Pages

Tuesday, April 21, 2026

Dinner Naan Cheese

Sabtu seharian duduk rumah, ibu buat kerja² ofis. Breakfast dan lunch masak. Masak pun untuk sekali makan je. Bila nak dinner taknak dah makan nasi. Ibu ajak ayah makan naan cheese Restoren Safaa. Lepas Maghrib keluar rumah. Singgah rumah nenek kot nenek ada boleh ajak sekali. Nenek bagitau tak pergi masjid sebab hujan petang tu.

Naan cheese & lamb masala butter gravy. 
Ibu orderkan nenek Nasi Arab lauk kambing. Ayah add on cauliflower crispy. Ibu teringin Sirap Bandung Soda.. tak de pulak. Jadi ambil SB biasa.

Sarapan Ketupat Palas

Semalam baca blog Linda nampak ketupat palas.. baca blog waktu lunch, puasa pulak tu.. kan dah teringin. Balik rumah sebelum prepare juadah berbuka ibu keluarkan dulu ketupat palas frozen. Adalah dalam 10 ketul. Ibu dapat petua kena betul-betul defrost ketupat tu baru rebus kalau tak isinya akan berderai. Jadinya pagi ni lah baru ibu rebus.

Serunding daging ada dalam fridge tapi malas nak cari. Jadi ibu cadang singgah gerai tepi jalan nak beli rendang ayam je. Tak mungkin ibu nak merendang ayam sendiri 😁
 
Aiseyyy.. pagi ni pulak rendang ayam tak ada. Ada seketul ayam masak merah yang tinggal... haaaa boleh lah. Seketul RM3 je.. 
Tadi makan 3 biji, bancuh kopi 3 in 1. 
Alhamdulillah kenyang... hilang lah craving.
Ketupat ada lagi 3, ayam pun ada extra. Rasanya bawak balik rumah tu nanti sebab lunch ibu tak makan. Nak nap je 😎

Monday, April 20, 2026

Menentang SESTER

Game hari terakhir di dijadualkan jam 10 pagi. Masa ibu sampai game pertama jam 8 pagi tak habis lagi. Rupanya mereka start lambat sebab padang basah. Malam sebelumnya hujan.

Warm up dulu.
Jersi baru, merah hijau kuning.

Sunday, April 19, 2026

Pemenang Seterusnya..... Teka Berat Mangga

Setelah 2 kali ibu buat entry untuk Pemenang dan Panggilan Terakhir Teka Berat Mangga, Cik Anonymous (2) masih tidak response pada tarikh dan masa yang ditetapkan.  Jadi, ibu batalkan penyertaan beliau. Oleh itu, ibu telah memilih pemenang yang seterusnya yang meneka paling hampir iaitu :

πŸ†πŸ† Puan Hazel (puanhazel.blogspot.com)

Tahniah PHπŸ₯°

Tolong emailkan details contact kepada munahaziaf@gmail.com dengan segera ya. 

Makan² Di Kuantan City Mall

Ikut perancangan asal, Coach Pete minta anak-anak keluar dinner kat seberang sekolah. Kat sana ada lah kedai-kedai makan. Sebab dekat ibu cakap kat Bami, ibu pergi sendiri. Memang tak jauh dari hotel. Jam 5.30 pm Wafi call, kata nak pergi Kuantan City Mall. Arghhhh sudah.....
Bami memang taknak keluar. Minta ibu drive sendiri. Ibu tengok waze dalam 11 km je tapi perjalanan mengambil masa dalam 20-30 minit.

Banyak betul kenderaan petang tu.. ikut waze baru ibu perasan dia potong jalan yang jammed tu. Dibawa ikut jalan tali air yang boleh muat satu kenderaan sehala. Mujur lah depan ibu ada 2 kereta, beranilah sikit. Lepas tu keluar semula jalan besar. Ternampak bas sekolah Wafi, jadi ibu follow belakang je.

Masa ibu berpusing-pusing cari parking, Wafi dan kawan-kawan dah masuk Mr Dakgalbi di Level 5. Katanya tak jumpa restoren lain.

Saturday, April 18, 2026

Panggilan Terakhir Pemenang Teka Berat Mangga

Ibu masing menunggu email dari pemenang Teka Berat Mangga.

Pengumuman Pemenang Teka Berat Mangga telah diminta untuk email contact details sebelum atau pada 17/4/2026 namun Cik Anonymous masih belum berbuat demikian. 

Sekiranya Cik Anon masih berminat untuk mendapatkan hadiah, sila email ke munahaziaf@gmail.com selewat-lewatnya jam 3 pm, Ahad 19/4/2026 agar urusan penghantaran hadiah dapat dilakukan.

Jika tiada maklumat diberi pada masa dan tarikh yang ditetapkan,  penyertaan Cik Anon akan dibatalkan dan diganti dengan pemenang lain.

Harap maklum. 

Menginap Semalaman Di DSH Hotel, Kuantan

Habis game kedua Wafi, ibu dan Bami terus ke hotel dulu. Nak rehat² sebelum join Wafi dan kawan² makan. 

