Malam ni Kak Widad balik semula ke kampus. Cuti pendek 3 hari.
Sepatutnya Kak Widad boleh balik rumah sebelum Deepavali sebab lecturer buat kelas online. Ibu tak bagi balik sebab macam baru je duduk sana. Lagipun ramai housemate tak balik. Minggu ni bolehlah balik sebab nak attend wedding classmate Poli.
Sempatlah beli barang² yang diperlukan terutama stok makanan. Beli semalam kat Sungai Petani sekali dengan barang Wafi.Balik sekali dengan BFF, Raven. Kawan masa Poli Sabak Bernam kemudian jumpa lagi di Unisza course yang sama. Sama² join projek di Jakarta tahun lepas.
Ibu belikan tiket Express Perdana sekali dengan tiket Raven. Raven dah siap² transfer duit pada Kak Widad. Kali ni Kawi kata kena turun kat Kuala Besut instead of terminal Jerteh yang sedang dibaikpulih. . Express Perdana ni laluannya ke Kelantan berbanding Sani Express yang menggunakan laluan ke Terengganu.
Kak Widad dan 3 orang lagi kawan baik Syirah jadi bridesmaid. Balik lambat sikit tadi sebab ikut sekali ambil gambar outdoor di Dragonfly, Eco Grandeur.
Balik rumah dah penat sangat nak siap² lagi untuk naik bas. Malam tadi sampai dari Kedah jam 2 pm, kena kemas² luggage. Tidur pun lewat, bangun 6 pagi nak siap² ke Saujana Utama pula.
Tu ibu rasa naik bas terus tidur tadi.




No comments:
Post a Comment