Pages
Friday, October 31, 2025
Zero MC Reward | Farewell
Thursday, October 30, 2025
Osaka, Japan 2025 : Penerbangan Vietnam Airlines KUL-HAN-KIX
Wednesday, October 29, 2025
Singgah Jumpa Wafi Sekejap dan Misi Mencari "tobowan"
Sunday, October 26, 2025
Ladang Nira Nipah Napiah
Sarapan Pagi Ini
Saturday, October 25, 2025
Sekejap Je Kak Widad Balik
Sempatlah beli barang² yang diperlukan terutama stok makanan. Beli semalam kat Sungai Petani sekali dengan barang Wafi.
Friday, October 24, 2025
Makan Tengahari dan Beli Hasil Laut Di Tanjung Dawai
Cuti Hari Ini
Tuesday, October 21, 2025
Beberapa Jam Je Jumpa Wafi
Sepanjang 5 hari ibu tak ada di rumah, Wafi uruskan sendiri baju yang dibawa balik.. ehh.. boleh pulak basuh, jemur dan lipat. Sebelum ni kalau Wafi balik, ibu lah buat semua sampai masuk dalam luggage.
Rasanya ini kali pertama Wafi duduk sendiri dengan ayah. Makanan ayah belikan je tapi ada satu hari Wafi panaskan lauk ayam masak lemak cili api yang ibu sudah frozenkan. Bila nak masak nasi tak sure berapa pot. Tanya ayah, ayah pun tak sure😬
Jadi Wafi masak 3 pot.
Fuhhh.. macam nak makan 5 orang.
Adoii.. kesudahannya terpaksa buang bila nasi lebih tu tak simpan dalan fridge.
Malam tadi jam 10.45 ibu sampai rumah. Uruskan hal rumah dan masukkan baju² Wafi dalam beg. Jam 1 am baru ibu tidur. 5.30 am dah bangun sebab nak prepare bekal makanan Wafi.
8.30 am gerak ke Sungai Buloh. Hari bekerja jadi dah expect jalan jammed. Waze bagi jalan ikut Lapangan Terbang Subang. Jalan smooth. 9.30 am sampai KTM. Parking sampai ke Tingkat 3. Maklumlah hari bekerja. Bagi Wafi tidur dulu dalam kereta. 9.55 baru naik ke terminal.
Walaupun jumpa Wafi sekejap, Alhamdulillah dapat melengkapkan keperluannya sebelum balik.
Ibu kirimkan sekali ole² dari Japan buat kawan² Wafi. Nanti sorang dapat pen dan lip balm.Wednesday, October 15, 2025
Widad & Intan Jalan-jalan Singapore
Ibu simpan sini gambar-gambar masa Kak Widad dan Intan bercuti ke Singapore pada 19/9/2025.
Singapore je lah yang paling senang sebab ada Cik Fatin di JB. Bolehlah temankan. Kalau tempat lain yang jauh pergi dengan travel agency ibu setuju tapi kalau DIY je kena ada kawan yang lebih mahir atau dah biasa travel DIY.
Dua-dua nak habiskan cuti sama-sama sebelum masuk kampus semula. Intan akan terbang ke Mesir mid Oktober 2025. Kalau ada Ain bolehlah pergi bertiga tapi Ain dah mula kelas di politeknik. Mereka bertiga sepupu perempuan paling dewasa cuma umur tak sama. Intan dan Ain beberapa tahun muda dari Kak Widad.
Naik bas pagi Jumaat dari Klang Sentral. Dalam bas tidak dibenarkan makan, berkali-kali driver pesan. Aishhh... takkan makan sikit pun tak boleh. Padahal masa tu Kawi ada goreng roti sosej. Bolehlah kalau nak makan roti sosej tu sikit. Bukannya nak makan nasi kandar ke nasi beriyani ke. Dah lah kelaparan budak berdua tu. Berhenti kat RnR Ayer Keroh kalau tak silap, beli pau. Mungkin makanan yang dibawa tak berusik.Tuesday, October 14, 2025
Kelas Khas Persediaan UASA
Monday, October 13, 2025
Sambutan Hari Lahir Bella
Sunday, October 12, 2025
Mr Crabby Parah | Balik Lewat
Saturday, October 11, 2025
Makan Malam.Di Seteshen@118
Friday, October 10, 2025
Pulang Bermalam Tapi Demam
Thursday, October 9, 2025
Reunite Di Kampus Gong Badak
Tuesday, October 7, 2025
Hadiah GA Mencari Saham Akhirat 2.0
Sunday, October 5, 2025
Kelas Pertama Semester Baru | Khabar Dari Asrama
Ulangtahun Kelahiran Rahimi
Saturday, October 4, 2025
Makin Mahal Bateri Jam
Seingat ibu masa mula² tukar bateri, harga bateri RM8 sahaja. Kemudian naik jadi RM10, RM15, RM18, RM20.
