai2 self checkin... terkial2 juga cikfatin daftar bagasi. Ibu lagi lah fail.. selalu ayah yang buat hahaha..
Cikwada je check in di kaunter sebab ada infant.

Lepas check in ada masa minum di Mc D.
Lepas tu solat subuh.
Here we go... hot seat you....
Cikfatin jeles tahap cimpanzi hahhaha
Dah la kena duduk seat belakang sekali.
Dapat food pun dah nak sampai..
Langsung ditapau sahaja.

Sebab tak selalu kan naik kapal terbang, jadi perlu lah ambil pic makanan.. sedap ni.. Wafi makan nasi lemak Pak Nasser tapi tak habis sebab dah makan McD sebelum tu.

Awan yang indah.
Flight jam 7.30 am
1 jam 30 minit
Waktu Aceh lewat 1 jam
Jadi kami sampai 8.00 am waktu tempatan.

Sudah sampai... ikut laluan foreigner ya.
Ramai juga tourist dari Malaysia.

Sementara tunggu supir.. kita take photo.
Binaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda bercirikan Islam.

Selepas itu supir yang disediakan oleh agen, Fauzan Ihsan iaitu Ibnu, bawa kami ke Pelabuhan Ulee Lheue (sebutan ulele) menuju ke Pulau Sabang @ Pulau Weh.
Sabang tu adalah pekan.
Tiket semua dah termasuk dalam pakej.
Tak perlu pening2 kepala.

Kami naik feri express dalam 45 minit sudah sampai.
Dewasa Rp80,000 manakala kanak2 Rp70,000

Wafi senyum je bila dah sampai.. sebelum tu tidur.

Hoyayyyyy...
Mari kita mulakan percutian!!

Sampai di Sabang, kami dijemput pula oleh supir Pak Muklis. Juga diatur oleh agen.

Tuesday, October 22, 2019

Holiday mood🥰

Can't wait!

Saturday, October 19, 2019

Samsung lagi!

Hoyayy hoyayyy
Hari ni update blog dengan hp baru hahaha... sangat riak🤣🤣

Plan awalnya nak ambik pakej umobile dan Huawei Nova 5T atau Samsung A50
Sekali pergi ke centre di SCM yang ada cuma hp Oppo.

Tak jadi lah.

Cari lah kat kedai Sentriq. Lama lah dok membelek2 sambil kira duit yang ada.. haha

Final selection Huawei Nova 5T atau Samsung A50

Inilah hasilnya.. Samsung A50
Harga RM1,199, ada rebate RM100
So bayar RM1,099

Rasanya hp ibu asyik Samsung je. Core kemudian J30 Pro.. sebelum tu dah tak ingat😬😬😬
Nak tukar brand lain tapi budget tak lebih..
Biasanya range ibu RM500 to RM800 je.

Kali ni over plak.. itu pun last minute plan..

Harap2 Cik Wada tak mengata ibu lagi...
Baru lah gambar cantik bila update blog😁😁😁

Thursday, October 10, 2019

YLEO - Tambah Cedarwood & Clarity

Alhamdulillah.. belian bulan ini.
Ehh.. ada yang beli sebulan lepas tapi tak sempat ambil dari Teacher Watie.
Sepatutnya ambil esok Jumaat malam sekali hantar ayah di Klang Sentral.
Lepas maghrib Teacher Watie call yang dia baru teringat akan ke Melaka jumaat tengahari tu.

Bergegas ler ke McD Klang Sentral. Baru nak keluar rumah, Teacher Watie bagitau dah sampai.. berdesup lah bawak kereta dalam 10 minit😀😀

Cedarwood dan Clarity essential oil yang baru nak cuba, minta advise dari teacher.. purposely untuk Kawi yang dalam minggu exam.

Semoga semua EO ini akan memberi manfaat dengan izinNya.

Oh ya... sebab PV lebih 100 maka ibu entitle untuk dapat 1 free gift berupa Spearmint 5ml.
Seronokkan😁😁
Spearmint ni kalai sapu lepas2 lunch memang segar sangat.. satu ofis boleh bau.