Pages

Saturday, February 27, 2021

Makan-makan Bersama Officemate

Impromtu je ni bila Zetty dan Sal ajak makan kat Mr Dakgalbi. Ajak mana-mana yang nak join. Mereka cakap sempena nak battle for closing next month. 5hb tu...... harap masih bernyawa😖

Rahmat, Habib dan Mei.

Satu meja 4 orang sahaja.

Kami ambil set ni RM129.00 termasuk service tax. Meja ni ibu belanja... ada rezeki kita kongsi.

Lobak putih ni memang favourite.

Amy, Sal, Zetty dan adiknya di meja sebelah.


Ini set yang mereka ambil. Since PKP masakan dimasuk di dapur mereka dan hanya hidang makanan siap atas meja. Social distancing.

Since kami pun keluar ofis jam 12.30 dan dapat meja cepat, by 2 pm dah selesai. Takleh nak lepak lama2 di musim pendamik ni. 

Semoga dapat keluar lagi lepas ini.

Release tension.

Nak keluar parking pun berpusing-pusing since hanya beberapa level je yang dibuka.

Kat luar masyaallah... panasnya.. minggu depan bertabahlah ya anak-anak nak sekolah. Singgah 99 Speedmart beli barang dapur sikit.. terus shoot balik.


No comments:

Post a Comment