Pages

Monday, September 16, 2024

Days Hotel & Suites By Wyndham

Semalam check in hotel jam 2 lebih. 
Disebabkan kita nak ke TRX jadi ayah book hotel yang berdekatan.

RM160 semalam melalui Booking.com
Tak ambil breakfast.

Days Hotel & Suites By Wyndham ni terletak di area Jalan Pudu, Kuala Lumpur.

Dalam bangunan ni ada Hotel Ibis juga.

Tengok ada few busses bawa tourist duduk hotel² di sini.

Selesa untuk kami bertiga.

Dinner Di Irama Dining Kuala Lumpur

Malam ayah ajak dinner di restoren Irama Dining Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Raja Chulan. Untuk ke sana, kami mengambil grab juga. Petang tu sudah buat tempahan meja jam 8.30 pm.

Ibu tertarik dengan jambangan bunga berwarna terang di pintu masuk.

Kalau duduk di luar dapat view malam Menara Kuala Lumpur begini.

Setup dalam kedai. Ada tingkat atas tapi ibu taklah pergi tengok.

Restoren ini menyajikan masakan Melayu klasik dan berkonsepkan fine dining.

Menu.
Masa buat tempahan meja, ayah sudah pilih menu dan bayar deposit.

Ngopi Di Bacha Coffee Marrakech

Sambung lagi cerita di TRX. Lepas lunch tu pusing satu level je sebab nak bagi turun makanan😅. Ayah dah plan nak minum kopi di Bacha Coffee Marrakech.

Asalnya kopi ni dari Morocco.

Depan kedai.

Ayah beratur dalam 30 minit, kami jalan² dulu nak duduk tapi takde lah pulak bangku kosong.

Isi masa lapang sambil menunggu depan kedai.

Lega bila dah dapat meja.

Sunday, September 15, 2024

Makan Tengahari Di Kenny Hills Bakers

Ibu agak pelik bila orang ramai beratur untuk masuk ke dalam sesuatu restoren. Dulu kalau kat mall Klang tak jumpa orang nak makan sampai beratur begitu. Mungkin sekarang orang dah terlalu ramai nak makan kat luar jadi sanggup untuk beratur.

Ambil gambar di depan restoren sementara ayah beratur untuk mendapatkan meja. Tak lama dalam 10 minit macam tu. 

Order pun tak banyak sebab nak rasa² je makan kat situ. Kawan ayah yang suggest.

Key Lime Pie.

Pasta Carbonara untuk Wafi.

Al Funghi pizza (8 inch). Share² je.

Kita ambil air mineral je.

Disebabkan meja kami open air di luar jadi tak adalah nak ambil gambar bertiga. Silau pula sebab menghala arah matahari.

Cool juga duduk kat sini. Jenuh nak panjat kerusi tinggi tu😅

View luar.

Pastries.

Cakes.


Pizza diorang buat dan bakar kat situ.

Silau plak.

Jalan-jalan Di TRX

Cuti panjang 4 hari sempena Hari Malaysia dan Maulidur Rasul kami tidak keluar jauh sebab Abang Imi masih di Kedah manakala kakak pula kerja. Jadi decide jalan-jalan ke Kuala Lumpur je. Itupun taknak jauh², masuk Tun Razak Exchange (TRX) je. 

Ayah drive terus ke Hotel Days Hotel & Suites by Wyndham. Dari situ ambil grab ke TRX. By 11 am dah sampai.

Masuk² terus nampak butik² designer bag. Lalu je lah😆

Ni kalau tak dibawa berjalan pasti kat rumah sambung tidur lagi. Belum puas qada' tidurnya. 

Sampai² terus cari kedai yang Wafi nak pergi. 

Saturday, September 14, 2024

Meriah RnR Bukit Gantang Sempena Bulan Kemerdekaan

Lepas hantar Bami kat Kulim kita terus balik. Singgah di RnR Bukit Gantang hala ke selatan. Sampai² nampak hiasan ini sempena Bulan Kemerdekaan. Hiasan dari bahan terbuang. 


Tugu Peringatan.

Hantar Abang Imi Temankan Tokwan

Lepas lunch kat Nasi Campur Kak Su terus ke Kulim. Abang Imi akan temankan Tokwan beberapa hari sementara Mak Ngah balik ke Kelantan. 

Bye² Bami... elok² kat rumah Tokwan.

Terima kasih temankan tokwan.

Nanti hari Isnin Bami balik sendiri naik bas ke Klang.


Tertarik pula ibu tengok pokok² kat depan rumah makngah. Ada upahkan orang untuk trim pokok² ni itu yang elok je.

Tadi Bami video call bagitau Paksu balik rumah Tokwan. Bami kata sepupu kecik Umar sampai² terus peluk Bami. Tengoklah tu.. manja betul.
 

Friday, September 13, 2024

Makan Tengahari Di Kak Su Nasi Campur

Lepas ambil Wafi terus menghala ke Kulim. Dalam perjalanan tu tengok-tengok tempat makan sebab dah sampai waktu makan. Dah sampai Padang Serai ke Kulim baru nampak restoren tepi jalan. Nampak ada tray makanan mestilah ada jual lauk-pauk. Ibu masuk dulu tengok ada lagi tak lauk yang tinggal. Nampak banyak juga jadi panggil yang lain untuk masuk dalam restoren.



Ikan dan ayam bakar tu menggoda betul. 

Thursday, September 12, 2024

Hari Konferensi Waris-Guru-Murid Sesi 2024/2025

Pagi tadi gerak dari Tapah jam 6.30 pagi sebab nak try sampai sekolah by 10 am. In between tu adalah jalan jem sikit kat beberapa tempat. Singgah breakfast di RnR Gunung Semanggol jam 8.30 pagi.

