Pages

Sunday, September 15, 2024

Jalan-jalan Di TRX

Cuti panjang 4 hari sempena Hari Malaysia dan Maulidur Rasul kami tidak keluar jauh sebab Abang Imi masih di Kedah manakala kakak pula kerja. Jadi decide jalan-jalan ke Kuala Lumpur je. Itupun taknak jauh², masuk Tun Razak Exchange (TRX) je. 

Ayah drive terus ke Hotel Days Hotel & Suites by Wyndham. Dari situ ambil grab ke TRX. By 11 am dah sampai.

Masuk² terus nampak butik² designer bag. Lalu je lah😆

Ni kalau tak dibawa berjalan pasti kat rumah sambung tidur lagi. Belum puas qada' tidurnya. 

Sampai² terus cari kedai yang Wafi nak pergi. 

Typo.

Nak cari tumbler.

Dua² cantik.

Ni pun cantik.

Mana satu pilihan kalbu?

Jumpa pulak yang lain.

Final 2.
Masih dilema. 

Kuning Sponge Bob tu RM45 manakala sweet pink tu RM75.
Setelah ditimbang-tara ambil yang pink.

Yang bestnya Typo kat sini koleksi tumblernya banyak berbanding di Setia City Mall. 

Mujur tak minta yang ni. Later beli je kat MrDiy @ MyOne Shop @ Eco. Berhantu juga stokin comel² ni. Harga je tak comel kat sini😬😬

Kedai kedua, Cotton On.
Katanya nak beli tote bag.

Suka pula tengok Wafi pakai bawal style gini.

Selfie jugalah dengan ayah nanti kecik hati pula😃

Kedai ketiga, Bath & Body Works sebab Wafi nak beli perfume. Yang ini masuk dengan ayah sebab ibu ke restroom. Masa ibu masuk BBW Wafi dah setel beli perfume tu.

Bagus ada information machine ni ada step macamana nak ke kedai yang kita nak pergi. Tak adalah tawaf satu mall mencari unless betul² nak window shopping. 

Lepas tu masuk MPH pula.

Besar MPH kat sini.

Wafi nak pergi 4 kedai tu je. Kedai yang biasa pergi kalau ke SCM😅
Ok gak lah sebab ibu pun takde nak tengok² kedai lain. Dah berumur ni tak rajin nak mengukur jalan.

Tertarik dengan tanglung warna-warni tu. Ramai pula orang nak bergambar di situ. Jadi ibu selfie di luar sahaja.

Keluar sekejap sebab tengok ramai orang ambil gambar. Sekejap je lah kat sini sebab perut pun dah lapar nak lunch pula.


Kasi chance lah 😅

Depan sana tu kedai Machine.. besar betul, 2 tingkat. Orang pun ramai dalam tu. Nampak ada iklan untuk student, beli Ipad dan airpod. 
 

4 comments:

  1. Ramai dah review TRX ni. Teringin juga nak singgah nanti bebila turun KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah datang shopping.
      Akak tak jalan seluruh mall, mana yang sempat lalu je lah.

      Delete