Pages

Tuesday, August 14, 2012

Travelog Beijing

Beli buku ni masa Pesta Buku Selangor kat SACC Mall, Shah Alam.
Panduan 10 hari di Beijing, China jika travel tidak ikut travel agency.
Sebab kalau ikut travel agency mesti diorang dah siap2 plan kan.
Ada tempat2 yang boleh dilawati, restoran muslim yang boleh dikunjungi dan tips2 berguna.

Cover depan. Kalau tak silap harga RM22 tapi dapat diskaun hari tu jadi RM16.
Dalam, penuh gambar2 & informasi.
Pengalaman 3 orang penulis yang mengunjungi Beijing.

Salah seorangnya Uthaya Shankar.
Tu yang dapat signature masa kat pesta buku.

Selamat membaca!




Body Part Puzzle

Let's puzzle!!!
Am not sure whether Wafi match the part according to the shape, word or colour.
This puzzle has different shapes and colours and of course the body part.
Bought from Teacher Watie.






She can easily match them and mentioning the body part.
Later, she will put back the block to the rack as she know she won't get the 'isyu'.
Such a brilliant girl.
Love u sooo much.

Monday, August 6, 2012

Adnin Khadijah 3 Tahun

Adnin, sepupu rawiwa.
3 tahun dah.. besar dah.
Selalu kena buli ngan ayah.
Sekarang dah takmo dah datang umah kita sebab takut kena paksa tidur ngan ayah.
Mentang2-lah Adnin jenis yang pendiam asyik kena buli jer.
Sesekalidia lontarkan suara..makaihhh bergegar.

Potong kek masa buka puasa malam tadi.
Kena nyanyi lagu :

happy birthday to you...
selamat hari jadi...
Allah selamatkan kamu...

ikut style Wafi Hanani 
complete seperti yang dia selalu nyanyi kat sekolah.

 








perghhh... kenyang semua orang.
Alhamdulillah..

Sunday, August 5, 2012

Tahniah Datuk

Walaupun dapat pingat perak tapi Datuk Lee Chong Wei beri persembahan permainan yang terbaik!
Menang di set pertama, tewas di set ke dua dan ketiga 19-21
Sangat sengit sampai takut ibu nak tengok secara live.

Dok dengar dari bilik, cik wada, cik baya dan Bami yang dok terjerit2.



Setakat ni pingat ni jer yang dapat.
Oklah... ada dah Malaysia tersenarai dalam senarai pungutan pingat.
TAHNIAH MALAYSIA.

Main2 di Setia Mall playground

Ni main2 lepas makan kat Setia City Mall.
Playground kat sini lain sket dari tempat lain.
Nampak moden.

Kerusi pusing

Wafi nak panjat


Anak ayah

Cepat goyang Kawi

Baik plak budak berdua ni

Goyang2

Ayah goyangkan

Rosak plak tempat syiling nih... telan lima posen

Apa ntah yg dimumblingkan tuh
Ok dah pukul sepuluh... jom balik!

Setelah sekian lama.....

Inilah biskut yang pertama setelah mungkin 30 tahun ibu tak buat adunan biskut.
Sebenarnya ibu sangat fobia dan marah bila orang soh buat biskut.
yelah ... dulu masa ibu sekolah rendah pernah cuba buat biskut coklat kalau tak silap.
Ambil resepi dari buku.
Nyah ko.... masa dibakar tu keluar buih2... bau bolah tahan sedap.
Bila dah sejuk nak makan, keras macam batu. Campak kasi ayam makan. 
Ayam pun jilat jer larikan diri.
Lepas tu ibu langsung tak pernah  teringin nak buat biskut lagi.
Sampai sekarang ibu masih ingat yang biskut tu guna 6 biji telur.
Bila pikir2 macam nak buat kek ko!
Sebab bila ibu tengok2 resepi2 buat biskut cam guna sebiji telur jer..
Hurrmmmm... nasib lah ko biskut.

Tapi sejak rajin belek3 blog masakan, tetiba hati ni terdetik nak buat.
Cari mana yang senang dan teringin nak makan.
Maka jadilah biskut dahlia ni.
Biskut orang lama... masa kecik2 suka makan.

Masa tengah bakar tu, anak2 sibuk keluar masuk dapur sebab tak menahan bau harum dia.
Bakar pulak waktu malam minggu lepas sebab ibu takleh solat masa tu
Buat setengah adunan jer sebab takut pisang berbuah dua kali.
Adunan bakar pertama ala geseng sket sebab masih tak pandai kontrol oven.
Maklumlerr oven baru hehehe...
Dapatlah 70 biji dan Bami, Kawi, Wafi juga ayah dah makan.
Yang tinggal tak sampai setengah balang , lebih separuh dah masuk perut.
Takpelah... yang penting anak2 suka.
Nak ulang ermmm.. tak taulah..

Saturday, August 4, 2012

Cerita seminggu

Alhamdulillah.. hari ke 15 kita berpuasa.
Dah 15 hari juga kita bersahur dan akan berbuka petang nih.
Sahur tetiap hari ibu masak. Takde re-heat makanan berbuka sebab kalau masak atau beli untuk berbuka memang cukup2 takde berlebihan.
Menu yang bertukar2 cuma masakan yang sama.
Ikan @ ayam-goreng
Sardin-masak kicap berkuah
Telur mata @ dadar-goreng
Sotong @ udang-sambal tak pedas dan berkuah
Sayur tak kisah-bening

Tu je lahhh.. sampai rasa dah tak berapa nak telan.
Nak masak pelik2 pagi2 takut perut anak2 tak dapat terima.
Sayur bening pun ambik kuah jer.. sayur tu tengok sayur gak kalau anak2 nak makan.
Jadinya pinggan anak2 hanya ada nasi putih, kuah bening & lauk. ermmmmm...

Masa berbuka, masak best sket. Nasi minyak ker, nasi tomato @ nasi carrot.
Alahhh... belasah jer.. janji ada kaler2 dan perasa sket.
Masakkan lauk ayam, udang @ sotong sambal tak berapa pedas, 2 pinggan pun boleh anak2 makan.
Kenkadang beli jer lauk sampai tak tau nak beli apa hehehe..
Anak2 takde cerewet makan.. Asal ada nasi dan lauk, jalan...
Kuih muih takde pun tak kisah.
Ibu pun sama, buka mesti nasi... takde ringan2.. yang ringan tu kalau perut masih terima baru makan.
Mungkin dah dari kecik makan berat jadi takdelah istilah perut ketat.. kantung besar maaaa.. hehehe...

ok.. hari ni sabtu bekerja 1/2 day.
ada banyak perkara terjadi kat ofis.
1. annual inreament & back pay-lunaskan belanja anak2 makan
2. annual bonus hanya sebulan jer.. another performance bonus carry forward tu April next year.
3. beberapa rakan assistant manager & manager dah renew resume and draft tender letter due to not satisfy with the increament.
4. one of department yg ibu handle not showing good performance and ibu rasa dah tak seronok to continue here.
5. bila boss keep on pressing on multi-tasking, lots of SOP to be done and etc.

sabarlah... tunggu sket masa lagi..