Pages

Monday, October 28, 2019

4D3N - Aceh & Sabang - Day 1 : Hari Ketibaan

Plan untuk ke Aceh seawal bulan Febuari 2019.
Tiket pun beli asing2.. Cik Wada lah yang suggest. Ibu ikut je sebab tak pernah ke sana.

Seawal jam 4.15 am kami gerak ke KLIA2. Naik grab Cikawie..  laju cikawie bawak.. 150kmsj.. pitam
1/2 jam dah sampai
Fuhhh sib baik ibu tak tengok meter.


Muka excited.
Sampai2 self checkin... terkial2 juga cikfatin daftar bagasi. Ibu lagi lah fail.. selalu ayah yang buat hahaha..
Cikwada je check in di kaunter sebab ada infant.

Lepas check in ada masa minum di Mc D.
Lepas tu solat subuh.
Here we go... hot seat you....
Cikfatin jeles tahap cimpanzi hahhaha
Dah la kena duduk seat belakang sekali.
Dapat food pun dah nak sampai..
Langsung ditapau sahaja.

Sebab tak selalu kan naik kapal terbang, jadi perlu lah ambil pic makanan.. sedap ni.. Wafi makan nasi lemak Pak Nasser tapi tak habis sebab dah makan McD sebelum tu.

Awan yang indah.
Flight jam 7.30 am
1 jam 30 minit
Waktu Aceh lewat 1 jam
Jadi kami sampai 8.00 am waktu tempatan.

Sudah sampai... ikut laluan foreigner ya.
Ramai juga tourist dari Malaysia.

Sementara tunggu supir.. kita take photo.
Binaan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda bercirikan Islam.

Selepas itu supir yang disediakan oleh agen, Fauzan Ihsan iaitu Ibnu, bawa kami ke Pelabuhan Ulee Lheue (sebutan ulele) menuju ke Pulau Sabang @ Pulau Weh.
Sabang tu adalah pekan.
Tiket semua dah termasuk dalam pakej.
Tak perlu pening2 kepala.

Kami naik feri express dalam 45 minit sudah sampai.
Dewasa Rp80,000 manakala kanak2 Rp70,000

Wafi senyum je bila dah sampai.. sebelum tu tidur.

Hoyayyyyy...
Mari kita mulakan percutian!!

Sampai di Sabang, kami dijemput pula oleh supir Pak Muklis. Juga diatur oleh agen.

1 comment:

  1. numpang promote ya min ^^
    Bosan tidak tahu mau mengerjakan apa pada saat santai, ayo segera uji keberuntungan kalian
    hanya di D*E*W*A*P*K
    dengan hanya minimal deposit 10.000 kalian bisa memenangkan uang jutaan rupiah
    dapatkan juga bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% :)

    ReplyDelete