Pages

Saturday, November 19, 2011

Keputusan periksa secara online, SAPS

Dulu, masa zaman2 ibu sekolah rendah, peksa 2 kali jer.
Tengah tahun dan akhir tahun.
Tiap kali keputusan, wahhhh... cikgu akan sebut sapa dapat no. 1, 2 dsb.
Pastu bawak balik report card tunjuk kat mak abah.
Atok sign jerr sebab selalunyer keputusan elok jerr hehehe..
Ujian bulanan rasanyer takde.

Sekarang, ujian 2 kali setahun, exam 2 kali.
Untuk mid year punya keputusan, still kena datang ke sekolah sebab ada perbincangan guru-ibu bapa.
Bukanlah waktu ni jer baru nak bincang, sebab hari2 lain pun boleh kan.. cikgu.
Yang penting ada contact antara ibu bapa dan guru.
Kalau nak tunggu setengah hari perjumpaan tu memang tak cukup sebab ada ibu bapa yang bersesi temubual tu ambik masa 10-15 minit.
Lama tu, memandangkan ada 40 ibu/bapa.
Selalunyer ibu datang dekat2 nak last sebab kurang dah ibu bapa cuma yang kesian kat anak2 sebab kawan2 lain dah balik, resah gelisah menunggu.

Sekarang, result peksa takyah tunggu report card sebab kalau ditanya kat anak2 manjang jer dengan jawapan cikgu tak bagi lagi.
Sudah ada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Sebelum ni, ibu kena fotostat keputusan peksa abang imi ngan kak widad untuk buat perbandingan.
Sekarang since dah ada SAPS ni, boleh buat semakan secara direct.
Cumanyerr result monthly test takde la lagi pulak.
Cetak terus dan masuk dalam fail.

Hebat rasanyer.. semua hujung jari.
Tapikan... sebab ibu ni membesar secara 'manual', kalau tak pegang report card anak macam tak best la..
Yerlahhh... kalau report card tu adalah ulasan guru, tapi SAPS ni hanya memaparkan markah, %, gred & kedudukan murid.
Dah nama pun analysis markah.
Cam takde 'jiwa' la hehehe..
Cetakan pun cikgu guna yang sama cuma pastekan kat dalam report card yang sedia ada.
Wahhh.... memudahkan gak keje cikgu.
Apapun satu pencapaian dalam sistem pendidikan negara juga.
Cumanyer kalo ibu bapa yang tak berapa celik IT atau takde komputer lambat la plak terima maklumat.
Setiap perkara ada pros and cons.

Friday, November 18, 2011

Dodoilaaa dodoi...

Ni gambar2 Wafi masa demam minggu lepas..
Tido malam nak berbuai.
Ibu kena stay dulu sampai Wafi tido.
Takleh tinggal, nanti menjerit budak kecik ni.
Tau jerr kalo ada pergerakan.
Bau ibu kan...
Bila masuk dlm buai, kena senyap.. takmo nyanyi2.. zikir pun dalam hati je.. kalo sesaja ibu nak lontar suara pun, Wafi nangis huhu..
Nasib baik laa buai letrik, kalo idak mau lengan ibu ngan ayah jadi cam The Rock hehe...
Tapi walaupun berbuai, ibu ngan ayah tak lena tido sebab takut Wafi terbatuk dan muntah2..
Tu lagi susah sebab sure muntah sembur kat muka Wafi.
Bahaya takut Wafi takleh bernafas plak since muntah akan masuk ke hidung, telinga, mata dsb.




Semoga sihat2 yer sayang....

Tahniah Muhammad Imran!!!

Imran, dua dari kanan
Wahhhh... tahniah yerr Imran.
5A, gemok2 dalam tangan.
Hasil usaha yang tak berbelah bagi selama ni.
Sampai kurus ummi kerjakan..
Semoga menjadi inspirasi buat abang imi dan kakak widad.

Thursday, November 17, 2011

Orang tua2 cakap

Bila baby demam…

Demam nak besar…
Demam nak jalan…
Demam nak tumbuh gigi…
Demam nak merangkak…
..dan bermacam2 lagi laa andaian..

Bila Wafi baik dari demam yang on and off tu minggu lepas, baru ibu perasan yang dia tumbuh gigi geraham atas kiri dan kanan.
Agaknyer laa kot Wafi demam tu..

Sebab orang dewasa kalo nak tumbuh gigi geraham yg kat belakang sekali pun boleh bawak demam.
Ibu dulu masa keciknyer abang imi, terpaksa wat minor operation kat gusi sebab gigi paling belakang tumbuh.
Gusi tu tebal jadi susah gigi nak kuar.
Sebelum tu sakitnyerr… Allah je yang tahu.
Bila jumpa dentist, katanyer kat belakang sangat & gigi tu pun tak berapa guna utk mengunyah makanan, jadi jalan terbaek operate and buang.. adehhhh kalo tak silap atas bawah.. ke kiri kanan..
Masa tu seminggu nak raya..
Sebulan gak nak hilang kebas.. mulut pun mcm tak leh nak bukak luas2..


Alhamdulillah... Wafi minggu ni dah ceria balik.
Gelak2.. senyum2.. wat gaya tonggeng2 (adehhhh... nak tengok antoo ker!!)
Malam pun nak ngempeng ajerrr...
Minggu lepas masa demam asyik tunjuk buai jerr sbb nak berbuai..susu pun kurang.
Sampai bengkak breast ibu, adehhh.

Sekarang ibu ok jer walaupun mlm Wafi nak bergayut sbb lehh peluk2..
Badan memang sakit tapi tak kisah sangat.. yang penting Wafi sihat.

Monday, November 14, 2011

Syukur Alhamdulillah...

Pergi ke kedai membeli mami
Mami dibeli di kedai Siti
12 tahun perjalanan kami
Semoga Allah sentiasa merahmati
adehhh.. apesal ibu pegang seliper
kak widad nih!!!!!

Panggilan Ilahi pada tarikh yang istimewa

Salam takziah buat Zaleha Nordin (A'A) di atas pemergian suami, sahabat & kekasih, Ibrahim B. Hj Mohamed Nasir pada 11.11.11

foto sumber FB
Semoga arwah ditempatkan dikalangan mukmin2 dan dipelihara Allah s.w.t.
Al-Fatihah.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Ada apa pada tarikh yang cantik nih?

Wafi turns 17 months.
Alhamdulillah..

Kena jemur masa baby sbb jaundice.

Sepatutnyer kami bertolak ke Tapah mlm tadi, tido umah ummi dan pagi ni bercuti ke Cameron Highland.

Tapi... disebabkan Wafi tak sihat.. demam & batuk, cancel. (ayah : postphone kan)
Doktor advise untuk tak bawak Wafi ke tempat sejuk, takut kena jangkitan paru2.
Tokey Eight Mentigi Guesthouse kat CH pun cakap kat atas tengah musim hujan.
Abang imi pulak last minute baru cikgu cakap ada perlawanan sofbol kat Kajang.
Hari ni sampai esok.
Insya Allah inilah jalan yang terbaek..