Lepas lunch kat Nasi Campur Kak Su terus ke Kulim. Abang Imi akan temankan Tokwan beberapa hari sementara Mak Ngah balik ke Kelantan.
Bye² Bami... elok² kat rumah Tokwan.
Terima kasih temankan tokwan.
Nanti hari Isnin Bami balik sendiri naik bas ke Klang.
Tertarik pula ibu tengok pokok² kat depan rumah makngah. Ada upahkan orang untuk trim pokok² ni itu yang elok je.
Tadi Bami video call bagitau Paksu balik rumah Tokwan. Bami kata sepupu kecik Umar sampai² terus peluk Bami. Tengoklah tu.. manja betul.
No comments:
Post a Comment