Tujuan tabung ni untuk kegunaan beli peralatan sekolah dan yuran Wafi since kakak dan abang punya yuran dibayar pada bulan yang berlainan.
Tabung ini ibu namakan Tabung Seronok sebab duit yang disimpan dalam ni secara "gembira" setiap bulan dan memang sudah tahu tujuannya. Kali ini ibu memilih jenis simpanan 10, 10 iaitu simpan dengan gandaan RM10 setiap bulan (lihat gambar). Pada bulan pertama RM10, bulan kedua RM20 dan seterusnya sampai bulan duabelas iaitu RM120. Jadi pada akhir tahun jumlah simpanan ialah RM780.00
Pada tahun sebelumnya, 2019 ibu pilih cara Tabung 52 minggu dimana setiap minggu akan masukkan jumlah ikut minggu. Minggu pertama RM1, minggu kedua RM2, minggu ketiga RM3 sehinggalah pada minggu ke lima puluh dua iaitu RM52. Jadi jumlah kutipan pada akhir tahun sebanyak RM1,378.00. Jadi duit yang terkumpul selain beli peralatan sekolah dan yuran, dapatlah ibu topup untuk perbelanjaan semasa cuti-cuti Shohari Clan ke Perak akhir tahun lepas.
Untuk tahun ini ibu ada pilih kaedah yang berbeza iaitu tabung bulanan RM20, RM50 dan RM100.
Kemudian akan masukkan entry tabung seronok ini.
Tabung macam ini senang juga sebab kita ada simpan tunai segera selain komitmen bulanan yang biasa kita buat contohnya simpanan di Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera atau mana-mana institusi kewangan. Kalau terpakai sebab kekurangan tunai, topup/isikan semula dan pastikan kita commit dengan apa yang kita rancang. Mungkin jumlah simpanan tunai cara ini tidak banyak tapi percayalah... ia sangat membantu.
Selamat menabung!
No comments:
Post a Comment