10.15 pagi sampai ke sekolah Wafi dan ibu ayah terus daftar sebelum masuk ke dalam dewan sekolah. Abang Imi tunggu dalam kereta.

Konferensi Waris-Guru-Murid Tingkatan 1, 2 & 3 Sesi 2024/2025.
Macam-macam nama diberi. Zaman dulu² kita sebut hari sign report card je😅

Masa keluar parking tu Wafi dan kawan-kawan datang ke arah ibu ayah dengan gembiranya. Waktu tu tengah rehat. Wafi nampak kereta ibu ayah dari koridor kelas. Itu yang dia ajak BFF turun sekali.

Transit Tapah Sebelum Ke Sungai Petani

Malam tadi jam 8, ibu ayah dan Abang Imi ke rumah ummi di Tapah sebelum teruskan perjalanan ke Sungai Petani pagi ni.

Otw tu ummi dah bagitau ummi masak kari sebab teringatkan Abang Imi. Ni mesti masa Abang Imi dok dengan ummi waktu belajar kereta dulu selalu makan kari ummi.

Tak jadilah nak singgah makan kat RnR Tapah. 

Jam 10 sampai, ummi terus jemput makan.

Mana boleh tak makan bila ummi hidangkan lauk begini, rugiiiiii... padahal kat rumah ibu dah makan nasi goreng.

Ada kari daging, asam pedas ikan pari, telur asin, pucuk ubi rebus dan sambal. 

Masuk dapur nengok tertenggek pressure cooker buat masak kari daging. 

Tahun lepas ibu bagi kat ummi sebab ummi bagitau PC Noxxa tak boleh hidup dah walaupun dah repair. Ibu teringatkan PC ibu yang lama tak pakai lepas beli Noxxa. Lagipun dulu pakai PC ni untuk masak daging je. Dahlah setahun tu berapa kali sangatlah masak daging. Banyak tahun lah tak guna. PC ni jenama Diamond dan famous di India. Seller tu kawan ibu bagitau. Rasa beli sebelum Wafi lahir lagi. Masa tu harga dalam RM300 lebih.

Ummi plak dari dulu memang guna PC untuk masak daging dan sentiasa guna. Rasanya tiap² minggu mesti masak daging sebab Cik Anuar suka.

Mesti PC ni pun seronok berbakti.. kalau tak duduk dalam kabinet aje😁.

 

Wednesday, September 11, 2024

Anniversary Giveaway by Cie

Ini pertama kali ibu join contest. Sebelum ni dok fikir macam manalah diorang buat dan follow.

Sesaja lah nak try juga, harap menjadi.

Ibu follow instruction yang diberikan. 

Anniversary Giveaway by Cie


Syarat Penyertaan Anniversary Giveaway by Cie

  1. Buat entry bertajuk Anniversary Giveaway by Cie
  2. Copy banner dan letakkan entry anda beserta dengan backlink ke entry ini.
  3. Follow blog ini kalau belum follow.
  4. Follow Instagram Cie roziahmuhammadnor
  5. Giveaway ini bermula 10 September 2024 hingga 30 September 2024.
  6. Pengumuman pemenang akan dibuat pada awal bulan Oktober 2024.
  7. Cie pilih pemenang guna Wheels Of Name
  8. Keputusan adalah muktamad.

Hadiah Anniversary Giveaway by Cie

Cie sediakan 5 hadiah seperti yang tertera dalam banner.

1 x Tuff PLD Active Clean Powder Laundry Detergent
2 x Tuff DWL With Germax Dishwashing Liquid
2 x Nature’s Way Aloe Vera Conditioner (Salon Shine)

Ehhhh seronok pula bila menjadi 😁😁

Sunday, September 8, 2024

Meraikan Anak-anak Di P&C Kitchen

Tengah bulan 8 haritu Abang Imi dan Kak Widad dapat result Sem 4 dan Sem 2. Nak raikan segala usaha mereka jadi kita makan-makan je kat luar. Small celebration. Minta mereka pilih restoren.
Semalam lepas Maghrib kita ke P&C Kitchen yang terletak di Eco Grandeur.

Restoren ni agak viral jadi tempat sentiasa penuh. Nak booking tak boleh tapi mereka sediakan kerusi di luar semasa menunggu giliran. Atau boleh je ke tempat lain dulu nanti mereka inform bila ada meja kosong. Masa kami sampai masih ada beberapa meja kosong, jadi terus lah order makanan.

Ibu teringin minum Apple Juice. Yang lain ambil mineral water sahaja.

Camni lah budak berdua ni bila tidak mahu diambil gambar.

Sudah sampai makanan yang dipesan, tidak ambil masa yang lama.

Saturday, September 7, 2024

Kenduri Doa Selamat Di Bukit Jelutong

Jam 11 am ibu ayah sudah berada di rumah kawan SAS ayah, Uncle Ajily dan isteri Auntie Ilaiza di Bukit Jelutong. Sampai-sampai majlis pun baru nak mula. Sama-sama tahlilan dan doa selamat.
Majlis ni sempena dua anak mereka yang akan mula bekerja di Ireland. Seorang doktor dan seorang engineer QS.

Dapatlah berkenalan dengan isteri-isteri kawasan kejiranan BJ ni.
Selesai doa selamat, dihidangkan pula dengan makanan tengahari yang super sedap.

Ibu bersama Auntie Ilaiza yang manis dan peramah.

Ayah dan geng-geng ASAS bersama tuan rumah berbaju biru.

12.45 pm ibu ayah gerak balik.