Ayah book DSH Hotel, berhampiran sekolah. Dalam 1.1 km je tapi disebabkan hotel ni di seberang jalan, kenalah buat u-turn menjadikan perjalanan jadi 2.9 km. Tapi oklah... nak ke SEMSAS semula pun kena u-turn.

Perlawanan dengan SAKTI & SEMSAS

Game pertama sekolah Wafi menentang SMS Kota Tinggi (SAKTI) ibu tak dapat tengok. Jadi ibu simpan sini gambar² yang Coach Pete share di whatsapp group.

Friday, April 17, 2026

Jumpa Blogger Afzan di SEMSAS

Pertemuan tanpa dirancang dengan blogger Afzan.
Mujurlah masa nak keluar dari parking East Coast Mall ibu buka blog, check email dan bertukar nombor contact dengan Afzan, kawan blog ibu. 

Afzan inform nak jumpa di SEMSAS. 

Sempat lagi Bami candid.
Tu diaaa... apa lah yang disembang, macam biasa jumpa walhal sebelum ni jumpa dalam blog je πŸ˜…


Adik manis ni dah lah pakai lawa²☺️☺️
Ibu berlemuih tepi padang 🀣🀣🀣

Terima kasih Afzan datang jumpa kami... nak sembang lama² pun tak dapat bila masing² ada komitmen. Wafi pun tak dapat jumpa sebab masa tu ada atas padang.

Ibu pulak tak prepare apa² nak bagi sebagai buah tangan sebab impromptu. Jadi kaut je lah apa yang ada dalam kereta, kebetulan ada parcel YL.

Tengoklah macam² yang Afzan ni bagi. Makanan tu semua produk tempatan.
  • Dodol
  • Sambal Hitam rasanya tapi kat bekas tulis Sambal Pahang
  • Bangkit Kelapa
  • Gula kabung
  • Kotak Kraftangan 
  • Brooch Ozel
  • Duit Raya untuk Wafi
Masya-Allah.. sebenarnya ibu baru tau pasal brooch Ozel ni bila nampak whatsapp story cikgu kriket Wafi dua minggu lepas. Teruslah ibu google masa tu. Rupa²nya memang rezeki ibu, dapat brooch kayangan dari Afzan. Cantik sangat.. batunya shining, nengok pun mewah. Ni kena pakai masa special event lah ni... sayangggg.... biasa beli RM20, 100 biji πŸ˜…

Terima kasih Afzan atas semua hadiah yang diberi. Sangat² akak hargai.
Semoga bertambah² rezeki ummi, waled & Pia.

Insyaallah lain kali kita jumpa lagi ya.

 

Thursday, April 16, 2026

Perjalanan Ke Kuantan I Singgah RnR Makan Patin Tempoyak

Hari Sabtu 11/4/2026 seusai solat Subuh, ibu dan Abang Imi bertolak ke Kuantan. Ayah tak join sebab ada program jamuan hari raya ASAS.

Sebelum Tol Gombak... cantik view pagi. Cuaca pun elok. 

Wednesday, April 15, 2026

Jamuan Hari Raya Ofis

Cerita jamuan di ofis pada Jumaat 10/4/2026 dari jam 12 - 3 pm.
Jamuan untuk main office namun jemput juga managers bahagian operation.

Antara staff Finance & Accounts Department (FAD).

Monday, April 13, 2026

Pemenang Teka Berat Mangga

Terima kasih buat kawan-kawan ibu yang telah menyertai  Teka Berat Mangga
Ada 14 orang yang ambil bahagian.

Friday, April 10, 2026

Kriket SBP Pusingan Kelayakan Di SEMSAS

The Thunder Fury

Barisan pemain sekolah Wafi bagi tahun ini.
Terdiri dari pelajar F4, F3 & F2, ada dah pelapis.

Pagi tadi gerak dari SP jam 5 pagi.
Ini ibu soh bagi gambar, cam biasalah.. yang boleh tengok sekali je. Gerammmm je ibu 😬
Jadi ibu minta kawan ibu snap gambar ni 

Wafi & Wafa.


Jadual perlawanan pusingan kelayakan.

Perlawanan di SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS).

Insyaallah kalau tiada halangan, esok ibu dan Abang Imi akan ke sana untuk support Wafi dan team.
Masih tak boleh bayangkan sekolah ni kat area mana. Esok cuba lah cari perlahan-lahan.  Game pagi memang tak sempat tengok.

Thursday, April 9, 2026

Buka Puasa Di Pak Li Kopitiam | Jamuan Hari Raya Sekolah Wafi

Petang tadi sebelum balik rumah, ibu singgah NSK untuk beli barang dapur. Abang Imi minta bawa bekal ke tempat kerja. Katanya nak jimat duit. Adehhhh... jimat kat dia, tak jimat kat ibuπŸ˜…πŸ˜…. 

Lagi satu... nampaknya ibu kena bangun awal untuk masak... adehhhh... dah beberapa tahun pagi ibu tiada gangguan, tiba² kena sediakan makanan Bami 😭😭😭.

Semenjak anak² belajar kat luar, ibu tak sediakan sarapan di rumah masa hari bekerja. Biasa beli je, takpun makan biskut kat ofis. Ayah jam 5 pagi dah bertolak ke ofis, jadi sarapan kat kolej atau gerai berhampiran.

