Pages

Saturday, April 19, 2025

Pusingan Kelayakan Kejohanan Kriket SBP

Baru semalam cikgu create grup whatsapp untuk penyokong team kriket sekolah (Perempuan). Parents lah yang join pun.  

FB page kriket sekolah ada tapi kat situ info selepas anak² dah habis main. Grup whatsapp yang baru ni dapatlah kami info perkembangan kriket anak². Juga berinteraksi dengan guru dan parents lain dalam memberi sokongan kepada anak².

Pasukan kriket sekolah Wafi.

Wafi kata dia reserve je kali ni... ehhh.. takpe lah..
Still menyumbang markah PAJSK kan.

Gambar² cikgu share pagi tadi.



Nampaklah Wafi kat belakang tu.



Wafi kata coach pakcik dari ASSAK (Alumni Sekolah Sains Kedah) ... sabar je lah.. panggil pakcik🫣

Pagi sekolah Wafi menentang Shah Pekan dan menang.

Ibu belajar sikit²lah camne nak nengok skor tu.
Bami kata kalau point banyak tu menanglah😅


Ni pula game sebelah petang. Start jam 2.30 pm

Sekolah Wafi menentang tuan rumah, BASIS.




Game petang pun sama.. menang tapi cikgu beritahu agak getir.

Syabas anak²!

Esok ada satu lagi game sebelah pagi. Lawan dengan KISAS.

All the best anak² semua💪💪💪

16 comments:

  1. All the best Wafi & teammates 💪🏻
    Sekolah Wafi ni sekolah arwah abg PH...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo laaa... kalau arwah abang PH ada mesti dah join ASSAK.
      Al-Fatihah buat arwah abang PH.

      Delete
  2. All the best Wafi & team.
    Masa sekolah menengah dulu, pernah stay back tak balik cuti. Cikgu minta jadi scorer untuk game cricket antara SBP.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhh.. kami ni baru nak belajar camne nak nengok skor tu hehe...

      Delete
  3. waaahhh all the best Wafi & team! teringat kriket team pakistan sbb sllu tngok scene cmtu dlm citer hindustan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. game paling lama.. sampai hitam dok tengak padang 😅

      Delete
  4. Kriket ni kalau dalam filem Bollywood tu cukup terkenal. Tak reti nak main kriket ni. Apa pun All the best untuk Wafi & team.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah Ezna... nengok dalam filem je🤣 Bukan sukan rakyat kat tempat kita.

      Delete
  5. All the best Wafi and teammates...suka kriket..zaman dulu main rounders...mcm tu kot sebutan dia..tapi main ala2 kampung la...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ya.. zaman akk pun main rounders gak.. kalau sekarang macam softball rasanya.

      Delete
  6. Replies
    1. Harapnya begitulah... nampak macam banyak game lagi.

      Delete
  7. Cricket ini saya sering baca di novel Enid blyton , salah satu olahraga yg sering dilakukan di boarding school Inggris. Tp tak terlalu familier di Indonesia. Agak mirip olahraga kasti juga saya lihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Malaysia pun tak terkenal... ni lebih kepada peringkat sekolah je.

      Delete
  8. Waaa hebat... All the best.... Moga merangkul kejayaan ...

    ReplyDelete