Pages

Saturday, September 8, 2012

Kenduri kahwin mak ngah

Kawi n Wafi di hari akad nikah. Ni dah petang sangat.

Kawi dan ratu sehari, mak ngah aka Shasila, adik ayah yang kedua. Anggun kan...

 Bami ni dah sama tinggi ngan makngah.
Wafi tu kan.. bila dah penat nak tengok kamera pun tak nak!

Thursday, September 6, 2012

Hamper raya

Biasalah... kalau ada hari raya ada lah hamper raya.
Dapatlah hamper gedabak dari one of supplier.
Ala... stail hamper yang lucky draw tu.
Kemain tinggi lagi. Adalah dalam 3 kaki. Ingat harga dalam RM300.
Dapat masa puasa hari tu dan baru bukak tadi.
Kotak kemain hebat.
Bila bukak kotak bagai.. kumpulkan semua alahai...... bakul dia pun tak penuh.

Pandai lahhh orang yang buat packaging huh...
Dalam, setoet jer..

Tu yang bila company bagi hamper raya, cari yang ada ciri2 hari raya..
Ala... cam ada bakul, kuih2 raya, dan nampaklah dia benda bagai.
Biar puas hati!

Dah orang bagi... ambik jer lah..

Wednesday, September 5, 2012

Adik abang.

Rahimi dan Wafi.
Dua beradik yang very the kamceng.
Dua2 sesama lasak.. si abang boleh jer bergusti ngan si adik.
Ada2 jer kerenah dua orang ni.
Bila ditanya pada Wafi mana kakak?
Kakak takde.. kakak kat sini, sambil tunjuk gambar kat belakang dia.
Padahal kakak dia awal2 lagi dah tidur.
Pastu bila si kakak nampak gambar ni.. dia sedih apesal dia takde.
Hekelllehhhhh... tu ler suka nau tidur kan dah takde gambar.

Layan jer ler ini gambar....




opssss... sudah habiss dahhhh....

Wednesday, August 29, 2012

Singgah main!

Kalau dah start duduk dalam kereta camni jenuh nak mengajak balik.
Sekarang sekali naik 50 sen.
Kenkadang just duduk jer without masukkan syiling sebab takde.
Malas nak menukar2 duit.
Duduk je berangan kat dalam tu Wafi yer!








Ok.... jom balik!

Monday, August 27, 2012

Cerita 1 Syawal

Kat rumah lagi. Bami bersiap2, kami bertiga dah standby dulu.

Keluarga rawiwa & atuk nenek. Keluarga cik elis plak (sori arrr gambar goyang, pakai hp jer)
 
Keluarga rawiwa lagi!, ummi sekeluarga plak ambik tempat.

 The cucus..

 Rombongan cik Kiah ke rumah buyot. Ummi ngan ayah abang mamat macam pengantin baru. Cik Biela dan cik Wada bawak beg besar sebab perasan dapat duit raya banyak. Satu lagi sebab, sebabnya tahun ni diorang dah kerja sementara jadi dapatlah anak2 buah merasa duit raya yeayyy!!!!

 Ni kat rumah buyot. Tiang seri tu... jangan main2. Tahun ni takde keluarga yang sedondon ngan warna tiang seri!

 Kat rumah arwah buyot melah



Ni kat rumah atok usu @ atuk kura2... sebab rumah ni jer yang bela kura2, tu yang Bami ngan Kawi ingat. Skip gambar beraya kat rumah atuk long, atuk Munir @ atuk ikan keli (sebab atuk ni bela ikan keli hehehe), nenek Timah dan nenek Masi.

Raya bersambung selepas maghrib. Yang ni kat rumah buyot pura.
Alahai Wafi, dok mencangkung plak masa dok sesi bersalam-salaman @ beri duit raya.
Si Alma tak habis ngan gajet dia walaupun tak berbateri.


Cik Biela, ibu, Kawi & Wafi sedondon. Baju masa cik baya kawen.
Baru perasan tak cukup baju. Pakai jer mana yang ada.

Rumah terakhir. Nenak Ina. Lewat malam takpe sebab raya kan.. nenek ina tak halau punya!!
Balik malam fengsan...
Soknya lepas subuh semua terbongkang.

Saturday, August 18, 2012

Yeayyy esok raya!!!!

malam raya main bunga api
Alhamdulillah... sebulan kita berpuasa.
Ramadhan meninggalkan kita, Syawal mula menjelma.
Jumpa lagikah Ramadhan di tahun hadapan?

Malam ni cucu atuk berkumpul di rumah.
Keluarga Cik ujang, cik baya dan cik ami giliran beraya dengan keluarga sebelah sana.
Cam biasa, ummi sekeluarga akan beraya di Klang.
Kami beraya di sini dulu sebab nanti kan mak ngah rawiwa nak kahwin raya ke-5, jadinya raya ke-3 baru pulang ke Kulim.

Nenek dah siapkan lontong, sambal kacang dan ayam kicap.
Siap untuk munjung petang tadi.
Cik nora wat paru sambal, cik elis wat rendang daging,ummi plak dengan lemang dari Tapah.
Esok pagi insyaallah ibu nak masak nasi hujan panas, sambal udang & acar.
Munjung untuk sedara mara esok juga.

Ok,nak balik rumah dulu, siapkan apa yang patut.

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
daripada rawiwa sekeluarga


Wednesday, August 15, 2012

Demam nak raya

Petang semalam ummi sms, badan Wafi panas, muntah masa tidur.
Mintak tuam dulu sementara ibu blm sampai.
Sampai rumah, bagi ubat, tidur lagi.
Petang semalam nak ke majlis buka puasa dengan geng teknik kat Hotel UiTM.
Memula ok jer.. behaved sesangat ler kununnya.
Bila dah penat mula lah mengamuk, dok kat lantai. Menjerit sama kuat ngan artis yang buat show atas pentas.






Malam dekat jam 9.30 sampai rumah. Lepas bagi ubat tertidur elok jerrr.
Batuk2 dan apalagi... muntah lerr.
Jam 2 pagi jaga lagi memula nak pegi kat abang.... adik abang ler katakan.
Takmo tidur bilik, terpaksalah ibu bawak tilam kat depan tv. Ingat Wafi nak menengok tv tu. Takde pun.
Gayutlah apalagi.
Cepat sembuh ye sayang..