Abang Imi pesan bawakan protein je. Ini kes nak jaga badan juga lah. Tengoklah berapa lama ibu masak pagi.... takpun nanti ibu bagi duit je buat belanja lunch Bami.. setel 🀭🀭🀭

Lepas beli dan letakan barang dalam kereta, ibu masuk Pak Li Kopitiam yang terletak dalam bangunan NSK. 7.30 pm dah masa tu,  jadi ibu terus pesan makanan untuk berbuka. 

Soya + cincau

Tuesday, April 7, 2026

Jumpa YB

Minggu lepas Abang Imi ada kerja kat luar, lepas tu share kat grup kata jumpa YB.

Ibu tanya lah.. ini YB mana.
Takkan lah Bami saje-saje selfie dengan YB.

Bami dan ayah tak jawab pun...
Lagi tanya ibu, seriously takkan ibu tak kenal!

Adehhh.. ibu kenal YB Jaei dan Dr Rani je, Adun Meru dulu.

Diorang bagi clue... artis..

Adoiii... ibu jawab Man Bai ke.. tapi macam lain πŸ˜…

Last-last ibu tanya kawan ibu kat ofis.

Altimet

Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad, or, better known online as Altimet, is a Malaysian politician, composer, lyricist, actor and former singer who has served as Member of the Selangor State Legislative Assembly for Lembah Jaya since August 2023.
 

Monday, April 6, 2026

Pokok Mangga Pertama Kali Berbuah | Nak Main Teka² Tak?

Petang semalam ibu cari peluh kat luar rumah, sapu daun-daun kering kemudian bakar. Tarik pelepah kelapa dan kutip buah kelapa yang gugur. 

Jenguk 2 batang pokok mangga kat tepi rumah.

Sunday, April 5, 2026

Lontong Goreng

Pagi ni tinggal ibu dan Abang Imi je di rumah. Ayah pagi-pagi dah bertolak ke UIA. Ada kerja di sana. Abang Imi jam 12 malam tadi baru sampai dari Kelantan. Jumpa kat dapur tadi lepas tu masuk balik tidur, katanya penat sangat dan kalau boleh taknak bangun tidur. Nak tidur sepanjang hari.

Ibu sediakan lontong goreng pagi ni. Semalam Cik Elis share ketupat goreng. Teringatkan ada baki lontong dari rumah Abang Man, itu yang ibu goreng pagi ni.

Saturday, April 4, 2026

Buka Puasa Nasi Arab Di Safaa Restaurant

Semalam masa kat ofis bila dapat tahu ayah dan Abang Imi tak ada di rumah petang, rasa tak boleh jadi ni.. takkan nak buka puasa sorang² lagi. 

Kena cari mangsa.

Jadi ibu call nenek sama ada puasa atau tidak, ada pergi masjid atau tidak. Aihh.. nenek tu kalau ibu tanya macam² dah boleh baca fikiran ibu.. belum sempat ibu cakap... nenek dah tanya dulu... nak ajak makan kat mana?

Terus ibu ajak makan kat Safaa Restaurant, Eco Grandeur. 
Ibu ajak adik-beradik lain yang berkelapangan untuk join. Tak ramai yang available jadi ibu booked untuk 10 orang je jam 7 malam.

Friday, April 3, 2026

Buka Puasa Di My Mom's Chicken Rice

Khamis petang balik dari ofis ibu singgah Lotus Setia Alam. Cadangnya nak cari kasut. Tak jumpa pula yang berkenan.

Masuk My Mom's Chicken Rice (owner Linda Onn) sebab waktu berbuka sudah hampir. Belek² menu susah juga nak memilih. Taknak makan ayam sebab hari sebelumnya dah makan.

Sirap Bandung Soda.

Beraya Rumah Paman² Ibu

Lepas sarapan Ahad pagi Raya-9, ibu ayah beraya ke rumah paman/bapa saudara ibu aka atuk² saudara anak-anak.  Nampak cuaca pun redup jadi lebih baiklah keluar ziarah mereka. Disebabkan adik beradik lain sudah ziarah raya, maka kami pergi berdua sahaja. Abang Imi tak dapat join sebab uruskan motor, nak tukar bateri. 

Rumah adik beradik atuk semua berdekatan, dalam satu tanah lot je.

Kita ziarah rumah Atuk Man dulu. Adik atuk no. 5
Alhamdulillah Atuk Man semakin sihat... 

Thursday, April 2, 2026

Tauhu Sumbat

Petang semalam ibu buat Tauhu Sumbat untuk juadah berbuka. 
Baca blog Suria Amanda ada menyediakan menu ni buat tetamu di hari raya.
Bahaya baca blog bila tengah lapar, auto teringin🀣
Kebetulan hari Selasa ibu ada beli tauhu 3 keping dan sayur taugeh. Tapi tak jadi masak sebab ayah dah beli lauk dan sayur siap dari kedai mamak.

Jadinya lauk semalam ayam goreng dan tumis taugeh+kucai selain tauhu sumbat.

Hasil kejadian.