Pages

Sunday, February 28, 2021

RBT Tahun 5 : Alas Tali Pinggang Keledar

 Beberapa hari lepas Wafi ada tunjuk latihan Rekabentuk Teknologi & Bentuk (RBT) yang perlu diselesaikan. Baca sekali dah pening kepala... makaihhhhhhh.... agak rumit... Wafi belum pandai jahit guna mesin jahit... jahit tangan boleh lah sikit2. Relax dulu...

Ini pula bahan2 yang diperlukan.. oklah... ibu beli semalam lepas balik ofis . Malam tadi minta Wafi buat.. sekali dia kata.. perlu fabrik, span nipis dan beberapa bahan lain...

Agak menyirap lah juga sebab tak bagi list penuh.. Wafi kata takpe minta ayah beli... whatsapp... ayah kata esok ayah beli kat SCM.

Krik.... krik

Ibu like WHATTTTT

Ayah ni tau ke kat mana nak beli.. main sebut je.

Pagi ni balik jogging singgah rumah nenek cari kain dan renda... mana yang ada je lah.

Bahan yang lain kena juga cari di kedai. Sekali kena beli span nipis 2m... nak pakai sikit je pun. Takde yang kecik pasrah je lah.. RM13.50😖😖😖

Ibu sampai terus buat jam 12 tadi.

Wafi sedang buat tracing.. pakai je kertas lukisan.. ibu takmo beli brown paper.. guna sikit je pun. Ibu tolonglah mana yang patut. Terkial2 juga Wafi nak guna gunting fabrik.

Ibu tolong jahitkan guna mesin.. tak berani lagi bagi Wafi guna... insyaallah ibu belikan mesin jahit mini nanti.. buat2 belajar.

Siap dah..
Banyak kali lah Wafi say thank you tolong jahitkan.
Lainkali kena buat sendiri.
Tak selamanya kena bergantung dengan orang lain. Kena belajar.

Fuhhh... lepas ni apa lagi aktiviti kena buat.. ibu cuak.
Ibu belek2 isi buku ni... fuhhhhhh...
Banyak lagi aktiviti.
Semoga bertabah🤭


Saturday, February 27, 2021

Makan-makan Bersama Officemate

Impromtu je ni bila Zetty dan Sal ajak makan kat Mr Dakgalbi. Ajak mana-mana yang nak join. Mereka cakap sempena nak battle for closing next month. 5hb tu...... harap masih bernyawa😖

Rahmat, Habib dan Mei.

Satu meja 4 orang sahaja.

Kami ambil set ni RM129.00 termasuk service tax. Meja ni ibu belanja... ada rezeki kita kongsi.

Lobak putih ni memang favourite.

Amy, Sal, Zetty dan adiknya di meja sebelah.


Ini set yang mereka ambil. Since PKP masakan dimasuk di dapur mereka dan hanya hidang makanan siap atas meja. Social distancing.

Since kami pun keluar ofis jam 12.30 dan dapat meja cepat, by 2 pm dah selesai. Takleh nak lepak lama2 di musim pendamik ni. 

Semoga dapat keluar lagi lepas ini.

Release tension.

Nak keluar parking pun berpusing-pusing since hanya beberapa level je yang dibuka.

Kat luar masyaallah... panasnya.. minggu depan bertabahlah ya anak-anak nak sekolah. Singgah 99 Speedmart beli barang dapur sikit.. terus shoot balik.


Monday, February 22, 2021

Kehilangan besar buat syarikat

Seawal jam 5.45 am Ahad 21.2.21 menerima perkhabaran Operation Manager UVISB Mr Sabapathy, telah meninggal dunia kerana serangan jantung.

Bendera syarikat dikibarkan separuh tiang.

Leader yang cukup dihormati dan disenangi oleh semua.

Sekitar jam 1 pm, sebelum dibawa ke cremation, van yang membawa mendiang lalu di hadapan kilang dan mendiang diberi penghormatan terakhir oleh warga UI.

Pilu.

May your soul rest in peace❤

Saturday, February 13, 2021

YL : Diamond Diffuser

Alhamdulillah tiap2 bulan ada rezeki buat Essential Reward (ER) dengan pembelian 100 PV.

Tiap2 bulan juga rasa teruja bila parcel sampai. Order 2.2.2021 dan sampai pada 11.2.2021. Walau agak lewat tapi ok je sebab expected to be delayed during the MCO.


Bulan ni ada set Diamond Diffuser + Joy (RM550) atau Diamond Diffuser + Frank (RM500). 

Since nak cukupkan 100 PV tambahlah Melaleuca + Hand Sanitiser. Sebenarnya tambah sikit lagi untuk 120 PV jadi boleh dapat free Jade Lemon. Sebab ticer tak perasan jadi termissed 120 PV tu. 



Inilah dia DD yang boleh bertukar2 kaler juga. Joy pula bau bunga-bungaan. Sedap sangat. Boleh buat perfume juga.

Ini diffuser yang ke 6 selepas Dewdrop, Dessert Mist, Owl, Lantern dan Snowy Owl. 

Addicted plak dengan diffuser2 ni. Masih belum tercapai Aria dan Car diffuser. Insyaallah soon. Moga ada rezeki.

Alhamdulillah.

Friday, February 12, 2021

YL Journey : Business Plan For Beginners Part 1

Assalamualaikum wbt.

Dah lama rupanya tak menulis. Memang takde mood sangat sebab balik kerja dah lewat. Balik rumah pun sambung lagi kerja. Badan dan emosi sangat letih. Insyaallah ada perancangan yang lebih baik untuk masa depan.

Semoga Allah permudahkan.

Sempena cuti Tahun Baharu Cina dimanfaatkan dengan join kelas Business Plan For Beginners Part 1 dari Ticer Watie. Jadi yang join ni dari distributor sehingga silver level. Full class, 500 participant.

Print siap2 tapi ada part last yang tak nampak sebab cartridge nak habis adoiiii.. kesan dari PDPR lah ni.

Cik Wada pun join.. insyaallah akan jadi Businesswoman yang success soon.

Walau dah RCD ticer masih komited bantu anak-anak buah.

Tq ticer atas ilmu yang diberi.

4 hrs non stop from 10.30 am to 2.30 pm

Banyak lagi kena belajar ni.