Pages

Saturday, March 10, 2018

Kuih Tepung Bungkus

Nampak di FB Che An, beliau buat kuih tepung bungkus. Waaa.. terliur betul. Dari ofis dah plan balik rumah nak buat. Keluar ofis selepas solat maghrib.. singgah kedai beli kelapa parut dan tepung beras.. Nampak tak kegigihannya. Samapi rumah, Inche Jalan Rebung dah siapkan dinner.. makan terus.. lapar. Lepas tu terus beroperasi.
 
 

 
Tepung Bungkus
Resepi : Che An
 
Bahan-bahan
1. 1 cawan tepung beras
2. 2 cawan santan kelapa
3. 1 SK garam halus
4. 1 SB gula
5. Daun pandan
 
Cara-cara
1. Satukan bahan-bahan di atas kedalam kuali. Kacau rata dulu. Kemudian pasang api sederhana. Kacau sampai kental. Mula-mula nampak adunan macam berketul-ketul.. kacau lagi sampai adunan pekat. Angkat dan sedia untuk dibungkus.
 
2. Cara bungkus, ambil daun pisang.. masukkan 2 sudu besar adunan tepung.. letak 2 biji inti dan tutup dengan 1 sudu besar adunan tepung. Bungkus elok2 dan kukus.
 
3. Kukus dalam tempoh 10 minit sahaja sebab jika terlalu lama adunan akan penyek.
 
Kalau nak buat lebih adunan.. boleh lah digandakan.
Sebaiknya inti kelapa buatlah awal2.. ini sebab ibu pun buat baru buat jadi ambik masa sikit.
 
 


Inti Kelapa

Bahan-bahan
1. Sebiji kelapa parut ambil putih sahaja (lebih elok kalau guna kelapa muda)
2. 2 biji gula Melaka
3. 1 SB gula merah
4. 1 SB gula pasir
5. sedikit garam
6. daun pandan

Cara-cara
1. Larutkan gula Melaka, gula merah dan gula pasir hingga mendidih. Tapiskan dan masukkan dalam kuali
2. Masukkan kelapa paru, daun pandan dan sedikit garam. Kacau sampai kering.
3. Rasa dulu.. kalau agak-agak kurang manis boleh tambahkan gula. Garam tu fungsi nya untuk bagi rasa lemak. Di rumah tiada gula merah, itu yang warna inti tak berapa gelap.
4. Angkat dan bulat-bulatkan sebesar syiling 10 sen.

Ini lah rupa adunan yang sudah masak. Gelap sket sebab lampu dapur tak hidup.. entah bila lah nak tukar huhuhu.. geram.

Letak double.. agak leceh bagi yang amatur.. adoiii... bubuh je lah.. nanti dah masak tak nampak dah.

Susun atas kukusan. Mula2 buat double last2 buat single je.. satu inti.. lebih cepat dan juga sebab daun yang dipetik pun comel2.

 
Ini lah tepung bungkus sudah siap.. bila buka panas2 Nampak tak berapa licin. Nak juga rasa walau dah malam sebab teringin sangat. wallaweiiii... menjadi dan sedap.
 

Ni pagi tadi buka.. cantik struktur kuih tepung bungkus ni.
Cukup rasa lemak, masin dan manis.
 
Ni resepi yang dikongsi oleh Che An.
Susah untuk tidak membuat kuih yang dikongsi Che An ni. Semua sangat menggoda.
Terima kasih ye mbakyu.
Enak mbanget kuih kiye.

No comments:

Post a Comment