Pages

Monday, June 16, 2025

Mee Goreng Daging Style Suria Amanda

Akhirnya petang tadi dapat juga masak mee goreng daging. Mana boleh tahan bila Suria Amanda asyik up je😁. Kebetulan kat rumah masih ada daging korban dan hari ni puasa, tahap inginnya tu tak boleh ditahan😅

Ibu minta Kak Widad prep bahan dulu, balik kerja ibu beli mee kuning, pak choy dan taugeh. Siap masak ngam² masuk waktu Maghrib.

Resepi mee goreng daging style SA ambil di sini.

Sunday, June 15, 2025

Rindu Mama....

Terkejut pagi ini dengar handphone vibrating. Semalam masa nak jumpa doktor ibu vibratekan dan lupa plak nak setting semula. Malam tadi tidur tak letak handphone atas almari. Mujur juga... kalau tak mesti termissed panggilan Wafi.

Ini kali kedua Wafi call ibu awal pagi. Pertama kali masa awal² masuk asrama. Masa tu call pagi² merayu² soh ambil.

Pagi ni bila ibu check jam, baru jam 6 pagi. Wafi call sebelum masuk surau. Selalu risau bila ada panggilan di awal waktu tak kira dari sesiapa pun.

Ma....

Ye Fi, kenapa call pagi² ni. 

Kita rindu mama.... 

Ibu dengar suara esakan di hujung talian dan suara Wafi sebak.

Allahu...

Ibu pun rindu awak sangat².

Saturday, June 14, 2025

Teracun Dengan Ezzah Haris | Pensonic Induction Cooker | Redchef | Serbuk Niigata

Semenjak ibu follow page FB Ezzah Haris, ada 3 benda yang berkenan dan beli. EH ni kerap up video masak² dan nampak semua masakannya sedap dan nampak mudah. Biasalah bila masak tu adalah beliau tunjuk perkakasan memasaknya juga bahan yang digunakan.

Ini yang ibu TERBELI.

Pensonic Induction Cooker

Harga beli.

Merayap Dengan Anak² Buah

Dari semalam dah plan dengan Kak Widad nak jalan² di SCM sebab ada perkara di ofis yang membuatkan ibu down sangat. Kunun nak healing² lah tenangkan fikiran.

Kak Widad plak rindu kat Dina, jemput dia dulu. Kebetulan Cik Baya baru keguguran pagi tadi. Bolehlah Cik Baya berehat dulu kalau tak penat jawab pertanyaan si Dina yang adiknya tak jadi lahir.

Mujurlah mereka sejenis yang behave. Lamalah menunggu kat kedai emas.

Jual Beli Emas Di Habib Jewels

Masa nak raya puasa ritu Kak Widad ada cakap teringin nak rantai tangan lain. Ibu minta tangguh dulu lah, ada rezeki lebih boleh beli. Boleh juga nak trade-in yang lama tapi masa tu belum ada mood nak beli. Malam tadi ibu godek² emas yang rasa dah taknak pakai, cari sekali resit.

Petang tadi ke Habib Jewels Setia City Mall. Sampai² minta Kak Widad pilih dulu rantai tangan yang dia berkenan. Bagi lah range berapa karang dia belasah 50g pitam ibu🤣

Ini emas hiasan yang ibu nak trade in. Agaknya ibu takde jodoh pakai rantai leher, asyik gatal je. Itupun pakai masa raya buat manis².. tapi pakai sekejap je.

BW | Nasi Kerabu | Dentist

Rutin briskwalk Sabtu pagi di tasik Puncak Bestari. Jam 7 am mula berjalan. Ada 3 orang je masa tu. Dah lama tak pergi sini semenjak Dragonfly park dibuka. Nampak tak terjaga, rumput pun tidak dipotong. 

Hari ni ada peneman. Anak kucing ikut sambil mengiau².. pergi²... saya takde makanan. Anak kucing ni dengan mak dia, tak tau mana datang tapi nampak sihat dan bulu cantik.

Wednesday, June 11, 2025

Ulangtahun Kelahiran Wafi

Hari ini birthday Wafi yang ke 15.
Disebabkan birthdate jatuh pada hari sekolah, Ahad lepas kita siap-siap buat small celebration.
Wafi nak makan di Secret Recipe, jadi kita turutkan je lah. Pergi SR berhadapan Kulim Central.

