Ini pula dikongsi oleh schoolmate ibu, Wazlina. Beliau akan baca whatsapp dan ringkaskan apa yang anak beliau perlu lakukan pada hari tersebut.
Pages
Sunday, January 31, 2021
Checklist semasa PDPR
Ini pula dikongsi oleh schoolmate ibu, Wazlina. Beliau akan baca whatsapp dan ringkaskan apa yang anak beliau perlu lakukan pada hari tersebut.
Saturday, January 30, 2021
Sapu-sapu
Nak sapu rumah sendiri takde daun sangat sebab pokok kelapa je ada.
Thursday, January 28, 2021
Pesanan daripada doktor muda
Malam tadi ada tanya bila boleg makan vitamin ni.. ibu kata bila-bila pun boleh asalkan sekali sehari. Since Wafi makan malam so dia tulislah sebelum tidurπππ
Comellah awak ni.
Beli vitamin ni pun asal teringat baru beli. Masa mereka kecil-kecil dulu rajinlah membeli untuk kuatkan sistem imun.
Ada baca tablet-tablet ni adalah makanan tambahan je. Kalau kita setiap hari dapat keperluan vitamin yang mencukupi, tak perlu pun suppliment. Buah-buahan yang sangat kaya dengan vitamin C antaranya seperti jambu batu dan oren tapi since anak-anak kurang makan kita supply je lah dengan tablet ni.
Sunday, January 24, 2021
Roti Popcorn
Roti Popcorn
Bahan-bahan
1. 3 keping Roti putih potong dadu
2. 2 SB Margerin/mentega
3. 1/2 cawan Susu full cream
4. 2 SB Madu
Cara-cara
1. Panaskan kuali
2. Masukkan roti dan kacau bagi agak garing.
3. Masukkan mentega kacau-kacau dan masukkan susu.
4. Tambahkan madu dan kacau hingga rata dan agak garing.
5. Since kegaringan tak seperti diharapkan, maka ibu minta Wafi masukkan dalam.air fryer 180, 5 minit.
Ini spesis yang tak garing sebelum masuk AF.Ibu lagi suka camni...ala2 roti bakar je.
Since tak pernah makan roti popcorn macamana, bila dah masuk AF dah jadi macam biskut pula.
Masa Wafi masak kali kedua, mungkin kurang madu jadi hasilnya kurang manis. Lepas keluarkan dari AF dan suam sikit, tabur pula gula ising. Rasa dah sedap.
Wafi bawa ke rumah nenek nak jamu the cousins. Katanya mula2 diorang macam buat-buat tak tahu tapi bila Angah kata sedap barulah yang lain makan. Ada rasa gembira di hatinya.
Saturday, January 23, 2021
PDPR & WFH & UNIFI
Inilah situasi sekarang ini untuk sesetengah keluarga.
Kat rumah ni abang dan kakak masing2 study di bilik sendiri.
Wafi je kat meja dining sebab situ lebih terang. Ayah di iron/sewing area.. apa yang best sangat tempat tu tak taulah.
Kalau ibu WFH, ada working station sendiri.
Sekarang yang paling penting adalah capaian wifi yang laju baru boleh GM, GC atau zoom tanpa gangguan.
Tq to UNIFI.
Tq Telekom.
Semoga lebih ramai orang dapat manfaat.
Covid... please go away!
Wednesday, January 20, 2021
Sesi Persekolahan 2021
Hari ni pelajar-pelajar selain Tingkatan 5 dan 6 memulakan sesi persekolahan dengan norma baru. Disebabkan covid19 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah secara fizikal. Belajar secara online. Tahun 2020 hanya beberapa bulan je masuk sekolah.
Ada kelas yang dijalankan secara google meet dan ada juga secara offline. Jika secara offline pelajar diminta merujuk pada video yang disediakan kemudian salin nota atau jawab soalan yang disediakan.
Mujur ayah WFH dapatlah tengok-tengok Wafi.Saturday, January 16, 2021
Phillips SpeedPro Max Aqua Cordless Vacuum
Fuhhhh... good service.
Lepas isyak terus unboxing. Terus testing vakuum karpet Ikea 2 helai. Masa sampai batteri ada 40%Vakum bawah meja... lampu tu sangat membantu. Ada 3 speed ya... 1, 2 dan turbo. Lagi tinggi speed digunakan lagi cepatlah bateri tu habis. Vakum je lah mana yang dapat sampai habis bateri. |
Thursday, January 14, 2021
Kek Coklat Moist Kukus
Saturday, January 9, 2021
Alfatihah
Semoga atuk tenang di sana.
Alfatihah.
Tabung Seronok 2020
Monday, January 4, 2021
Ulangtahun ke 48
Tq ayah.