Pages
Monday, June 16, 2025
Mee Goreng Daging Style Suria Amanda
Sunday, June 15, 2025
Rindu Mama....
Saturday, June 14, 2025
Teracun Dengan Ezzah Haris | Pensonic Induction Cooker | Redchef | Serbuk Niigata
Merayap Dengan Anak² Buah
Dari semalam dah plan dengan Kak Widad nak jalan² di SCM sebab ada perkara di ofis yang membuatkan ibu down sangat. Kunun nak healing² lah tenangkan fikiran.
Kak Widad plak rindu kat Dina, jemput dia dulu. Kebetulan Cik Baya baru keguguran pagi tadi. Bolehlah Cik Baya berehat dulu kalau tak penat jawab pertanyaan si Dina yang adiknya tak jadi lahir.
Mujurlah mereka sejenis yang behave. Lamalah menunggu kat kedai emas.
Jual Beli Emas Di Habib Jewels
BW | Nasi Kerabu | Dentist
Wednesday, June 11, 2025
Ulangtahun Kelahiran Wafi
Tuesday, June 10, 2025
Pernah Makan Otak Lembu?
Monday, June 9, 2025
Hantar Wafi
Sebelum sampai sekolah lunch dulu di medan selera Taman Ria. Kali ni Wafi takde nak minta macam² jadi takdelah singgah mall. Barang keperluan dah beli siap². Nak tapau nasi goreng pataya tak ada pulak goreng² hari ni. Mujur ada kiosk jual croffle, dapatlah bekalkan Wafi untuk makan² petang nanti.
Jam 1.45 pm, gerak keluar dari sekolah.
Hari ni rasa down sikit bila baca berita kemalangan jalanraya pelajar UPSI. Sepanjang perjalanan hantar Wafi tadi asyik keluar berita, sambil baca sambil nangis. Tak tahan baca bila kita sendiri ada anak² yang juga sedang berjihad menuntut ilmu.
Allahu...
Semoga semua mangsa yang meninggal dunia, Allah tempatkan di kalangan orang yang beriman.
Manakala yang sedang cedera dan bertarung nyawa, Allah berikan kesembuhan.
Permudahkan juga urusan seluruh keluarga mangsa.
Sunday, June 8, 2025
Cousins Day Out
Kak Ain ajak adik² sepupu jalan² hari Khamis. Seronok lah si Wafi, Alma dan Adnin. Plan tu masa kat Bernam lagi. Kak Ain dah biasa naik LRT dengan kawan², bolehlah bawa adik² ke KL. Kalau Kak Widad setakat bawa kereta bolehlah, public transport tak pandai macam ibu kecuali bas.
Wafi share gambar².Cuti Sehari | Girls Day Out
Saturday, June 7, 2025
Salam Idul Adha
Kami dalam perjalanan balik kampung. Biasanya raya haji di Klang je, kali ni nak ziarah tokwan, ambil Kawi dan hantar Wafi, jadi sekali harung je lah.
Lepas Isyak semalam tolak dari rumah, overnight rumah ummi.
Disebabkan lepas solat sunat nak terus ke Kedah, kita sarapan dulu. Ini ummi sediakan juadah raya. Semua siap dah petang semalam.Special edition mug ni sempena raya haji. Rasa ummi baru keluarkan semula. Tahun lepas kan depa gi haji.Solat sunat dulu di Masjid Tapah.