Birthday girl pilih kek Choc Indulgence dan Caramel Creme Choc.
Ambil 2 slices makan kongsi².

Tuesday, June 10, 2025

Pernah Makan Otak Lembu?

Tolong jangan meremang baca tajuk😅

Kisahnya tadi otw balik dari ofis, ibu terima panggilan dari nenek. Nenek tanya nak daging tak... aihhh.. mestilah nak.. tak dapat lagi ni. 

Ni ambik kat rumah.

Nenek bagitau dapat dari masjid, surau dan kawan² bagi. Tahun ni nenek pun ambil bahagian korban juga.

Ada makanan tak? Lapar ni.

Ye ada.. ni tadi mak masak pepes otak.

OTAKKKK????

wowww.... eksotik!

Otak pun otaklah.. tinggal makan je, bukan suruh masak😅

Ibu rasa ini pertama kali nampak dan cuba makan. Cik Wada kata nenek pernah masak sebelum ni. Mungkin ibu tak sempatlah rasa masa tu.

Ini lah rupa pepes otak.
Nenek kata bubuh cili, bawang, daun kunyit, serai, garam... itu je lah yang ingat. Mungkin ada bahan lain.

Monday, June 9, 2025

Hantar Wafi

Hari ni awal sikit hantar Wafi. Pesan dah siap² pada Wafi nak hantar awal jadi tak adalah kami lewat sampai rumah. Wafi pun ok. Sebelum² ni lepas hantar barang masuk dorm, sejam jugalah dok dalam kereta lagi.

Sebelum sampai sekolah lunch dulu di medan selera Taman Ria. Kali ni Wafi takde nak minta macam² jadi takdelah singgah mall. Barang keperluan dah beli siap². Nak tapau nasi goreng pataya tak ada pulak goreng² hari ni. Mujur ada kiosk jual croffle, dapatlah bekalkan Wafi untuk makan² petang nanti.

Jam 1.45 pm, gerak keluar dari sekolah. 

Hari ni rasa down sikit bila baca berita kemalangan jalanraya pelajar UPSI. Sepanjang perjalanan hantar Wafi tadi asyik keluar berita, sambil baca sambil nangis. Tak tahan baca bila kita sendiri ada anak² yang juga sedang berjihad menuntut ilmu.

Allahu... 

Semoga semua mangsa yang meninggal dunia, Allah tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Manakala yang sedang cedera dan bertarung nyawa, Allah berikan kesembuhan.

Permudahkan juga urusan seluruh keluarga mangsa.
 

Sunday, June 8, 2025

Cousins Day Out

Kak Ain ajak adik² sepupu jalan² hari Khamis. Seronok lah si Wafi, Alma dan Adnin. Plan tu masa kat Bernam lagi. Kak Ain dah biasa naik LRT dengan kawan², bolehlah bawa adik² ke KL. Kalau Kak Widad setakat bawa kereta bolehlah, public transport tak pandai macam ibu kecuali bas.

Wafi share gambar². 
Gambar ni dah caca marba.. susah nak susun sebab guna HP.

Tak sure Kak Ain park kereta kat mana untuk naik LRT.

Cuti Sehari | Girls Day Out

Cerita 3/6/25, ibu ambil cuti kunun untuk rehat sehari selepas acara Family Day. 

Sambil tu bolehlah renew kad bank yang akan expire bulan Julai. Urusan hampir 30 minit baru siap. 

Sebelum balik beli breakfast dan kerepek pisang untuk Wafi. Balik dapatlah lelap mata.

Lepas solat Zohor hantar Wafi, Nayli dan Dania ke Setia City Mall. Depa berdua datang rumah.

Saturday, June 7, 2025

Salam Idul Adha

Kami dalam perjalanan balik kampung. Biasanya raya haji di Klang je, kali ni nak ziarah tokwan, ambil Kawi dan hantar Wafi, jadi sekali harung je lah.

Lepas Isyak semalam tolak dari rumah, overnight rumah ummi.

Disebabkan lepas solat sunat nak terus ke Kedah, kita sarapan dulu. Ini ummi sediakan juadah raya. Semua siap dah petang semalam.

Special edition mug ni sempena raya haji. Rasa ummi baru keluarkan semula. Tahun lepas kan depa gi haji.

Solat sunat dulu di Masjid Tapah.