Pages

Monday, February 19, 2018

Perjalanan pulang yang mencabar

Ahad pagi, 10 am bertolak dari Kulim. Short break sempena CNY. Memang dah agak jalan mesti jammed since esoknya hari bekerja.

Jalan mulai perlahan lepas Changkat Jering. Nak ke Terowong Menora tu hampir 2 jam disebabkan kenderaan yang banyak ditambah kawasan berbukit.

Turun dari terowong pun dah perlahan. End up ayah keluar exit Simpang Pulai untuk melalui jalan dalam. Jalan dalam banyak pula trafik light dan sekali lagi kenderaan bergerak perlahan.

Ayah decide untuk transit lagi di rumah ummi. Masa tu pun dah jam 4.15 pm. 6 jam lebih dari Kulim ke Tapah.

Lepak-lepak je. Sempat ibu masakkan sardin dan telur dadar. Dalam kereta dah makan maggi goreng dan roti sardin. Memang ada bekalan makan minum sebab pernah terjadi tak bawa makanan, anak2 kelaparan dan untuk berhenti di RnR masih jauh ke depan.

Sempatlah ayah tidur sepuas2nya. Masa ni ummi dan the cousin masih di rumah atuk manakala cik Anuar pergi memancing. Ingat nak gerak jam 9 mlm tapi bila check di waze, jalan masih sesak.

Tepat jam 12 am, kami gerak balik. Ikut jalan dalam dan masuk di Tanjung Malim untuk ikut hiway. Sesetengah tempat kenderaan bergerak perlahan. Masuk hiway, ibu dah tak sedar.. terus tidur. Bangun2 dah sampai Puncak Alam.

Alhamdulillàh.. sampai jam 3 am. Fuhhhh... 3 jam juga. Biasa 2 jam sudah sampai.

9 jam Kulim =》Klang
Pitammm.

Sampai2.. semua terus zzzzzz...


No comments:

Post a Comment