Hari ni tukar di kedai yang masih sama, orang kedai kata bateri jam ni berharga RM25. Makaihhhhh...... kemahen mahal dah. Kena juga tukar takkan nak biarkan jam tu terbiar. Lagipun elok lagi cuma perlu tukar bateri.
Pejam mata je lah.
Abang Pula Balik Sarang | Aktiviti Kakak dan Adik
Friday, October 3, 2025
Thursday, October 2, 2025
Makan Malam Di TC Steak House
Wednesday, October 1, 2025
Masjid Kristal | Pasar Payang
Tahun 2019 masa Family Day datang sini tapi masa tu masjid under renovation. 2022 & 2023 datang lagi Terengganu tapi tak singgah.
Tuesday, September 30, 2025
Final Kejohanan Kriket Peringkat Negeri Kedah (P U19)
Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
Last call🔊🔊🔊.... last call 📢📢📢
Jom join Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
Ada masa lagi ni sampai tengah malam.
Link segmen blog Cie di sini.
Cara Nak Join Segmen Bloglist
Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini.
Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini.
Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.
Tempoh Segmen
Tarikh mula: 20 September 2025
Tarikh tamat: 30 September 2025
Keputusan bloglist akan diumumkan pada 1 Oktober 2025 dan sekaligus blog akan dimasukkan di sidebar Bloglist Cie.
Pemilihan Bloglist
Pemilihan 5 bloglist akan dibuat menggunakan Wheel of Name.
5 pemenang akan dimasukkan dalam bloglist sidebar untuk tempoh 3 bulan (Oktober – Disember 2025).
Setiap batch bloglist akan dibuat secara berkala (3 bulan sekali).
Monday, September 29, 2025
Makan ICT Di Celup Tepung Cikgu, Pantai Penarik
Sunday, September 28, 2025
Sarapan Pagi Di Mok Mek Gemok | Tengok Rumah Sewa | Masuk Kelantan
Saturday, September 27, 2025
Perjalanan Ke Terengganu
Friday, September 26, 2025
Kejohanan Kriket Peringkat Negeri Kedah 2025 (P-U19)
Bermula hari ni Wafi ada game mewakili Daerah Kuala Muda dalam Kejohanan Kriket Peringkat Negeri Kedah 2025 (Perempuan Bawah 19 tahun).
Hari ini Kuala Muda melawan Kota Setar yang diadakan di padang sekolah.
Coach share game live di channel Youtube. Masa game tu ibu, ayah, abang dan kakak dalam perjalanan ke Terengganu. Nak tengok YT pun tersekat² sebab ada tempat yang coverage tak kuat.
Jadual perlawanan.GA Mencari Saham Akhirat 2.0
1. Buat entry dengan gambar diatas dan letak link pada komen.
2. Macam biasa aku buat pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat.
3. Sesuai untuk yang beragama Islam sahaja ye terutamanya perempuan. Kalau lelaki boleh join juga tapi aku bagi hadiah lain lah yang bersesuaian. Jadi orang perempuan dapat banyak tau.
4. Pemenang GA Mencari Saham Akhirat 1.0 di kecualikan daripada join. Tujuannya supaya lain orang boleh dapat juga.
Hadiahnya adalah Telekung travel cotton polyester daripada wafiy collection. Ada 7 jenis color jadi ianya randum lah ye. Rezeki masing-masing.
Jom adik kakak sama-sama join GA ni.
Semoga ada rezeki ibu bawa TT bermusafir bulan depan 😊
Wednesday, September 24, 2025
Dinner Nasi Kerabu Tumis Lemak Bakar
Tuesday, September 23, 2025
Selesai Redeem MySARA
Sunday, September 21, 2025
Lunch Makan Patin Tempoyak
- Patin Tempoyak
- Sayur Campur
- Telur Asin
- Pari Asam Pedas
Laparlah nenek tu setengah hari berkebun kat depan rumah. Ibu call banyak kali tak angkat sebab HP dalam bilik. Ingatkan nak soh siap² dulu. Ibu ayah sampai baru lah bagitau nak bawak makan. Tunggu nenek mandi dan bersiap dulu.
Beli Online Keperluan Wafi
Awal² dulu beli sikit dan masuk dalam luggage tapi beratlah jadinya. Bila mommies parent jauh suggest beli secara online lagi senang. Cuma kalau nak free deliver kena beli RM90 ke atas tapi biasanya beli tak sampai lah harga tersebut. Ada sekali tu belikan ubat gigi sekotak kemain mahal delivery chargesnya sebab harga barang kurang dari harga minimum purchase.
Baru perasan ada smiley 😀 sebelah nama Wafi.
Terima kasih staf Lotus dan rider yang menceriakan hari ini🥰
















































